WorksheetsSoalan Bahasa Melayu UPSR 2017
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
“Cikgu, _______ tidak dapat menghadiri latihan hoki pada petang ini kerana akan menziarahi nenek di hospital,” kata Nuraini dan adiknya.
mereka
dia
kami
saya
“Kalian ________ segera ke tempat kejadian,” kata pegawai polis itu kepada anak buahnya.
pernah
patut
dapat
baru
Iqbal berasa sungguh _______ apabila mendengar nama datuknya disebut dan dipuji oleh ketua kampung.
mulia
dapat
tenteram
megah
Hang Tuah berkata kepada pengawal istana, “Izinkan ______ masuk mengadap ______ untuk menyampaikan khabar gembira.”
patik ………. baginda
hamba …… tuan hamba
hamba …….. baginda
patik …. …. tuan hamba
Bendahara : Baginda akan _____ untuk bertemu rakyat jelata di balairung pada petang esok.
Panglima : Baiklan, segala persiapan akan hamba uruskan segera.
mencemar duli
merafak sembah
menjunjung titah
menerima mengadap
Struktur tiang bangunan itu diperkuat dengan _______ besi agar bangunan itu kukuh.
tetulang
kekuda
kekisi
lelangit
Penonton yang hadir dalam sesi rakaman rancangan ‘Dapur Kita’ menyaksikan tukang masak menyediakan sajian pengantin mengikut ______ yang betul.
tatatertib
tatarakyat
tatakerja
tatacara
Sarah _____ idea untuk menyiapkan buku skrap yang diberikan oleh gurunya.
kekeliruan
kepenatan
kebuntuan
kepekaan
Pilih simpulan Bahasa yang sesuai.
Strategi pertahanan tidak menjadi akhirnya ______ . Pihak lawan berjaya menjaringkan beberapa gol.
makan hati
makan lawan
makan diri
makan suap
Atlet sekolah kami merangkul tiga pingat emas dalam acara olahraga peringkat daerah.
Pilih perkataan sinonim bagi merangkul.
menggondol
menerima
mempunyai
menyerahkan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul.
I. Nasi yang ditanak itu mentah kerana airnya kurang
II. Susu getah ialah bahan mentah utama dalam penghasilan tayar.
I sahaja
II sahaja I dan II
Pilih perkataan bergaris yang betul
I. Pengalaman mentah itu sering terbayang dalam fikirannya.
II. Alat-alat mentah digunakan untuk menghasilkan reka bentuk rumah tradisional.
I sahaja
II sahaja
I dan II
Semua salah
Pilih ayat yang betul
I. Kipas di ruang tamu itu berpusing dengan ligat.
II. Selepas tidur dan terjaga, bayi itu terus menangis.
I sahaja
II sahaja
I dan II
Pilih ayat yang betul
I. Kita mestilah bertanggungjawab oleh tugas yang diberikan.
II. Encik Fadli memberikan makanan kepada binatang peliharaannya.
I sahaja
II sahaja
I dan II
semua salah
Pak Hassan melepaskan lembu-lembunya untuk meragut rumput di waktu pagi
Betul
Salah
Murid-murid Tahun 5 Bestari telah memulakan kerja pembersihan dan keceriaan kelas mereka daripada petang semalam.
betul
salah
Kumpulan pengakap itu perlu merentas sungai kerana sampai ke tapak perkhemahan di seberang sungai.
betul
salah
Pengawal keselamatan itu menyandang ______ senapang semasa bertugas di pondok pengawal.
sedas
sebatang
selaras
sebidang
Puan Sarimah meletakkan ______ setem pada surat yang hendak diposkan kepada anaknya.
helai
naskah
pucuk
keping
Bolehkan ________ ambilkan keris di dalam almari itu? Kata Hang Mahmud kepada Tun Kudin.
awak
kamu
hamba
tuan hamba
