wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tingkatan 5 Kelapa sawit dan kegunaannya

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara bahagian berikut, yang manakah bahagian paling dalam pada buah kelapa sawit?

a)

Mesokarp

b)

Tempurung

c)

Endokarp

d)

Isirung

2.

Maklumat berikut menunjukkan peringkat-peringkat dalam proses pengekstrakan minyak isirung.


K : Tempurung dipecahkan untuk memisahkan isirung daripadanya.

L : Biji buah daripada peringkat penghancuran dikukus pada tekanan tinggi dan disejukkan untuk menanggalkan isirung daripada tempurung.

M : Isirung dikeringkan pada suhu tinggi dan diperah untuk memperoleh minyak.


Urutan yang manakah betul bagi peringkat - peringkat dalam proses pengekstrakan minyak isirung.

a)

K, L, M

b)

K, M, L

c)

L, M, K

d)

L, K, M

3.

Rajah menunjukkan keratan rentas buah kelapa sawit.

Apakah bahagian yang berlabel X?

a)

Kulit luar

b)

Sabut

c)

Isirung

d)

Tempurung

4.

Urutan manakah yang menunjukkan proses pengekstrakan minyak kelapa sawit?

a)

Pensterilan - penanggalan - pencernaan - pengekstarakan - penulenan

b)

Pensterilan - penulenan - pencernaan - pengekstarakan - penanggalan

c)

Pencernaan - penulenan - pensterilan - pengekstarakan - penanggalan

d)

Pensterilan - penanggalan - pengekstarakan - pencernaan - penulenan

5.

Rajah menunjukkan produk yang diperbuat daripada sejenis bahan. Apakah bahan tersebut?

a)

Lemak

b)

Minyak sawit

c)

Alkohol

d)

Getah asli

6.

Bahagian yang manakah mempunyai kandungan minyak paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Pilih kegunaan minyak kelapa sawit sebagai barang makanan

a)

Minyak sayuran

b)

Kapsul vitamin E

c)

Kosmetik

d)

Majerin

8.

Minyak sawit boleh digunakan sebagai barang bukan makanan seperti

a)

Minyak sapi

b)

Minyak pelincir

c)

Barangan kosmetik

d)

Lilin

9.

Institusi tempatan yang menjalankan aktiviti penyelididkan dan pembangunan terhadap penanaman dan perusahaan kelapa sawit termasuklah

a)

MARDI

b)

FAMA

c)

MPOB

d)

FELDA

10.

Minyak sawit dapat digunakan untuk menghasilkan bahan-bahan berikut kecuali

a)

Susu pekat

b)

Minuman beralkohol

c)

Sabun

d)

Majerin