wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 6: BAHAN BUANGAN

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Apakah contoh bahan sisa toksik?

a)

cecair bateri

b)

racun serangga

c)

najis

d)

asap kenderaan

2.

Daripada manakah sisa kumuh dan tinja?

a)

haiwan yang telah mati

b)

pokok yang telah mati

c)

urin dan tinja manusia

d)

urin dan tinja haiwan

3.

Simbol ini terdapat pada bekas bahan toksik. Apakah maksud simbol ini?

a)

mengandungi bahan buangan berasid dan boleh menghakis kulit dan logam

b)

mengandungi bahan mikroorganisma berbahaya

c)

mudah terbakar

d)

mengandungi bahan beracun dan menyebabkan jangkitan

4.

Apakah maksud bahan buangan?

a)

bahan yang terbiar

b)

bahan yang tidak boleh dimakan

c)

bahan yang terhasil daripada proses fotosintesis

d)

bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan

5.

Hampas tebu adalah contoh sisa___________.

a)

toksik

b)

makanan

c)

bahan kumuh dan tinja

d)

plastik

6.

Contoh bahan terbiodegradasikan ialah.....

a)

sisa makanan

b)

kertas

c)

sisa toksik

d)

bahan kumuh dan tinja

7.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

bahan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisama

b)

bahan yang boleh berubah sifat

c)

bahan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma dan kembali menjadi nutrien di dalam tanah

d)

bahan yang telah tercemar

8.

Bahan yang manakah boleh mencemarkan alam sekitar kita?

a)

Bahan buangan terbiodegradasi

b)

Bahan buangan tidak terbiodegradasi

9.

Bahan plastik mengambil masa lebih daripada 200 tahun untuk mereput secara semulajadi. Ini bermakna plastik merupakan bahan___________________.

a)

terbiodegradasikan

b)

tidak terbiodegradasikan

10.

Sarah membuang sisa makanan dibelakang rumahnya.Selepas sebulan sisa makanan tersebut sudah tiada. Ini bermakna_________

a)

sisa makanan tersebut adalah daripada bahan tidak terbiodegradasikan

b)

sisa makanan tersebut adalah daripada bahan terbiodegradasikan

c)

sisa makanan tersebut sudah mereput kerana tindakan mikroorganisma

d)

sisa makanan tersebut telah diserap oleh matahari

11.

Bagaimanakah kita boleh memainkan peranan untuk memastikan kelestarian alam terjaga?

a)

menambah bilangan pokok

b)

mengurangkan penggunaan bahan terbiodegradasikan

c)

mengurangkan penggunaan bahan tidak terbiodegradasikan

d)

menambak laut bagi tujuan pembangunan

12.

Amin telah membuang dan menimbuskan kereta mainannya di dalam tanah di belakang rumahnya. 15 tahun kemudian sewaktu dia mengorek tanah di belakang rumahnya, dia terjumpa semula kereta mainan yang pernah dibuang olehnya dahulu dan masih dalam keadaan elok.


Mengapa kereta mainan tersebut masih elok lagi?

a)

Kerana tidak dirosakkan oleh adiknya

b)

kerana tidak terbiodegradasi oleh mikroorgnanisma

c)

kerana telah terbiodegradasi oleh mikroorfganisma

d)

kerana kereta mainan itu kuat

13.
Bau busuk yang dihasilkan daripada sisa makanan yang dibuang adalah disebabkan oleh ....
a)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengecutan
b)
tindakan mikroorganisma dalam proses pengembangan
c)
tindakan mikroorganisma dalam proses pereputan
14.
Antara bahan buangan berikut, yang manakah boleh dilupuskan dengan cara menimbusnya di dalam tanah?
a)
Beg plastik
b)
Botol kaca
c)
Bekas polisterina
d)
Tulang haiwan dan sisa sayuran reput
15.
Sesetengah peladang akan membakar sisa pertaniannya sebelum memulakan penanaman yang baharu. Apakah kesan tindakan peladang ini?
a)
Tanah runtuh
b)
Banjir kilat
c)
Pencemaran udara
d)
Penularan wabak penyakit
16.
- Hujan asid
- Pencemaran udara
- Kejadian jerebu
Apakah punca bagi situasi yang disenaraikan di atas berlaku?
a)
Menanam bahan buangan ke dalam tanah
b)
Pelepasan asap dari kilang dan kenderaan
c)
Membuang sampah ke dalam sungai / sistem saliran
d)
Membuang bahan buangan mengikut jenis
17.
Kuala Lumpur merupakan salah satu bandar yang kerap dilanda banjir kilat. Apakah yang menyebabkan kejadian ini berlaku?
a)
Aliran sungai yang sangat deras menuju ke bandar
b)
Aliran air yang terhalang oleh timbunan sampah dalam longkang dan parit
c)
Hujan yang sangat lebat menyebabkan air sungai melimpah
d)
Jalan raya dibina di kawasan yang rendah dan mudah ditenggelami air
18.

Jumlah pesakit demam denggi semakin meningkat sepanjang bulan Julai hingga Ogos.

Antara yang berikut yang manakah boleh dikaitkan dengan perkara ini?

a)

Sisa makanan dibuang dan dilonggokkan di tepi jalan

b)

Kempen kitar semula tidak dijalankan

c)

Banyak tin kosong dan bekas makanan yang dibuang di merata-rata tempat

d)

Kempen kitar semula tidak dijalankan

19.

Puan Moana telah membeli sejenis barang yang memaparkan logo seperti di atas.

Apakah cara terbaik yang perlu dilakukan oleh Puan Moana apabila dia mahu membuang barang tersebut?

a)

Mebungkus barang tersebut di dalam plastik sebelum dibuang

b)

Menggunakan bekas tersebut utntuk kegunaan lain

c)

Membakar bahan tersebut

d)

Mengasingkan bahan itu untuk dikitar semula

20.

Apakah kesan situasi tersebut terhadap persekitaran?

P-Menyebarkan wabak penyakit

Q-Menyebabkan banjir kilat

R-Menyebabkan bau busuk

S-Hidupan akuatik akan mati

a)

P dan R

b)

Q dan R

c)

P dan S

d)

Q dan S

21.

Antara berikut yang manakah bahan buangan terbiodegradasikan?

a)

Kulit durian

b)

Buku

c)

Baju hujan

d)

Pembaris plastik

22.

Apakah maksud bahan buangan?

a)

Bahan yang boleh direputkan

b)

Bahan yang tidak dapat dikenalpasti

c)

Bahan yang tidak diperlukan lagi

d)

Bahan yang perlu dikitar

23.

Pilih bahan manakah yang TIDAK akan mereput?

a)

Haiwan akuatik mati

b)

Bahan buangan organik

c)

Plastik

d)

Sisa makanan

24.

Nyata bahan apakah yang boleh dibuang di dalam tong ini ?

a)

Plastik

b)

Kertas

c)

Kaca

d)

Logam

25.

Adakah boleh plastik dibuang di dalam tong berwarna coklat ini?

(a)  

26.

Nyatakan apakah contoh bahan buangan organik?

a)

Tinja

b)

Sisa pepejal

c)

Sisa toksik

d)

Sisa makanan

27.

Selain daripada cecair kimia dan sisa pertanian, apakah contoh lain sisa toksik yang ada di sekeliling kita?

a)

bahan buangan

b)

sisa organik

c)

cecair pembasmi makhluk perosak

d)

kertas lukisan

28.

Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasi?

a)

Sisa yang akan hilang apabila ditanam ke dalam tanah selepas beberapa tahun

b)

Sampah yang boleh direputkan secara semulajadi oleh mikroorganisma

c)

Bahan yang mengalami pereputan dengan segera dalam suasana semulajadi

d)

Sisa dan sampah yang bersifat semuljadi dan tidak menghasilkan toksik

29.

Terdapat _____________ kategori bagi bahan buangan

a)

8

b)

6

c)

7

d)

5

30.

Bahan buangan manakah yang akan kekal paling lama apabila dibuang ke dalam tanah?

a)
b)
c)
d)
31.

Apakah yang menyebabkan bencana begini terjadi?

a)

parit dan longkang tersumbat

b)

penggalian tanah tidak teratur

c)

kuantiti hujan luar kawalan

d)

banyak pembuangan sampah

32.

Apakah maksud simbol tersebut?

a)

Mengandungi mikroorganisma berbahaya

b)

Mengandungi bahan mudah terbakar

c)

Mengandungi bahan beracun dan berjangkit

d)

Mengandungi bahan berasid dan menghakis

33.

Apakah insinerator?

a)

mesin menghapuskan bahan buangan

b)

alat pembakar sampah bersuhu tinggi

c)

kilang melupuskan sisa-sisa buangan

d)

tapak melupuskan bahan terbiodegradasi

34.

Sampah manakah dikira sebagai organik?

a)

plastik

b)

emas

c)

buah-buahan

d)

getah

35.

Apakah yang akan dilakukan terhadap bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula?

a)

dilupuskan ke tapak pengumpulan sampah

b)

dipulangkan ke kawasan pengutipan sampah

c)

dibakar ke dalam pusat atau kilang insinerator

d)

dihancurkan dalam kilang pemprosesan baharu

36.

Mengapakah kegagalan pengurusan bahan buangan menyebabkan pembaziran tenaga?

a)

tenaga kilang perlu menghasilkan produk baharu dalam tempoh lebih panjang

b)

kerajaan perlu menghabiskan lebih banyak kos untuk membayar pekerja kebersihan

c)

penghuni rumah terpaksa mengeluarkan tenaga untuk mengangkut sisa dan sampah

d)

industri mengguna perlu lebih banyak tenaga untuk mengitar bahan buangan

37.

Yang manakah menyebabkan hujan asid?

a)
b)
c)
d)
38.

Apakah kesan timbunan sampah dalam situasi berikut?

a)

pencemaran tanah

b)

pencemaran bunyi

c)

pencemaran air

d)

pencemaran udara

39.

Gambar menunjukkan aktiviti dari sebuah kilang.

Apakah bahan buangan yang dikeluarkan oleh kilang tersebut?

a)

Gas toksik dan asap

b)

Bahan kumbahan

c)

Cecair toksik

40.

Gambar menunjukkan kejadian bencana alam akibat aktiviti manusia. Mengapakah ia berlaku?

a)

Asap toksik dari kenderaan bermotor dan kilang-kilang

b)

Pembuangan sampah sarap ke dalam longkang dan sungai

c)

Tumpahan minyak dari kapal tangki