wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TMK Tahun 6

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Gambar menunjukkan sebuah penyaman udara.

Apakah atur cara yang ada pada alat ini?

a)

Menentukan berat muatan

b)

Menyelaraskan suhu bilik berdasarkan isyarat daripada pengguna

c)

Menentukan suhu yang sesuai untuk menyimpan makanan

d)

Menentukan aktiviti harian manusia

2.

Gambar menunjukkan simbol yang digunakan dalam carta alir. Apakah nama simbol di atas?

a)

Terminal

b)

Garis alir

c)

Pilihan

d)

Penyambung

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan carta alir?

a)

Satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer

b)

Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau melaksanakan suatu tugasan

c)

Satu set arahan yang mengikut urutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu

d)

Gambar rajah yang menggunakan simbol-simbol geometri untuk menunjukkan langkah-langkah algoritma

4.

Baca pernyataan di atas.

Pernyataan di atas merujuk kepada ……………………………….

a)

algoritma

b)

pseudokod

c)

carta alir

d)

proses

5.

Gambar menunjukkan ketuhar gelombang mikro.

Apakah jenis komputer yang terdapat dalam alat ini yang mempunyai atur cara komputer?

a)

komputer benam

b)

komputer tangan

c)

komputer tablet

d)

komputer atas meja

6.

Rajah menunjukkan satu simbol yang digunakan dalam carta alir.

Apakah nama simbol ini?

a)

Terminal

b)

Proses

c)

Pilihan

d)

Penyambung

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan pseudokod?

a)

Satu set arahan mengikut urutan yang mengarahkan komputer membuat sesuatu

b)

Satu urutan langkah-langkah untuk menyelesaikan suatu masalah atau melaksanakan suatu tugasan

c)

Gambar rajah yang menggunakan simbol-simbol geometri untuk menunjukkan langkah-langkah algoritma

d)

Satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer

8.

Apakah fungsi set arahan dalam satu atur cara?

a)

Membantu melaksanakan aktiviti harian dengan teratur

b)

Membangunkan atur cara komputer melalui pengekodan

c)

Untuk membenarkan akses kepada komputer

d)

Untuk menyenggara perisian dan perkakasan komputer

9.

Antara yang berikut, manakah merupakan perisian pengaturcaraan?

a)

MS Office

b)

Scratch

c)

Paint

d)

Real Player

10.

Mengapakah kita harus menguji atur cara selepas mengekod sesuatu atur cara?

a)

Bagi melihat paparan atur cara

b)

Bagi mendengar audio dari atur cara

c)

Bagi melihat pergerakan objek

d)

Bagi mengetahui sama ada atur cara mempunyai ralat

11.

Gambar menunjukkan satu simbol.

Apakah nama simbol di atas?

a)

Terminal

b)

Proses

c)

Pilihan

d)

Penyambung

12.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan langkah untuk membangunkan projek pengaturcaraan?

a)

Menghasilkan dokumentasi

b)

Menyenggara perisian komputer

c)

Mereka bentuk atur cara

d)

Menguji atur cara

13.

Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan bahasa __________________ .

a)

komputer

b)

pengaturcaraan

c)

mesin

d)

isyarat

14.

Pilih alatan bukan digital.

a)

Dapur gas, Kuali, Periuk

b)

Komputer, Seterika

c)

Komputer, Ketuhar gelombang mikro

d)

Televisyen pintar, Kipas elektrik

15.

Nyatakan alatan digital

a)

Komputer

b)

Kuali

c)

Periuk

d)

Dapur gas

16.

Pilih pernyataan yang betul

a)

Set arahan yang lengkap membantu melaksanakan aktiviti harian dengan teratur.

b)

Algoritma ialah satu set pernyataan yang menyerupai bahasa atur cara komputer.

c)

Dalam urutan, suatu arahan hanya akan dilaksanakan sekiranya syarat pernyataan dipenuhi.

d)

Scripts Area dalam aplikasi Scratch merupakan kawasan Sprite bergerak dan berinteraksi.

17.

Perkakasan di rumah yang TIDAK mempunyai atur cara komputer.

a)
b)
c)
d)
18.

Tandakan peralatan yang menggunakan atur cara komputer. Jawapan boleh lebih dari 1.

a)
b)
c)
d)
19.
Antara berikut yang manakah bukan fungsi mesin fotostat?
a)
Mengimbas dokumen
b)
Menghantar emel
c)
Membuat salinan dokumen
d)
Mencetak dokumen mengikut arahan 
  yang diberikan
20.
Yang manakah antara berikut merupakan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh mesin minuman layan diri jika seseorang ingin membeli minuman di mesin tersebut ?
a)
Terima duit  ⊳ Nyatakan jenis minuman yang dipilih ⊳ Terima arahan pilihan jenis minuman ⊳ Sahkan pilihan minuman ⊳ Keluarkan minuman ⊳ Keluarkan baki wang jika ada
b)
Terima duit  ⊳  Terima arahan pilihan jenis minuman ⊳ Sahkan pilihan minuman ⊳ Keluarkan minuman ⊳ Sahkan pilihan minuman
c)
Keluarkan wang baki  ⊳  Terima arahan pilihan jenis minuman ⊳ Sahkan pilihan minuman ⊳ Keluarkan minuman ⊳ Sahkan pilihan minuman ⊳ Nyatakan jenis minuman yang dipilih