Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ELEKTRIK TAHUN 5

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sumber tenaga elektrik yang digunakan oleh peniaga-peniaga pasar malam?

a)
b)
c)
d)
2.

Antara sumber tenaga elektrik yang berikut, yang manakah digunakan oleh satelit yang berada di angkasa lepas untuk memperoleh sumber tenaga?

a)

dinamo

b)

generator

c)

sel suria

d)

akumulator

3.

Kebelakangan ini, Puan Ani mengalami masalah menghidupkan enjin keretanya. Antara yang berikut, yang manakah perlu dibeli oleh Puan Ani untuk membolehkannya menghidupkan enjin kereta?

a)
b)
c)
d)
4.

Sumber tenaga elektrik yang manakah menjana elektrik dengan menggunakan tenaga suria?

a)
b)
c)
d)
5.

Rajah menunjukkan simbol satu komponen elektrik. Antara komponen tersebut, yang manakah mewakilil simbol itu?

a)

suis

b)

mentol

c)

sel kering

d)

wayar penyambung

6.

Rajah menunjukkan simbol satu komponen elektrik. Antara komponen tersebut, yang manakah mewakilil simbol itu?

a)

suis

b)

mentol

c)

sel kering

d)

wayar penyambung

7.

Rajah menunjukkan simbol satu komponen elektrik. Antara berikut, manakah yang betul tentang fungsi komponen itu?

a)

mengeluarkan cahaya

b)

mengalirkan arus elektrik

c)

membekalkan arus elektrik

d)

menyambung dan memutuskan litar elektrik

8.

Rajah menunjukkan simbol satu komponen elektrik. Antara berikut, manakah yang betul tentang fungsi komponen itu?

a)

mengeluarkan cahaya

b)

mengalirkan arus elektrik

c)

membekalkan arus elektrik

d)

menyambung dan memutuskan litar elektrik

9.

Antara berikut, susunan litar manakah yang akan menyebabkan mentol menyala?

a)
b)
c)
d)
10.

Rajah di bawah menunjukkan susunan satu litar elektrik lengkap. Manakah antara berikut merupakan susunan litar elektrik lengkap yang betul dalam bentuk simbol?

a)
b)
c)
d)
11.

Apakah faktor yang mempengaruhi kecerahan mentol dalam suatu litar?

a)

bilangan mentol

b)

bilangan suis

c)

panjang wayar penyambung

d)

bilangan sel kering

12.

Antara berikut, litar yang manakah yang menghasilkan mentol paling cerah?

a)
b)
c)
d)
13.

Bagaimanakah cara untuk menambahkan kecerahan mentol litar di bawah?

a)

menambah bilangan suis

b)

menambah bilangan mentol

c)

menambah bilangan sel kering

d)

menambah panjang wayar penyambung

14.

Lisa memasang litar seperti di bawah. Apakah yang akan terjadi sekiranya dia menambah lima biji sel kering dalam litar di bawah?

a)

mentol terbakar kerana kuasa elektrik terlampau banyak

b)

mentol jadi menyala dengan terang

c)

mentol menyala dengan malap

d)

mentol menjadi berkelip-kelip

15.

Rajah di bawah menunjukkan satu litar. Antara litar berikut, yang manakah sepadan dengan litar yang ditunjukkan dengan litar di bawah?

a)
b)
c)
d)
16.

Rajah di bawah menunjukkan satu litar. Antara litar berikut, yang manakah sepadan dengan litar yang ditunjukkan dengan litar di bawah?

a)
b)
c)
d)
17.

Antara litar berikut, yang manakah sepadan dengan litar yang ditunjukkan di bawah?

a)
b)
c)
d)
18.

Apakah maksud litar bersiri?

a)

Litar yang mempunyai satu laluan untuk tenaga elektrik mengalir

b)

Litar yang mempunyai dua atau lebih laluan untuk tenaga elektrik mengalir

c)

Mentol disusun secara selari dalam laluan yang berlainan

d)

Mentol disusun secara bersebelahan antara satu sama lain dalam laluan yang sama

19.

Apakah maksud litar selari?

a)

Litar yang mempunyai satu laluan untuk tenaga elektrik mengalir

b)

Litar yang mempunyai dua atau lebih laluan untuk tenaga elektrik mengalir

c)

Mentol disusun secara selari dalam laluan yang berlainan

d)

Mentol disusun secara bersebelahan antara satu sama lain dalam laluan yang sama

20.

Pilih penyataan yang benar tentang litar bersiri.

a)

Semua mentol berkongsi sumber elektrik

b)

Bilangan mentol mempengaruhi kecerahan mentol

c)

Bilangan mentol tidak mempengaruhi kecerahan mentol

d)

Jumlah tenaga elektrik yang melalui setiap laluan adalah sama

21.

Pilih penyataan yang benar tentang litar selari.

a)

Semua mentol berkongsi sumber elektrik

b)

Bilangan mentol mempengaruhi kecerahan mentol

c)

Bilangan mentol tidak mempengaruhi kecerahan mentol

d)

Jumlah tenaga elektrik yang melalui setiap laluan adalah sama

22.

Rajah di bawah menunjukkan satu litar. Bagaimanakah cara untuk menambahkan kecerahan mentol dalam litar di bawah?

a)

Memastikan suis sentiasa ditutup

b)

Mengurangkan bilangan sel kering

c)

Menambahkan bilangan mentol dalam litar

d)

Mengurangkan bilangan mentol dalam litar

23.

Rajah menunjukkan susunan mentol dalam dua litar yang berlainan. Adakah susunan litar selari dan litar bersiri memberi kesan kepada kecerahan mentol?

a)

Mentol dalam kedua-dua litar mempunyai kecerahan yang sama

b)

Mentol yang disusun secara selari menyala lebih lama berbanding mentol dalam litar bersiri

c)

Mentol yang disusun secara bersiri menyala lebih cerah berbanding mentol yang disusun secara selari

d)

Mentol yang disusun secara selari menyala lebih cerah berbanding mentol yang disusun secara bersiri

24.

Jika salah satu mentol dalam litar ini terbakar, apa yang akan berlaku kepada mentol yang satu lagi?

a)

Mentol yang satu lagi masih menyala

b)

Mentol yang satu lagi tidak menyala

c)

Mentol yang satu lagi menyala dengan malap

d)

Mentol yang satu lagi menyala dengan lebih terang

25.

Satu penyiasatan dijalankan oleh sekumpulan murid dengan membina satu litar selari. Apakah yang akan terjadi sekiranya satu daripada mentol dalam litar di bawah terbakar?

a)

Mentol yang satu lagi tidak menyala

b)

Mentol yang satu lagi masih menyala

c)

Mentol yang satu lagi menyala dengan malap

d)

Mentol yang satu lagi menyala kurang terang

26.

Ali telah membina satu litar elektrik lengkap seperti rajah di bawah. Susunan mentol yang manakah menghasilkan nyalaan mentol yang paling terang?

a)
b)
c)
d)
27.

Mengapa mentol dalam litar bersiri lebih malap berbanding mentol dalam litar selari walaupun bilangan sel kering dan mentol adalah sama?

a)

Semua mentol dalam litar bersiri berkongsi tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sel kering tetapi mentol dalam litar selari mendapat jumlah tenaga elektik yang sama banyak

b)

Semua mentol dalam litar selari berkongsi tenaga elektrik yang dibekalkan oleh sel kering tetapi mentol dalam litar bersiri mendapat jumlah tenaga elektrik yang sama banyak

28.

Rajah menunjukkan litar elektrik lengkap. Apakah yang dapat diperhatikan jika suis itu diganti dengan getah pemadam?

a)

Mentol terbakar

b)

Mentol masih menyala

c)

Mentol menjadi panas

d)

Mentol tidak menyala

29.

Sekiranya salah satu mentol dalam litar Q rosak, semua mentol dalam litar itu tidak menyala. Yang manakah litar Q?

a)
b)
c)
d)
30.
Apakah komponen yang diperlukan untuk membina litar elektrik lengkap?
a)
Suis dan mentol
b)
Sel kering dan suis
c)
Mentol dan wayar penyambung
d)
Sel kering. mentol, suis dan wayar penyambung