wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Tingkatan 3 : Zakat Penyuci Harta (1&2)

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Tandakan (/) jawapan bagi maksud zakat dari segi bahasa.

a)

subur

b)

suci

c)

berkat

d)

berkembang

2.

Maksud zakat dari segi istilah iaitu ____________.

a)

Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

b)

Mengeluarkan semua harta untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

c)

Mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang miskin dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

d)

Mengeluarkan sebahagian daripada emas tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh jabatan agama islam.

3.

Hukum mengeluarkan zakat adalah (a)   bagi umat islam.

4.

Dalil naqli : Allah berfirman dalam surah al-Baqarah 2 : ayat 43 yang bermaksud : "dan dirikanlah solat dan keluarkanlah (a)   .

5.

Daripada عَبْدُ الله بن عُمَر بن الخَطَّاب meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ

الصَّلَاةِ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ.

( متفق عليه )

Maksud hadis di atas iaitu _______________.

a)

Islam dibina atas lima perkara : penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad itu utusan Allah , mendirikan solat , menunaikan zakat , mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan.

b)

Islam dibina atas lima perkara : penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad itu utusan Allah , mendirikan solat , mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan.

c)

Islam dibina atas beberapa perkara : penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad itu utusan Allah , mendirikan solat dan berpuasa pada bulan ramadhan.

d)

Islam dibina atas lima perkara : penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad itu utusan Allah , menunaikan zakat , mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan ramadhan.

6.

Berdasarkan surah al-Baqarah (9 : ayat 60) terdapat ____ golongan asnaf yang layak menerima zakat.

a)

8

b)

7

c)

6

d)

9

7.

Tandakan (/) bagi jawapan yang merujuk kepada golongan fakir.

a)

Orang yang tiada harta yang mencukupi untuk keperluan dirinya termasuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

b)

Orang yang hanya mampu menampung sebahagian sahaja daripada keperluan hidupnya.

8.

Manakah antara jawapan dibawah merujuk kepada contoh golongan miskin?

a)

Seseorang yang memerlukan sepuluh ringgit sehari tetapi dia hanya memperoleh lapan ringgit sahaja.

b)

Seseorang yang memerlukan sepuluh ringgit sehari tetapi dia hanya mampu memperoleh tiga ringgit sahaja.

c)

Seseorang yang ingin membebaskan diri mereka.

d)

Seseorang yang berhutang untuk keperluan asas diri serta tanggungannya dan tidak mampu membayarnya.

9.

1) Mereka yang dilantik oleh pemerintah untuk mengumpulkan dan mengagihkan zakat.

2) Orang yang berjuang dijalan Allah.


Pernyataan di atas merujuk kepada golongan?

a)

عَامِل , فِي سَبِيلِ الله

b)

عَامِل , اِبْنُ السَّبِيل

c)

عَامِل , همبا

d)

عَامِل , مُوَءلَّف

10.

"Orang yang bermusafir dengan tujuan yang diharuskan syarak kemudian terputus perbelanjaan".


Pernyataan di atas merujuk kepada golongan?

a)

اِبْنُ السَّبِيل

b)

فِي سَبِيلِ الله

c)

مُوَءلَّف

d)

ميسكين

11.

Antara berikut merupakan hikmah pensyariatan zakat daripada aspek pemberi kecuali.

a)

mendidik jiwa pemberi zakat dengan sifat pemurah serta menjauhi sifat bakhil.

b)

melahirkan sifat taat kepada perintah Allah SWT.

c)

mendapat kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat melalui harta yang dizakatkan.

d)

membersihkan hati daripada hasad dengki dan iri hati terhadap golongan kaya.

12.

Antara berikut yang manakah merupakan hikmah pensyariatan zakat daripada aspek penerima?

a)

sebagai sumber modal bagi golongan miskin untuk menjana ekonomi keluarga.

b)

merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.

c)

mendapat keredhaan Allah SWT.

d)

melahirkan sifat taat kepada Allah SWT.

13.

Tandakan (/) bagi jawapan yang merujuk kepada hikmah pensyariatan zakat daripada aspek masyarakat.

a)

mengertakan ikatan ukhuwah dan kasih sayang sesama islam.

b)

saling membantu antara satu sama lain.

c)

meningkatkan syiar islam.

d)

mendapat kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat yang dizakatkan.

14.

Terdapat dua jenis zakat iaitu zakat fitrah dan zakat (a)   ?

15.

Maksud zakat fitrah iaitu mengeluarkan harta tertentu bagi setiap orang yang (a)   dan orang yang dibawah tanggungannya dengan syarat-syarat dan tempoh masa yang telah ditetapkan syarak.

16.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah iaitu (a)   apabila memenuhi syarat wajib zakat fitrah.

17.

Berikut merupakan syarat wajib zakat fitrah kecuali __________.

a)

Islam

b)

Hidup pada akhir bulan ramadhan dan awal bulan syawal

c)

Mempunyai harta melebihi keperluan makan dan minum untuk diri dan tanggungannya pada malam dan siang hari raya

d)

Hidup pada awal bulan ramadhan dan awal bulan syawal

18.

Terdapat lima waktu mengeluarkan zakat fitrah iaitu wajib, sunat, haram, harus dan (a)   .

19.

Hukum _________ mengeluarkan zakat fitrah pada waktu selepas terbenam matahari pada hari terakhir ramadhan.

a)

wajib

b)

sunat

c)

haram

d)

makruh

20.

1) selepas terbenam matahari pada hari raya pertama.

2) selepas solat hari raya Aidilfitri sehingga sebelum terbenam matahari satu syawal.


Apakah hukum mengeluarkan zakat bagi situasi diatas?

a)

haram , makruh

b)

haram , harus

c)

sunat , haram

d)

wajib , makruh

21.

Apakah hukum mengeluarkan zakat di sepanjang bulan ramadhan?

(a)  

22.

Zakat harta merujuk kepada zakat tanaman dan buah-buahan, zakat haiwan ternakan, zakat emas perak dan mata wang, zakat galian dan rikaz dan zakat (a)   .

23.

Berikut merupakan syarat wajib mengeluarkan zakat kecuali ________.

a)

islam

b)

cukup haul

c)

cukup nisab

d)

mempunyai harta lebihan

24.

Maksud zakat saham ialah _________.

a)

wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan.

b)

harta yang dilaburkan dalam perniagaan.

c)

pelaburan emas dalam perniagaan.

d)

harta yang digadaikan dalam syarikat.

25.

Diwajibkan zakat saham kerana saham yang dilaburkan dalam syarikat-syarikat perniagaan, perusahaan atau badan-badan pelaburan ialah harta yang mempunyai potensi untuk __________.

a)

berkembang.

b)

berjaya

c)

menaik

d)

digunakan

26.

Kadar zakat saham iaitu ________ atas nilai semasa semua saham yang dimiliki setahun.

a)

2.5%

b)

3.5%

c)

3.6%

d)

2.6%

27.

Berikut merupakan contoh tanaman yang wajib dikeluarkan zakat kecuali __________.

a)

padi

b)

barli

c)

gandum

d)

anggur kering

28.

Kadar zakat tanaman 10% bagi tanaman yang __________________.

a)

menggunakan air hujan atau bergantung kepada aliran air sungai serta parit dan tidak melibatkan kos yang banyak.

b)

menggunakan jentera, tenaga manusia serta memerlukan kos yang tinggi.

29.

Berikut merupakan jenis-jenis haiwan ternakan yang wajib dikeluarkan zakat kecuali ___________.

a)

kambing dan biri-biri

b)

lembu dan kerbau

c)

unta

d)

kambing dan gajah

30.

Tandakan (/) bagi syarat wajib zakat haiwan ternakan.

a)

dipelihara di padang terbuka.

b)

binatang ternakan bukan digunakan untuk bekerja.

c)

diberi makan rumput sahaja.

d)

tidak dibenarkan keluar kandang.

31.

Emas yang tidak dipakai kerana di simpan, rosak atau lama, hukumnya ___________ zakat apabila cukup nisab dan haul.

a)

wajib

b)

harus

c)

sunat

d)

haram

32.

Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Kadar zakat harta perniagaan iaitu _______.

a)

2.5%

b)

2.6%

c)

2.4%

d)

2.7%

33.

Berikut merupakan syarat wajib zakat perniagaan kecuali ___________.

a)

Harta yang halal.

b)

Harta yang boleh menjana pendapatan.

c)

Harta tersebut bukan untuk kegunaan peribadi.

d)

Harta tersebut boleh meningkat.

34.

"Bahan yang dikeluarkan daripada bumi, diproses dan menghasilkan logam"


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud (a)   .

35.

"Harta yang tertanam dalam tanah"


Pernyataan di atas merujuk kepada maksud (a)   .