NEW
Font size
Worksheetskata kerja
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Ketua pasukan Rumah Merah ____ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.
memikul
mengelek
menjulang
mengandar
Abang _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi .
membonceng
menunggang
mengayuh
menaiki
Aisyah ____ halaman buku teks itu dengan cermat.
menyelak
menampal
membalut
mengalas
Adik _____lilin yang terletak di atas kek hari jadinya sebaik sahaja lagu hari jadi habis dinyanyi.
mematikan
menyalakan
memasangkan
menghembuskan
Emak sibuk _____ baju di ruang tamu selepas menyimpan baju dari sidaian.
mengukur
melipat
menggosok
menjahit
Kakak sedang ____ nasi manakala ibu sedang memasak sayur.
menyalai
menjerang
menanak
memanggang
Bawang merah itu ____ nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
dibedah
dibelah
disiang
dihiris
Amin ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
terjatuh
tercegat
terhenti
terduduk
Longkang di tepi jalan itu _____ akibat pembuangan sampah sarap.
terdesak
terhimpit
tersumbat
terbantut
Puan Mei ling ____ jus oren yang segar itu ke dalam gelasnya.
memercik
melimpah
menuang
merenjis
Datuk dan nenek sedang ______ tentang kehidupan mereka pada zaman pendudukan Jepun dahulu.
bersembang
berpesan
berhubung
berkata
Encik Lai ____ perniagaan runcit secara kecil-kecilan.
mengadakan
menjalankan
menerbitkan
menjelaskan
Para nelayan _____ jala yang rosak pada musim tengkujuh.
menampal
menyulam
menenun
menyirat
Matahari ____ di sebelah barat.
terhempap
terbenam
terhempas
termasuk
Datuk sedang ____ rumput yang panjang di belakang rumah.
menggunting
menyabit
mengasah
menoreh
Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.
memalu
memukul
mengetuk
menghentam
Pelayan restoran ______ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.
menjinjing
menatang
memegang
menggalas
Penjual itu sedang _____ berat seekor ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
menimbang
mengira
menghitung
mencatat
“ Saya yakin dapat _____ bahasa Melayu dalam masa dua bulan ini”, kata Wen Bin.
menyertai
menguasai
meminati
mengenali
Pak Kasim _____ sebuah lubang yang besar untuk menimbus bangkai haiwan.
mencabut
mencakar
menggali
mengais
