wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Drama Bukan Gila (Sinopsis)

Total questions: 11

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Drama ini mengisahkan tentang _________ yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman.

a)

Azmir

b)

Amir

c)

Azri

2.

Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran ______, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

a)

Ana

b)

Ani

c)

Aini

d)

Aina

3.

Azmir telah dilawati oleh __________. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.

a)

jururawat

b)

juruteknik

c)

jurutera

d)

doktor

4.

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh ______ dan _________________ pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia. ( dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran)

a)

Farid dan dua orang

b)

Afif dan tiga orang

c)

Arif dan tiga orang

d)

Arif dan dua orang

5.

Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang ______________. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat.

a)

prorakyat

b)

prokerajaan

c)

profesional

d)

propenentang

6.

Pada masa yang sama _______ sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.


Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.

a)

Doktor Razi

b)

Azmir

c)

Arif

d)

Afifi

7.

Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. ________________ Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti.

a)

Ibu bapa

b)

Nenek

c)

Datuk

d)

Pakcik

8.

Dia jugamenggunakan nama ___________________ dan bercakap dalam bahasa Indonesia. Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua ibubapa.

a)

Domski

b)

W. Domski

c)

A.Domski

d)

W.A. Domski

9.

Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan _______________, bukan cemuhan dan penghinaan.

a)

perhatian

b)

bantuan

c)

kasih sayang

d)

rawatan

10.

Azmir ______________ tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan

a)

berimaginasi

b)

bermonolong

c)

berfikir

d)

bermimpi

11.

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada ________________. Kematiannya amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dialaminya. Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir

a)

21 Jun 1993

b)

21 Julai 1993

c)

21 Januari 1993

d)

21 Mei 1993