NEW
Font size
WorksheetsKata Ganti Nama Diri
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
"_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah Sultan Iskandar.
a. Saya
b. Baginda
c. Beta
Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa aktiviti gotong - royong esok
a. hamba
b. dia
c. nya
" ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Mamat kepada Hang Nadim.
a. kami
b. Hamba
c. Saya
"Segala titah perintah _________akan ________laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmod.
a. baginda......kamu
b. patik......tuanku
c. tuanku......patik
Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan," kata Cikgu Sarala kepada murid-murid Tahun Lima Dahlia.
a. kami
b. saya
c. dia
" Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata Cikgu Azhari kepada Alif
a. beta
B. aku
c. saya
Murid-murid lelaki Tahun Enam Cemerlang sedang giat berlatih kerana __________ akan menyertai perlawanan bola sepak pada minggu hadapan.
a. kami
b. mereka
c. dia
Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid-murid supaya tidak melanggar peraturan sekolah.
a. baginda
b. dia
c. beliau
"_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Lima Cemerlang kepada Cikgu Faizul.
a. mereka
b. kami
c. kita
Mariam tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.
a. dia
b. kamu
c. beliau
“Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.
a. beliau
b. kamu
c. dia
Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
a. Baginda
b. tuanku
c. beta
“ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
a. dia
b. kamu
c. aku
“______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jesus dan Johan kepada Ang.
a. kita
b. kami
c. saya
Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _____ telah melarikan sejumlah barang kemas yang bernilai RM 300 000.00
a. mereka
b. engkau
c. kita
