wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ RAMADHAN 2020

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah Ciri orang yang bertakwa KECUALI:

a)

beriman kepada perkara-perkara ghaib

b)

menunaikan solat lima waktu

c)

mengisi masa lapang dengan hiburan

d)

beriman kepada kitab

2.

Kelebihan orang yang bertaqwa ialah :

a)

memperoleh kejayaan hidup dunia dan akhirat

b)

dikasihi oleh semua masyarakat

c)

mendapat duit yang banyak

d)

mudah terpengarug dengan unsur negatif

3.

Maksud doa ialah:

a)

Memohon doa kepada Allah

b)

Memohon kebaikan kepada Allah

c)

Memohon segala hajat kepada Allah

d)

Memohon kepada Allah sesuatu kebaikan yang diharuskan oleh syarak

4.

Kebaikan di akhirat yang digalakkan untuk kita pohon dalam doa ialah:

a)

sihat fizikal dan mental

b)

keluarga yang bahagia

c)

mendapat syafaat

d)

berjaya dengan cemerlang

5.

Berikut ialah tujuan berdoa KECUALI:

a)

sebagai usaha untuk memperoleh apa yang dihajati

b)

memohon kejayaan dunia dan akhirat

c)

memohon balasan buruk kepada orang

d)

mengelakkan diri daripada berputus ada

6.

adab berdoa ialah:

a)

angkat sebelah tangan

b)

berada dalam keadaan berhadas

c)

suci daripada hadas

d)

duduk membelakangi kiblat

7.

antara berikut yang manakah contoh musibah berdasarkan ayat 155 surah al baqarah:

a)

perasan marah

b)

hasad dengki

c)

perasaan takut

d)

kegagalan dalam peperiksaan

8.

yang manakah cara menghadapi musibah dengan betul:

a)

bersabar menghadapi musibah

b)

meluahkan kemarahan kepada benda lain

c)

menangis atas segala musibah

d)

menyesal akan segala musibah

9.

Maksud makanan halal ialah:

a)

makanan yang mudah dimakan

b)

makanan yang dibenarkan oleh syarak

c)

makanan yang dijual dipasaran

d)

makanan dibenarkan oleh sesebuah syarikat

10.

Akibat makan makanan yang haram dari aspek rohani ialah:

a)

doa tidak mustajab

b)

merosakkan pemikiran

c)

membentuk peribadi yang kasar

d)

tersisih dari masyarakat

11.

Maksud ikhlas dari segi bahasa ialah ____________ dan suci daripada kotoran yang mencemarkan.

a)

Subur

b)

Bersih

c)

Murni

d)

Aman

12.

Ciri orang yang ikhlas ialah ;

a)

tidak mempedulikan kejian manusia

b)

tidak istiqamah melakukan kebaikan

c)

tidak mengharapkan keredaan Allah

d)

mengungkit kebaikan yang dilakukan

13.

antara berikut yang manakah benar tentang jenis air:

a)

Air Mutlak: air suci dan boleh digunakan untuk bersuci

b)

Air Mustakmal: Air yang disimpan dalam bekas logam yang terdedah kepada cahaya matahari.

c)

Air Mutanajjis: Air suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci

d)

Air Musyammas: air yang dimasuki atau terkeba najis.

14.

Najis menurut istilah bermaksud benda kotor yang menyebabkan ____________ tidak sah.

a)

Puasa

b)

Solat

c)

Mandi

15.

Perkara makruh ketika berwuduk ialah:

a)

membasuh anggota wuduk lebih daripada 3 kali

b)

membasuh kedua dua telinga

c)

membaca doa selepas wuduk

d)

menyapu air seluruh kepala

16.

Malaikat diciptakan daripada

a)

Air

b)

Cahaya

c)

Tanah

d)

Arasy

17.

Maksud puasa dari bahasa ialah_______.

a)

Menahan diri

b)

Menahan lapar

c)

Menahan dugaan

d)

Menahan panas

18.

Berikut ialah syarat WAJIB puasa KECUALI :

a)

ISLAM

b)

BERAKAL

c)

BALIGH

d)

BERUMUR

19.

Perkara yang membatalkan puasa ialah :

a)

pitam sepanjang hari

b)

muntah tidak sengaja

c)

pengsan 5 minit

d)

merasa makanan dengan hujung lidah

20.

Berikut perkara MAKRUH ketika puasa KECUALI:

a)

merasa makanan dengan hujung lidah

b)

tidur sepanjang hari

c)

Mandi wajib selepas terbit fajar

d)

Muntah dengan sengaja