NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa Tahun 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Datuk saya bukan sahaja pemurah_________ baik hati kerana sering membantu orang-orang miskin di kampung
lantaran
malahan
manakala
walaupun
Ayah menempah _____________ untuk kami sekeluarga semasa bercuti di Melaka.
rumah sakit
rumah tangga
rumah terbuka
rumah tumpangan
Rina membelek-belek beberapa __________ majalah yang ingin dibelinya di kedai itu.
biji
keping
lembar
naskhah
Jam itu tergantung ___________ dinding.
dari
pada
kepada
di
Ali menggaru-garu kakinya yang gatal kerana digigit ______________.
kunang-kunang
labah-labah
pijat-pijat
labi-labi
Ah Meng dan kawannya sedang mengepam bola-bola yang ___________ di dalam stor sukan.
kecut
kemik
kendur
kempis
Penyambut tetamu itu _____________ senyuman yang manis kepada pelanggan yang datang.
berukir
terukir
diukirkan
mengukirkan
Puan Maimun __________________ sebuah dulang yang berisi beberapa gelas minuman untuk tetamu yang datang.
mengelek
menatang
menjinjing
mengusung
Sultan Perak akan membuat lawatan rasmi ke Filipina. ______________ akan berada di sana selama seminggu.
Baginda
Beta
Beliau
Patik
Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai. Peribahasa yang sesuai ialah __________________.
alah biasa tegal biasa
bagai tikus membaiki labu
alang-alang mandi biar basah
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Semasa ekspedisi berbasikal itu, mereka ___________ berkayuh sepanjang 10 kilometer.
berhempas-pulas
bersimpang-siur
berlintang-pukang
bertunggang-langgang
Semua yang hadir bekerja seperti __________ untuk memastikan taman tersebut bersih.
lidah biawak
lipas kudung
kera sumbang
ayam tambatan
Semua murid diarahkan supaya berkumpul di padang _____ murid tahun enam.
serta
tetapi
kecuali
manakala
Cikgu Haikal menasihai kami agar tidak ____________ di dalam hutan seorang diri.
berlegar-legar
berputar-putar
menyorok-nyorok
merayau-rayau
Pak Abu menjual se__________ pisang yang baru dipetiknya dari kebun pagi tadi kepada Hamdan.
tandan
buah
bekas
batang
Apakah yang akan dilakukan oleh Sultan Ahmad Shah apabila sudah berada di atas singgahsana?
bertitah
bersantap
berangkat
bersemayam
Pada musim panas, orang ramai dinasihati agar memakai pakaian yang longgar. Pilih perkataan antonim bagi longgar.
kecil
sendat
labuh
panjang
Cikgu Sarah menegur Zainab supaya memperbaiki tulisannya yang _______________ itu
berat tangan
lipas kudung
cakar ayam
simpang siur
Zakuan satu-satunya _________ Puan Lily yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan keseluruhan keluarganya itu.
anak emas
darah daging
buah hati
tali barut
Beberapa ________ bunga orkid segar menghiasi ruang tamu rumah Datin Mariam.
biji
helai
jambak
batang
