Font size
WorksheetsSains Th 5 - Cahaya
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Manakah berikut merupakan sifat cahaya?
Boleh menembusi objek legap.
Boleh dipantulkan.
Bergerak lurus.
Boleh dibiaskan.
Apakah yang cuba dibuktikan melalui eksperimen di atas?
Cahaya boleh dibiaskan.
Cahaya boleh dilihat melalui lubang yang kecil.
Cahaya boleh dipantulkan.
Cahaya bergerak lurus.
Apakah sifat cahaya yang menyebabkan fenomena di atas berlaku?
Cahaya boleh dibiaskan.
Cahaya boleh melalui objek lut sinar.
Cahaya boleh dipantulkan.
Cahaya bergerak lurus.
Manakah pernyataan yang benar tentang pembiasan cahaya?
Cahaya dibiaskan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain.
Cahaya dibiaskan apabila cahaya bergerak melalui satu medium sahaja.
Cahaya dibiaskan apabila tidak dapat melepasi objek legap.
Cahaya dibiaskan apabila cahaya melantun balik apabila mengenai satu permukaan yang licin dan berkilat.
Apakah yang cuba dibuktikan melalui eksperimen di atas?
Cahaya boleh dibiaskan.
Cahaya tidak boleh menembusi objek legap.
Cahaya boleh dipantulkan.
Cahaya bergerak lurus.
Apakah yang cuba dibuktikan dalam eksperimen di atas?
Cahaya boleh dibiaskan.
Cahaya boleh dipantulkan.
Cahaya bergerak lurus.
Cahaya tidak boleh melepasi objek legap.
Gambar rajah di atas adalah gambar rajah sinar cahaya. Nyatakan apakah X ?
Sinar tuju.
Sinar pantulan.
Gambar rajah di atas adalah gambar rajah sinar cahaya. Nyatakan apakah Y ?
Sinar tuju.
Sinar pantulan.
Apakah rupa bayang-bayang yang akan terbentuk pada skrin?
bulatan
segi empat tepat
segi empat sama
bujur
Apakah rupa bayang-bayang yang akan terbentuk pada skrin?
bulatan
segi empat tepat
segi empat sama
bujur
Apakah DUA kesimpulan yang boleh dibuat daripada eksperimen di atas ?
Kedudukan objek mempengaruhi bentuk bayang-bayang.
Bentuk bayang-bayang dipengaruhi oleh kedudukan objek.
Kedudukan objek dipengaruhi oleh bentuk bayang-bayang.
Kedudukan bayang-bayang mempengaruhi bentuk objek.
Orientasi sesuatu objek mempengaruhi bentuk bayang-bayang yang terbentuk.
Apakah maksud orientasi?
Keadaan bayang-bayang yang terbentuk pada skrin.
Keadaan sesuatu objek yang diletakkan dalam ruang.
Lihat gambar rajah. Kenapakah bentuk bayang-bayang yang terbentuk pada skrin, berbeza?
Kerana orientasi objek berubah.
Kerana kedudukan sumber cahaya berubah.
Kerana bentuk bayang-bayang berubah.
Kerana jarak antara sumber cahaya dan objek berubah.
Berdasarkan gambar rajah ini, selain daripada orientasi objek yang berubah, apakah faktor lain yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang yang terhasil pada skrin ?
Perubahan saiz skrin.
Perubahan kedudukan sumber cahaya.
Perubahan saiz lampu suluh.
Perubahan jarak antara sumber cahaya dan objek .
Manakah berikut adalah pernyataan yang BENAR tentang gambar rajah di atas?
Bentuk bayang-bayang yang terhasil adalah sama jika sumber cahaya diletakkan pada kedudukan x dan y.
Bentuk bayang-bayang yang terhasil adalah berbeza jika sumber cahaya diletakkan pada kedudukan x dan y.
Jeff telah mencipta satu model rumah yang menggunakan botol berisi air untuk menerangi ruang dalam rumah yang gelap. Apakah prinsip cahaya yang membolehkan hal ini berlaku?
Cahaya boleh dipantulkan.
Cahaya boleh dibiaskan.
Cahaya boleh melalui objek lut sinar.
Cahaya bergerak lurus.
Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk?
Apabila cahaya dibiaskan oleh objek legap.
Apabila cahaya dihalang oleh objek lutsinar.
Apabila cahaya dibengkokkan oleh objek.
Apabila cahaya dihalang oleh objek legap.
Pernyataan manakah benar tentang bayang-bayang?
Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya dihalang objek legap.
Bayang-bayang terbentuk kerana cahaya bergerak lurus.
Bentuk bayang-bayang terbentuk bergantung kepada keadaan objek.
Saiz bayang-bayang terbentuk dipengaruhi oleh jarak antara sumber cahaya dengan objek.
Kedudukan bayang-bayang terbentuk bergantung kepada kedudukan sumber cahaya.
Manakah berikut adalah pernyataan yang BENAR tentang gambarajah di atas?
Bentuk bayang-bayang terhasil adalah sama jika sumber cahaya diletakkan pada kedudukan x dan y.
Bentuk bayang-bayang terhasil adalah berbeza jika sumber cahaya diletakkan pada kedudukan x dan y.
Bentuk bayang-bayang terhasil adalah berbeza apabila sumber cahaya berada pada kedudukan z berbanding pada kedudukan x dan y.
Bentuk bayang-bayang terhasil adalah sama apabila sumber cahaya berada pada kedudukan z berbanding pada kedudukan x dan y.
Apakah sifat cahaya yang menyebabkan fenomena di atas berlaku?
Cahaya tidak boleh melepasi objek legap.
Cahaya boleh dibiaskan.
Cahaya boleh dipantulkan.
Cahaya bergerak lurus.
