wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kata bilangan

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

_____ penduduk Taman Murni terlibat dalam mesyuarat untuk membincangkan cadangan memperbesar masjid.

a)

Beribu

b)

Berjuta

c)

Segala

d)

Semua

2.

_____ ekor anak kucing peliharaan Karen sangat comel dan manja.

a)

Kedua-dua

b)

Separuh

c)

Semua

d)

Segala

3.

Festival makanan itu mempamerkan ______ jenis kuih tempatan yang terdapata di Malaysia.

a)

sebahagian

b)

seluruh

c)

pelbagai-bagai

d)

pelbagai

4.

________ lapisan masyarakat turut meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2019 itu.

a)

Ratusan

b)

Seduyun

c)

Segenap

d)

Beberapa

5.

Zalina meminta izin daripada bapanya untuk makan angin Pulau Pangkor selama ______ hari.

a)

setiap

b)

setengah

c)

beberapa

d)

sebahagian

6.

Kakak saya menyimpan ___________ daripada wang tabungannya ke dalam bank.

a)

semua

b)

beberapa

c)

sebahagian

d)

setengah

7.

Mereka________________ berkawan baik sejak kecil lagi.

a)

kedua

b)

berdua-dua

c)

dua

d)

kedua-dua

e)

berdua

8.

Ammar mendapat tempat ___________ dalam kelas.

a)

kedua

b)

berdua-dua

c)

dua

d)

kedua-dua

e)

berdua

9.

Murid-murid memasuki bilik darjah secara ___________.

a)

kedua

b)

berdua-dua

c)

dua

d)

kedua-dua

e)

berdua

10.

__________ pelancong dari dalam dan luar negeri mengunjungi Menara Berkembar Petronas.

a)

Semua

b)

Setengah

c)

Beberapa

d)

Beribu-ribu

11.

__________ orang murid itu berpeluk-pelukan sebelum berpisah.

a)

Dua

b)

Kedua

c)

Dua-dua

d)

Kedua-dua

12.

________________kawasan lapang di belakang rumah Pak Dollah ditanam dengan sayur-sayuran

a)

Setiap

b)

Segelintir

c)

Sebilangan

d)

Sebahagian

13.

Aiman sedah diberitahu ______________, tetapi dia tetap terlupa akan pesanan itu.

a)

beberapa

b)

beribu-ribu

c)

berkali-kali

d)

beratus-ratus

14.

______ ekor lembu telah disembelih untuk jamuan di majlis itu.

a)

Empat

b)

Keempat-empat

c)

Keempat-keempat

d)

Empat-empat

15.

______________murid diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum.

a)

Para

b)

Setiap

c)

Ribuan

d)

Setengah