wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

B.MELAYU (SIMPULAN BAHASA TAHUN 4)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1. Kasim tidak _______ meninggalkan emak dan ayahnya di kampung untuk berhijrah ke bandar.

a)

sampai hati

b)

makan hati

c)

sagu hati

d)

sakit hati

2.

2.Pembunuhan kejam itu telah menjadi _______ semua rakyat di Malaysia.

a)

buah fikiran

b)

buah mulut

c)

curi tulang

d)

curi hati

3.

3.Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya Ramli _____ ke luar negara.

a)

makan angin

b)

mandi peluh

c)

bawa diri

d)

bawah angin

4.

4.Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.

a)

mulut tempayan

b)

kepala batu

c)

buta huruf

d)

kaki ayam

5.

5.Mak Munah _______ apabila anak-anaknya sudah lama tidak pulang menjenguknya.

a)

jauh hati

b)

jatuh hati

c)

jalan buntu

d)

berat sebelah

6.

6.Saya tidak mahu menegur Shima yang ______ itu kerana dia akan melenting sesuka hatinya.

a)

tin kosong

b)

ambil angin

c)

berat sebelah

d)

kepala angin

7.

7.Sarimah ______ menyiapkan latihan yang diberikan oleh gurunya.

a)

mandi peluh

b)

memerah keringat

c)

mencuci mata

d)

memerah otak

8.

8.Eza ______ ayahnya menjadi seorang pensyarah.

a)

anak tunggal

b)

bulat hati

c)

anak angkat

d)

ikut jejak

9.

9.Gajah itu ______ apabila mendapati anak kesayangannya hilang.

a)

langkah kanan

b)

pekak badak

c)

naik minyak

d)

besar kepala

10.

10.Latifiah tidak tahan dengan sikap suaminya yang _____ dan suka berfoya-foya.

a)

hidung belang

b)

kaki bangku

c)

gulung tikar

d)

harga diri

11.

11.Amira menyediakan beberapa keping roti untuk anaknya sebagai ______ sebelum ke sekolah.

a)

alas perut

b)

hisap darah

c)

kutu embun

d)

makan hati

12.

12.Sikap Lili yang suka _____ itu menyebabkan Cindy dan Liza bergaduh.

a)

mencuit hati

b)

mengambil berat

c)

mencuci mata

d)

mengadu domba

13.

13.Nora yang ____ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.

a)

rambang mata

b)

tanda mata

c)

otak udang

d)

tajam akal

14.

14.Emak menyediakan ____ untuk kami selepas makan malam.

a)

mulut murai

b)

pembasuh mulut

c)

banyak mulut

d)

mulut tempayan

15.

15.Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.

a)

nyawa-nyawa ikan

b)

bau-bau bacang

c)

ajak-ajak ayam

d)

ulat buku

16.

16.Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.

a)

kaki botol

b)

kaki ayam

c)

kaki bangku

d)

angkat kaki

17.

17.Nina dikatakan _____ kerana mengambil balik hadiah yang diberikan kepada kawannya.

a)

buruk siku

b)

hidung tinggi

c)

iri hati

d)

omong kosong

18.

18.______ Kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.

a)

titik peluh

b)

mata duitan

c)

mata keranjang

d)

mata pencarian

19.

19.Sikap _____ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.

a)

berat tulang

b)

cari jalan

c)

alas perut

d)

berat hati

20.

20.Budak miskin itu terpaksa ____ pada waktu rehat kerana tidak membawa bekal.

a)

ikat perut

b)

isi hati

c)

cepat tangan

d)

panjang tangan