WorksheetsQuizz Bab 1_Form4
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan?
Aktiviti mengawal harga barang
Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan
Aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan
Aktiviti mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna akhir.
Antara berikut, manakah yang merupakan konsep asas perniagaan?
I Pertukaran nilai
II Bantuan perniagaan
III Kontrak perniagaan
IV Penghasilan nilai faedah
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah untuk mengira keuntungan perniagaan?
jumlah hasil - jumlah kos
jumlah jualan - jumlah kos
jumlah kos + jumlah hasil
jumlah jualan + jumlah kos
Manakah yang merupakan maksud jualan pada harga kos?
penjual menjual barang pada harga diskaun
penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos
penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah jualan
penjual menjual barang pada harga yang mencukupi untuk menanggung kos jualan
Antara berikut, manakah yang merupakan kepentingan untung kepada perniagaan?
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Manakah yang BUKAN kaedah perniagaan bagi organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?
secara percuma
jualan pada harga kos
jualan pada harga diskaun
jualan pada harga di bawah kos
Maklumat ini berkaitan dengan pemberian subsidi. Hal ini bermakna barang tersebut ....
diberikan secara percuma
dijual pada harga kos
dijual pada harga di atas kos
dijual pada harga di bawah kos
Apakah yang dimaksudkan dengan perniagaan milikan tunggal?
perniagaan yang ditubuhkan dan dikawal oleh seseorang
perniagaan yang menjalankan kerjasama antara dua atau lebih individu
perniagaan yang ditubuhkan oleh seseorang tetapi dikawal oleh beberapa orang
perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seseorang
Gambar menunjukkan sejenis perniagaan. Antara berikut, manakah ciri perniagaan tersebut?
I menanggung beban cukai yang tinggi
II bilangan pemilik tidak melebihi 50 orang
III menanggung liabiliti terhad
IV perniagaan didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
I dan II
I dan IV
II dan IV
III dan IV
Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhak menguruskan perniagaan.
Apakah jenis rakan kongsi berkenaan?
Rakan kongsi biasa
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi berhad
Rakan kongsi nominal
Manakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding milikan tunggal?
liabiliti tidak terhad
berkongsi kepakaran
perniagaan berterusan
mudah untuk membuat keputusan
Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding dengan syarikat awam berhad?
beban cukai yang rendah
menikmati ekonomi bidangan
penawaran syer yang tidak terhad
laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
Pemilik syer menanggung liabiliti tidak terhad
Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
Pemilik syer dapat memindah milik syer dengan mudah
Pemilik syer boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan
Apakah kekurangan syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
perlu menyediakan penyata kewangan
menanggung liabiliti terhad
kewujudan perniagaan tidak kekal
tidak dapat menikmati ekonomi bidangan
Antara yang berikut, manakah yang merupakan hak anggota bagi koperasi?
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais?
membiayai kos promosi
menyediakan khidmat latihan
melaksanakan penyelidikan produk
membayar royalti kepada francaisor
Maklumat ini berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan. Apakah bentuk perniagaan tersebut?
Francais
Usaha sama
Perkongsian
Perbadanan awam
Antara yang berikut, manakah yang merupakan faktor penentuan saiz perniagaan?
I jumlah bebanan kerja
II jumlah jualan tahunan
III bilangan pekerja tetap
IV jumlah kos pengeluaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Manakah yang dikategorikan sebagai perniagaan bersaiz kecil?
kedai runcit
kilang perabot
syarikat penerbitan
pengeluaran kereta tempatan
Manakah yang BUKAN kelebihan perniagaan bersaiz sederhana?
sukar untuk ditubuhkan
semangat pasukan yang rendah
sukar untuk memajukan kerjaya
pelaporan kewangan syarikat perlu diumumkan
Rajah ini berkaitan dengan skala perniagaan. Apakah X?
Zon
Global
kebangsaan
Antarabangsa
Rajah ini berkaitan dengan skala perniagaan. Manakah yang betul tentang P?
memenuhi keperluan masyarakat setempat
pasaran mudah ditembusi dengan wujudnya internet
menggunakan strategi pemasaran yang berbeza-beza untuk menarik pengguna
memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenal pasti
Apakah aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Malaysia pada waktu selepas merdeka?
aktiviti berasaskan pertanian
aktiviti berasaskan pembuatan
aktiviti berasaskan pembinaan
aktiviti berasaskan perkhidmatan
Mengapakah kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia untuk menceburi sektor kedua pada era 1990-an?
untuk menuju ke arah negara maju
untuk mengurangkan penekanan kepada sektor utama
untuk memastikan bahan mentah digunakan secara maksimum
untuk mengurangkan kebergantungan kepada barang import
Sektor manakah yang diberikan penekanan bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju?
Sektor pertanian
Sektor perindustrian
Sektor perkhidmatan
Sektor perlombongan
