wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Adab II (Tahun 5)

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Meminta izin sebanyak tiga kali merupakan adab ....

a)

ziarah

b)

terhadap orang tua

c)

terhadap orang sakit

2.

Tidak mengetuk pintu dengan kuat merupakan adab ....

a)

ziarah

b)

terhadap orang tua

c)

terhadap orang sakit

3.

Mendoakan mereka cepat sembuh merupakan adab ....

a)

ziarah

b)

terhadap orang tua

c)

terhadap orang sakit

4.

Melawat pada waktu yang sesuai merupakan adab

a)

terhadap orang sakit

b)

terhadap orang tua

c)

ziarah

5.

Orang yang ..... dan memerlukan ..... orang lain ialah maksud ......

a)

lanjut usia, kasih sayang, orang baik

b)

uzur, bantuan, orang sakit.

c)

sakit, ubat, orang tua.

6.

Orang yang ..... dan lebih berilmu serta banyak ...... ialah maksud ......

a)

lanjut usia, pengalaman, orang tua

b)

uzur, duit, orang sakit.

c)

baik, pengalaman, orang tua.

7.

Adab terhadap orang tua ialah ...

a)

memberi salam

b)

tidak menghormati mereka

c)

merendahkan suara ketika bercakap

8.

Adab terhadap orang sakit ialah ....

a)

membawa buah tangan

b)

mendoakan mereka

c)

melawat terlalu lama

9.

Orang yang lanjut usianya dan lebih berilmu serta banyak pengalaman merupakan maksud ...

a)

orang tua

b)

ibu bapa

c)

orang sakit

10.

Ahmad menaiki bas untuk ke sekolah. Dia mendapati ada seorang lelaki muda dan seorang lelaki tua yang tiada tempat duduk. Siapakah yang perlu Ahmad utamakan untuk memberi tempat duduknya ?

a)

lelaki muda

b)

lelaki tua

11.

Pada pandangan kamu, mengapakah kita digalakkan membawa buah tangan ketika menziarahi orang sakit ?

a)

Untuk menunjukkan buah adalah makan yang sihat.

b)

Untuk menggembirakan hati pesakit.

c)

Untuk makan bersama-sama pesakit.

12.

Merendahkan suara ketika berbual dengan orang yang lebih tua daripada kita. Sikap ini menunjukkan kita .....

a)

menghormati yang lebih tua.

b)

mengelakkan salah faham ketika berbicara.

c)

memudahkan urusan perbualan.

13.

Berikut merupakan perkara yang boleh dibualkan semasa menziarahi orang sakit KECUALI ...

a)

bertanya khabar

b)

menyuruh pesakit bersabar

c)

memandang hina kepada pesakit.

14.

Apakah yang perlu dibawa ketika berziarah ?

a)

Ubat pelali

b)

Buah tangan

c)

Senjata tajam

d)

Barang permainan

15.

Berikut adalah adab terhadap orang tua KECUALI ....

a)

menghormati mereka

b)

mengutamakan mereka

c)

mencaci mereka

d)

memberi salam terlebih dahulu

16.

Tandakan pada adab yang betul.

a)

Kamal dilantik menjadi ketua kelas. Kamal menggunakan wang kelas untuk tujuan peribadi.

b)

Anas melawat kawannya yang beragama Hiindu di hospital.

c)

Sarah membiarkan Pak Dollah berdiri di dalam bas sedangan Sarah duduk dengan selesa.

d)

Nuqman merendahkan suara apabila bercakap dengan Ustaz Danil.

17.

Berkunjung ke rumah seseorang atau pergi ke sesuatu tempat bermaksud ...

a)

jalan-jalan

b)

ziarah

c)

tetamu

18.

Berdiri jauh sedikit daripada pintu. Sebaik-baiknya berdiri .....

a)

mengiring atau membelakangi pintu

b)

mengahadap pintu rumah

c)

berbaring atau dudk depan pintu

19.

Mengapakah kita mesti mengiring atau membelakangi pintu setelah mengetuk pintu rumah ?

a)

dikhuatiri mahram yang membuka pintu.

b)

dikhuatiri bukan mahram yang membuka pintu.

c)

dikhuatiri abang Ram yang membuka pintu.

20.

Berikut adalah waktu yang sesuai untuk datang ziarah KECUALI ...

a)

pada waktu makan

b)

pada waktu tidur

c)

pada waktu melawat

d)

pada waktu subuh

21.

Aisyah tiba di rumah Qayra. Apakah yang perlu Aisyah lakukan untuk masuk ke dalam rumah Qayra ?

a)

Beri salam

b)

Tekan loceng

c)

Panggil kuat-kuat nama Qayra

22.

Anas r.a berkata " Bahawasanya pintu-pintu rumah Rasulullah s.a.w biasanya diketuk dengan ....

a)

pohon kurma

b)

jari-jari

c)

kasut

23.

Memperkenalkan diri kepada ahli rumah merupakan adab

a)

ziarah

b)

bertemu orang tua

c)

melawat orang sakit

24.

Tandakan pada jawapan yang betul

a)

Kita digalakkan untuk bertanya khabar kepada pesakit.

b)

Ketika tidak perlu memandang simpati ketika bercakap dengan pesakit

c)

Menasihati pesakit supaya jangan bersabar.

d)

Mengingatkan ganjaran Allah kepada orang yang sabar.

25.

TULISKAN NAMA PENUH :

(a)  

26.

Mengapakan kita tidak digalakkan melawat orang sakit dalam tempoh yang lama ?

a)

Mereka akan rasa malu.

b)

Mereka perlukan rehat.

c)

Doktor tidak suka pelawat.

d)

Habis makanan pesakit.