wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI AT

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?

a)

A. Bahan mentah banyak

b)

B. Tenaga mahir ramai

c)

C. Tanah subur

d)

D. Pasaran luas

2.

Perkembangan teknologi telegraf pada abad ke-17, telah membantu kuasa - kuasa Barat menjalankan kegiatan imperialisme di Asia Tenggara.

Bagaimanakah perkembangan tersebut membantu kegiatan imperialisme?

a)

A. Menjimatkan kos

b)

B. Mempercepat arahan

c)

C. Mempermudah kegiatan perisikan

d)

D. Membolehkan penyebaran propaganda

3.

Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.

Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?

a)

A. Pengekalan pemerintahan beraja

b)

B. Pelantikan pembesar daerah

c)

C. Pengenalan sistem ufti

d)

D. Pentadbiran melalui biro

4.

Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda. Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah?

a)

A. Syarat kerakyatan ketat

b)

B. Harga komoditi rendah

c)

C. Cukai tinggi

d)

D. Imigran bertambah

5.

Apakah kesan pengenalan undang - undang Barat semasa penjajahan British di Burma?

a)

A. Ekonomi dikuasai oleh orang Cina

b)

B. Kuasa golongan Mandarin bertambah

c)

C. Pengaruh golongan agama merosot

d)

D. Kemerdekaan negara dipercepat

6.

Gambar 2 menunjukkan pembesar Mandarin di Vietnam sebelum kedatangan Perancis.

Bagaimanakah cara perlantikan pembesar tersebut ke dalam pentadbiran.

a)

A. Warisan turun-temurun

b)

B. Melalui peperiksaan

c)

C. Diperkenan oleh raja

d)

D. Cadangan golongan agama

7.

British telah memperkenalkan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu. Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?

a)

A. Tanah peribumi dirampas

b)

B. Pemimpin kehilangan kuasa

c)

C. Pengaruh golongan agama merosot

d)

D. Kegiatan ekonomi tradisional terjejas

8.

RAJA MONGKUT

RAJA CHULALONGKORN


Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut?

a)

A. Persaingan kuasa besar

b)

B. Pemantapan kuasa pemerintah

c)

C. Pengekalan kemerdekaan negara

d)

D. Penguasaan ekonomi oleh pembesar

9.

Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?

a)

A. Meningkatkan ekonomi

b)

B. Mewujudkan jurang ekonomi

c)

C. Menghapuskan cukai pertanian

d)

D. Menyediakan peluang pekerjaan

10.

Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

A. Kemasukan kaum imigran tidak terkawal

b)

B. Kemunculan ramai golongan intelek

c)

C. Kewujudan golongan bangsawan

d)

D. Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

11.

Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?

a)

A Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan

b)

B Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan

c)

C Memperjuangkan kemajuan ekonomi

d)

D Menghindari ancaman sekularisme

12.

Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera sebelum Perang Dunia Kedua.

Pak Sako – Tanah Melayu

Jose Rizal – Filipina

Chairil Anwar – Indonesia

Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka?

a)

A Pembentukan kerajaan sendiri

b)

B Penggunaan bahasa peribumi

c)

C Penindasan terhadap rakyat

d)

D Pembelaan terhadap wanita

13.

Raden Adjeng Kartini:

-Penulisan Seorang Puteri Jawa

-Habis Gelap Terbitlah Terang

Karya di atas mendedahkan tentang

a)

kemunduran rakyat

b)

kemerosotan ekonomi

c)

ketidakadilan undang-undang

d)

kelemahan sistem pemerintahan

14.

Sistem pendidikan di Indonesia awal abad ke 19


Bandar: Anak golongan priyayi

Kampung: Anak orang kebanyakan


Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut?

a)

Mengelakkan masalah pemberian bantuan

b)

Menyekat penghijrahan penduduk ke bandar

c)

Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan

d)

Menghapuskan amalan tradisi penduduk tempatan

15.

Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

a)

Perang Rusia-Jepun

b)

Perang Dingin di Eropah

c)

Perjuangan golongan Luddite

d)

Perjuangan Parti Komunis Malaya

16.

Novel

Noli Me Tangere - Jose Rizal

Kerikil-Kerikil Tajam- Chairil Anwar

Putera Gunung Tahan- Pak Sako


Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut ?

a)

Nasib kaum wanita

b)

Penindasan oleh penjajah

c)

Peningkatan status sosial

d)

Tuntutan kemerdekaan

17.

Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.

Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?

a)

Bantuan golongan bangsawan

b)

Perpaduan penduduk peribumi

c)

Kerjasama dengan kuasa asing

d)

Kepelbagaian hasil dalam negara

18.

Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.

Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?

a)

Bantuan golongan bangsawan

b)

Perpaduan penduduk peribumi

c)

Kerjasama dengan kuasa asing

d)

Kepelbagaian hasil dalam negara

19.

Peta 1 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914.


Apakah keistimewaan wilayah tersebut?

a)

A. Politik stabil

b)

B. Banyak bahan mentah

c)

C. Pentadbiran mantap

d)

D. Mata wang sistematik

20.

Apakah faktor yang menyebabkan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah dari sederhana kepada radikal ?

a)

A. Sokonongan pemimpin pembangkang

b)

B. Kekurangan sokongan rakyat tempatan

c)

C. Perjuangan yang tidak berkesan

d)

D. Sekatan pengaruh luar

21.

Harapan Anda Untuk SUBJEK SEJARAH SPM 2020

a)

LULUS

b)

CEMERLANG

c)

BAIK

d)

KEPUJIAN