Worksheets#sejarah - Soalan Sebenar SPM (T5B2)
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
2.1 Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British
SPM 2013 (Soalan 25)
Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.
- Mat Salleh
- Dato' Bahaman
Mengapakah perjuangan mereka gagal?
A. Senjata tidak lengkap
B. Tenaga tentera kurang
C. Kemudahan asas kurang
D. Sokongan pembesar tidak cukup
SPM 2014 (Soalan 21)
British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu.
Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
A. Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
B. Pengaruh golongan agama merosot
C. Pemimpin kehilangan kuasa
D. Tanah peribumi dirampas
SPM 2014 (Soalan 23)
Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?
A. Menghormati sultan
B. Mengekalkan kuasa sultan
C. Kesetiaan rakyat kepada sultan
D. Kuasa mutlak berada di tangan sultan
SPM 2014 (Soalan 24)
Rajah 3 berkaitan dengan pembesar - pembesar di Pahang yang menentang British.
- Pembesar Pahang = Dato' Bahaman / Tok Gajah / Imam Rasul
Mengapakah mereka menentang British?
A. Pembinaan balai polis
Pencabulan perjanjian
C. Pengenalan perdagangan bebas
D. Pelaksanaan pendidikan sekular
SPM 2015 (Soalan 25)
Apakah tindakan J.W.W. Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang Britsh di Pasir Salak, Perak?
A. Larangan mengutip hasil hutan
B. Menghalang kemasukan imigran
C. Camput tangan dalam pentadbiran
D. Mengambil alih aktiviti perlombongan
SPM 2016 (Soalan 26)
Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.
Mengapakah beliau menentang British?
A. Pembinaan balai polis
B. Pencabulan adat tradisi
C. Pembayaran ufti
D. Pengenalan peraturan tanah
SPM 2017 (Soalan 23)
Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.
- Syarif Masahor
- Datu Patinggi Abdul Gapur
Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke?
A. Menentang kedatangan imigran
B. Mempertahan hak mengutip cukai
C. Mengawal kegiatan mencari hasil hutan
D. Mengekalkan sistem pemerintahan beraja
SPM 2017 (Soalan 24)
Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?
A. Menyerang Pasir Puteh
B. Meminta bantuan Siam
C. Menyekat bekalan makanan
D. Menghalang laluan kapal dagang
SPM 2018 (Soalan 24)
Apakah tindakan James Brooke di Sungai Rajang yang menyebabkan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur menentangnya?
A. Merampas hak mengutip cukai
B. Membawa masuk kaum imigran
C. Membersihkan kawasan petempatan
D. Membina pusat pentadbiran
SPM 2018 (Soalan 26)
Antara tahun 1831 hingga tahun 1832, British menghadapi tentangan daripada Penghulu Dol Said di naning.
Mengapakah British ditentang di wilayah tersebut?
A. Pembinaan balai polis
B. Mencabuli perjanjian damai
C. Arahan membayar ufti tahunan
D. Pengenalan peraturan tanah
2.2 Gerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua
SPM 2013 (Soalan 25)
Jadual berikut menerangkan novel yang diterbitkan sebelum perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.
- Tajuk Novel = Melor Kuala Lumpur
- Pengarang = Harun Aminurrashid
- Tahun Terbitan = 1930-an
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?
A. Mencintai tanah air
B. Memelihara warisan tradisi
C. Kebebasan kaum wanita
D. Perpaduan antara kaum
SPM 2012 (Soalan 25)
Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam.
Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?
A. Mengutamakan pemimpin
B. Memelihara warisan tradisi
C. Berani mengkritik penjajah
D. Bekerjasama dengan kaum imigran
SPM 2013 (Soalan 24)
Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri - Negeri Melayu pada awal abad ke-20?
I Mengugut pemimpin
II Menyekat kegiatan dakwah
III Menghalang kemasukan risalah
IV Menyekat peluang belajar ke luar negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SPM 2015 (Soalan 24)
Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
- Syeikh Muhammad Abduh
- Sayyid Jamaluddin al-Afghani
Apakah bukti yang membuktikan mereka berpengaruh?
A. Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum
B. Kemunculan semangat kebangsaan
C. Perluasan penggunaan tulisan jawi
D. Perkembangan kegiatan kesenian
SPM 2016 (Soalan 24)
Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan anti British di Tanah Melayu pada tahun 1940-an.
- Pertubuhan = Kesatuan Melayu Muda
- Matlamat Perjuangan = Menghalau penjajah British dari Tanah Melayu
Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?
A. Membantu perjuangan golongan kiri
B. Bergabung dengan kuasa Barat lain
C. Mendapatkan sokongan pembesar
D. Bekerjasama dengan pihak Jepun
SPM 2017 (Soalan 25)
Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada wal abad ke-20.
Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura?
A. Membina pusat pendidikan
B. Membuka kawasan pertanian
C. Menubuhkan pusat kebudayaan
D. Memperoleh petempatan khas
SPM 2018 (Soalan 25)
Maklumat berikut berkaitan dengan jawatan yang diwujudkan oleh British di Tanah Melayu.
- Residen
- Penasihat British
Mengapakah British mewujudkan jawatan tersebut?
A. Melatih peribumi dalam pentadbiran
B. Memperbaik taraf hidup penduduk
C. Mengekalkan kedaulatan negeri
D. Menguasai sumber ekonomi
