wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latih Tubi UPSR

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Menurut Doktor Farid, pembedahan jantung perlu dilakukan ke atas kanak-kanak itu setelah __________ membuat pemeriksaan dengan terperinci.

a)

saya

b)

awak

c)

mereka

d)

beliau

2.

"Ampun tuanku, __________ sudah selesai menjalankan tugas yang diamanahkan itu," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Muzaffar Syah

a)

beta

b)

patik

c)

baginda

d)

tuan hamba

3.

Seni ukiran yang dibuat oleh lelaki cacat itu amat __________ dan sentiasa mendapat pujian orang ramai yang mengunjungi bengkelnya.

a)

halus

b)

tajam

c)

licin

d)

lembut

4.

Mustafa berasa __________ apabila melihat keadaan sampah sarap yang berbau busuk itu.

a)

lemah

b)

jelik

c)

risau

d)

jijik

5.

Setelah lama meninggalkan kampung halaman, Amran berhajat untuk pulang kerana dia __________ akan keluarganya.

a)

patuh

b)

kagum

c)

rindu

d)

hormat

6.

Pencawang elektrik yang dibina di __________ bukit itu jelas kelihatan dari rumah Alias.

a)

kaki

b)

puncak

c)

dasar

d)

antara

7.

Perhubungan antara Masitah dan Hayati __________ kembali setelah mereka berjumpa di laman sosial.

a)

bertaut

b)

bersemuka

c)

terkabul

d)

tergambar

8.

Halim dan Tuah menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh guru mereka di dalam __________ selepas waktu persekolahan.

a)

buku teks

b)

buku akaun

c)

buku harian

d)

buku kerja

9.

Ayah menggunakan __________ gergaji untuk menebang sebatang pokok di belakang rumah.

a)

sebatang

b)

sepucuk

c)

sebilah

d)

sekeping

10.

Majlis perkahwinan itu disambut secara __________ kerana Pak Hamid hanya mempunyai seorang anak perempuan.

a)

berbesar-besar

b)

besar-besaran

c)

membesar-besarkan

d)

berbesar-besaran

11.

Para penunjuk perasaan itu berarak __________ membawa sepanduk masing-masing.

a)

dan

b)

sementara

c)

manakala

d)

sambil

12.

Seluruh rakyat Malaysia disarankan agar menghapuskan segala __________ buruk terhadap kaum-kaum lain demi kesejahteraan negara tercinta ini.

a)

prasejarah

b)

prasangka

c)

pratonton

d)

prasekolah

13.

Para pemain hoki __________ oleh guru dan kawan-kawan kerana mengharumkan nama sekolah.

a)

diseru

b)

dijulang

c)

dipuji

d)

dipujuk

14.

Perigi itu __________ kering semasa musim kemarau melanda pada bulan lepas.

a)

telah

b)

dapat

c)

masih

d)

harus

15.

"Bayaran kompaun yang dikenakan __________ perokok yang merokok di kawasan awam ialah satu langkah yang tepat," kata Encik Sukri kepada Encik Baharom.

a)

dari

b)

pada

c)

untuk

d)

kepada

16.

Banyak kayu balak yang dikeluarkan dari __________ yang terdapat di negara kita.

a)

kayu-kayan

b)

tanah-tanih

c)

hutan-banat

d)

bukit-bukau

17.

Encik Munir berpesan kepada anaknya supaya berjimat sewaktu berbelanja di sekolah.


Pilih perkataan berlawan bagi berjimat.

a)

membeli

b)

membayar

c)

membazir

d)

menyimpan

18.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Pendapatan Azli kini sudah masak untuk menampung kehidupannya di kota.

II. Fikiran Nur Alia lebih masak berbanding usianya yang masih muda.

III. Buah rambutan di halaman rumahnya itu sudah masak.

IV. Ibu sudah masak benar dengan perangai Azmi.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

19.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I. Disebabkan kenderaan di hadapan memasang lampu tinggi, penglihatannya menjadi gelap.

II. Semua murid dinasihatkan belajar dengan bersungguh-sungguh agar masa depan tidak menjadi gelap.

III.Binatang eksotik seperti tenggiling dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap.

IV. Perbuatan Anang yang suka berbohong menyebabkan hati ibunya berasa gelap.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

20.

Kehadiran murid ke sekolah disambut dengan senyuman oleh semua guru sempena program Sifar Ponteng.

a)

Bagaimanakah keadaan murid ketika disambut oleh guru?

b)

Siapakah yang ingin menyambut kehadiran murid ke sekolah?

c)

Apakah yang dilakukan oleh semua guru setelah murid tiba di sekolah?

d)

Mengapakah semua guru memberi senyuman ketika murid datang ke sekolah?

21.

Pilih ayat yang betul.

a)

Shukri bertukar menjadi pendiam terhadap kematian adiknya.

b)

Pertandingan akhir badminton itu adalah di antara Rosman dengan Razif.

c)

Nina telah menunggu adiknya daripada pagi.

d)

Hamdan terjaga oleh bunyi deringan jam loceng di tepi katilnya.

22.

Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika bekerjasama, bak kata pepatah __________.

a)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

b)

seperti minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

c)

umpama lesung dengan antan

d)

bagai isi dengan kuku

23.

Hasimah menangis sehingga __________ kerana dimarahi oleh ayahnya.

a)

tersedu-sedan

b)

tercomot-momot

c)

terbengkak-bengkil

d)

tersayu-sayan

24.

Aisha __________ pendapatnya dalam sesi perbincangan semasa mengikuti kem motivasi itu.

a)

melontarkan

b)

mencampakkan

c)

membunyikan

d)

membuangkan

25.

Makanlah ubat ini __________ kamu cepat sembuh __________ dapat pergi ke sekolah semula.

a)

agar … dan

b)

hingga … dan

c)

supaya … jika

d)

sementara … untuk

26.

Mak Cik Kamariah __________ buluh sehingga licin untuk dijadikan batang sate.mengupas

a)

melecet

b)

mengupas

c)

meraut

d)

menakik

27.

Kakak menggoreng ikan sehingga garing semasa menyediakan makan malam untuk kami sekeluarga.


Pilih perkataan antonim bagi garing.

a)

lemau

b)

keras

c)

lembut

d)

hangit

28.

Banyak penduduk yang membangkang pembinaan pusat hiburan di taman perumahan itu.


Pilih perkataan sinonim bagi membangkang.

a)

mencemuh

b)

membantah

c)

mengkritik

d)

mencegah

29.

Borang penyertaan pertandingan mewarna itu diedarkan kepada __________ murid di sekolah itu.

a)

setiap

b)

segala

c)

seluruh

d)

pelbagai

30.

Ben Musa merupakan __________ bagi pasukan bola sepak sekolahnya.

a)

tulang belakang

b)

tali barut

c)

muka tembok

d)

kelinga kuali

31.

Hubungan antara Lutfi dan Azim sangat rapat __________.

a)

seperti cincin dengan permata

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

bagai kucing dan anjing

32.

Encik Murad ___________ apabila melihat habuan yang lumayan untuk meluluskan projek yang dikendalikan olehnya.

a)

paku belanda

b)

makan suap

c)

makan hati

d)

buta hati

33.

Rupa-rupanya anak angkat Haji Hussin sendiri yang selama ini mencuri di kedainya, bak kata pepatah __________.

a)

bagai batu loncatan

b)

seperti kacang hantu

c)

umpama kunyit dengan kapur

d)

harapkan pagar, pagar makan padi

34.

"Sungai Pahang ialah sungai yang panjang __________ di Semenanjung," kata Cikgu Halimah kepada murid-muridnya.

a)

pali

b)

terlalu

c)

sekali

d)

agak

35.

Masyarakat yang beragama Islam _____________ sayu kerana tidak dapat pulang berhari raya ke kampung akibat kes Covid-19.

a)

paling

b)

agak

c)

sungguh

d)

terlalu