NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PENANDA WACANA
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian
Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian
Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A oleh sebab
B Mungkin
C lagipun
D Kemudian
Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya
Dato Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web syarikat itu.
A Namun
B Mungkin
C Meskipun
D Seterusnya
Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________tarikh tutup semakin hampir.
A justuru
B lagipun
C namun
D walhal
Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
A Kemudian
B Namun
C Mungkin
D Selain itu
Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
A Namun
B Oleh itu
C Kemudian
D Dengan demikian
_________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.
A Baik pun
B Jangankan pun
C Walaupun bahkan
D Walaupun namun
Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh itu
C Namun demikian
D Biarpun demikian
Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , murid-murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
A Selain itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Lebih-lebih lagi
Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
A walaupun begitu
B namun demikian
C lebih-lebih lagi
D selepas itu
Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi.______________, program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi
C Walaupun demikian
D Oleh itu
Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _____________, saya mencuba sedaya upaya unuk bertenang.
A Namun demikian
B Selepas itu
C Oleh itu
D Justeru
Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya.___________, dia diberi nasihat.
A Mungkin
B Selain itu
C Selepas itu
D Lebih-lebih lagi
16 Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah . _________, kami bercadang akan berkelah di Tanjung
Bidara.
A Selain itu
B Lebih-lebih lagi
C Biarpun demikian
D Namun demikian
Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anakanaknya.
A Biarpun demikian
B Lebih-lebih lagi
C Oleh itu
D Mungkin
Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka silang kata.
A kemudian
B akan tetapi
C selanjutnya
D namun begitu
Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.
A Selepas itu
B Namun begitu
C Oleh sebab itu
D Tambahan pula
Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. ____________, harga barangan keperluan.
A Tambahan pula
B Oleh sebab itu
C Namun begitu
D Lebih-lebih lagi
Hasil lukisan Suhada tidak pernah berjaya memenangi anugerah. ______,semangat untuk terus melukis tidak pernah pudar.
A Oleh itu
B Biarpun demikian
C Kalau begitu
D oleh sebab
Setelah tiga hari berturut-turut Karim dan kawan-kawannya mendaki gunung itu,______ mereka sampai juga di puncaknya.
A akhirnya
B namun
C di samping itu
D oleh yang demikian
Amalina telah diserang demam campak. ______, dia tidak hadir ke sekolah, kata adiknya kepada Cikgu Nurhisyam.
A Oleh yang demikian
B Di samping itu
C Semenjak itu
D Sebaliknya
Suatu kebakaran besar telah berlaku di Tanjung Sepat. ______ tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
A Walau bagaimanapun
B Namun demikian
C Lantaran itu
D Jika begitu
Jamal mendapat gred 3A 2B dalam Ujian Percubaan UPSR. ______,semangatnya masih kental untuk berusaha.
A Oleh itu
B Kalau begitu
C Oleh itu
D Biarpun demikian
Alif Farhan seorang pemuda yang cacat. ______, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.
A Sungguhpun demikian
B Lebih-lebih lagi
C Oleh itu
D Kalau begitu
Ayah dan Encik Jamil sedang berbincang di ruang tamu. ______, lebih baik kita berbual-bual di halaman rumah sahaja, kata Raju kepada Moorthy.
A Biarpun demikian
B Kalau begitu
C Oleh itu
D Lebih-lebih lagi
Basikal Leong Jim Jee terbabas ketika dia melalui selekoh yang licin itu. ______,dia juga terlanggar sebatang pokok.
A Biarpun demikian
B Dalam pada itu
C Kalau begitu
D Oleh itu
Adik Dahlia suka menonton filem rencana. ______ yang berkaitan dengan hidupan liar yang terdapat di Benua Afrika.
A Tambahan lagi
B Meskipun begitu
C Biarpun demikian
D Lebih-lebih lagi
Saya pernah bertemu muka dengan Jestina Li,______, saya faham akan sikapnya.
A Biarpun demikian
B Kalau begitu
C Jadi
D Justeru
