WorksheetsTatabahasa 1
Total questions: 20
Worksheet time: 2mins
Aiman __________ walaupun berulang kali dikejutkan oleh kakaknya untuk bangun sahur.
mati akal
tidur mati
ulit mimpi
Hanis menyusun pinggan ___________ kakaknya mengisi air minuman untuk berbuka puasa.
lalu
untuk
sementara
Pak Mail ____________ cat lama pada dinding sebelum dia ___________ cat yang baharu.
mencuci,mengecat
membasuh,memelas
mengikis,menyapu
Ashikin ____________ terjatuh dari basikalnya kerana mengelak terlanggar seketul batu.
dekat-dekat
nyaris-nyaris
sipi-sipi
Pekerja binaan pencakar langit itu tidak berasa ___________ walaupun bekerja di tempat tinggi.
loya
lalok
gayat
Dabong terletak di_____________ negeri Kelantan dan terkenal dengan tarikan pelancong iaitu Gua Ikan.
hilir
pendalaman
pedalaman
Hang Tuah memiliki ________ keris tersohor iaitu Taming Sari.
selaras
sebilah
sebatang
Cikgu Bob mengambil masa beberapa ___________ untuk menanda kertas penulisan kelasnya.
minit
minggu
hari
Semua rakyat Malaysia __________ dengan arahan kerajaan agar mematuhi SOP semasa menjalani PKP.
lali
akur
lalai
Murid-murid masih boleh menjalani proses pembelajaran secara atas talian ___________ tidak dapat hadir ke sekolah kerana wabak COVID.
lalu
walaupun
hendak
Warda telah dianugerahkan ______________ sekolah kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang sukan sementara Haziq pula dianugerahkan sebagai _________ sekolah.
olahragawan /olahragawati
seniwati / seniman
olahragawati / olahragawan
Pada bulan puasa umat Islam _____________ ibadat puasa.
melalui
membaca
menunaikan
Plastik _____________ memudahkan kita untuk melihat kandungan didalamnya.
kalis peluru
lut sinar
kedap air
Sultan Kelantan telah _____________ pada majlis perasmian lebuh raya yang baru dibuka itu.
merafak sembah
menjunjung perintah
mencemar duli
Amalan ________________ amat digalakkan terutamanya semasa sambutan hari raya.
kasih- mengasihi
ziarah- menziarahi
nasihat-menasihati
Pesawat Airbus 380 ialah pesawat penumpang terbesar didunia.Berikan maksud yang sinonim bagi perkataan berwarna.
perahu
bot
kapal terbang
Pengembala itu meleraikan tali kambingnya pada sebatang pokok.Berikan maksud antonim bagi perkataan tersebut.
membuka
memotong
mengikat
Anak-anak ayam itu ____________ apabila dikejar oleh Hazam.
terkedek-kedek
terkinja-kinja
bertempiaran
Murid-murid sekolah ____________ apabila melihat aquarium itu semasa lawatan ke Kuala Lumpur.
ternganga
terpegun
termimpi-mimpi
___________ udara itu mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Perjalanan
Pemilihan
Pertunjukan
