NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI TAUHID
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah golongan yang mengikut perjalanan _______
Nabi Isa A.S dan sahabat-sahabat baginda
Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat-sahabat baginda
Nabi Ibrahim A.S dan sahabat-sahabat baginda
Mempercayai rasul-rasul itu utusan Allah Ta'ala kepada semua manusia adalah keimanan kepada ______
Rasul dan nabi
Malaikat
Kitab-kitab
"Segala perbuatan manusia telah ditetapkan oleh Allah Taala" adalah antara maksud yang terkandung didalam salah satu asas pegangan ahli sunnah wal jamaah berikut iaitu _____
Keimanan kepada hari kiamat
keimanan kepada qadha dan qadar
keimanan kepada perkara-perkara ghaib
Asas pegangan ahli sunnah wal jamaah yang manakah yang bermaksud "Allah Ta'ala itu wajib ada dan wujudnya itu kekal selama-lamanya"?
Keimanan kepada kitab
Keimanan kepada rasul dan nabi
Keimanan kepada Allah Ta'ala
______ adalah apa jua ajaran, kepercayaan, perbuatan atau amalan yang menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Ajaran sesat
Ajaran ilmu hitam
Ajaran nabi-nabi yang terdahulu
Apakah kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala?
Al quran, Al Hadith, Injil dan Taurat
Al quran, Zabur, Taurat dan At Tauhid
Al Quran, Taurat, Injil dan Zabur
Salah seorang pengasas golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah ______
Imam Abu Al-Hasan Al-Maturidi
Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari
Imam Abu Al-Mansur Al-Asy'ari
_____ ialah makhluk yang Allah Ta'ala jadikan daripada cahaya.
Jin
Haiwan
Malaikat
Kita wajib beriman kepada semua kitab yang diturunkan oleh Allah Ta'ala. Kitab yang memansuhkan kitab-kitab yang terdahulu adalah ------
Al-Quran
Taurat
Zabur
Berikut adalah antara contoh perkara-perkara ghaib yang wajib dipercayai kecuali ______
Adanya Sirat
Alam Qubur
Ganjaran hadiah
Apa makna wujud?
ada
berkata-kata
kekal
_____ diturunkan kepada utusan-utusan Allah Ta'ala untuk disampaikan kepada semua manusia.
Ilham
Nur
Wahyu
Kenapakah semua manusia akan dihidupkan semula?
Untuk kembali kedunia
Untuk menerima pembalasan
Untuk kembali berjumpa dengan ahli keluarga
Suatu yang berlaku dan akan terjadi telah ditentukan oleh Allah Ta'ala sejak ______
Azali
Baligh
Lahir
Antara ciri ajaran sesat ialah "mentafsir dan menghuraikan al-quran dan al-hadith mengikut ______"
ajaran guru
sesuka hati
suara ramai
Kenyataan berikut adalah kesan-kesan ajaran sesat kepada masyarakat Islam kecuali _______
mengancam keamanan dan kestabilan negara
meluasnya kesesatan dan penyelewengan akidah dan ibadah
menjamin keharmonian dan kebahagiaan dalam keluarga
Penubuhan Jamaah Al-Arqam berkait rapat dengan kemunculan Tarekat _____
Muhammadiyah
Mahmudiyah
Asy'ariyah
Perempuan Jama'ah Al-Arqam dikenali melalui pakaian mereka iaitu _____
jubah serba hitam
jubah serba hijau
purdah serba hitam
Apakah sebab timbulnya keinginan untuk mengetahui atau mendapatkan rahsia alam ghaib?
untuk mengetahui bentuk dan rupa roh
untuk mengetahui keadaan yang dialami oleh roh
untuk mendengar suara dan bunyi-bunyian didalam kubur
Tarekat Muhammadiyah diasaskan oleh ______
Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi
Sheikh Mahmud bin Abdullah Suhaimi
Sheikh Muhammad Makmun bin Yahya
Yaqazah bermaksud _______
khayalan dan bermimpi
sedar atau jaga
antara bermimpi dan sedar
Ajaran Jama'ah Al-Arqam masuk ke negara Brunei Darussalam pada tahun _____
1979
1980
1981
Majlis bertaubat yang ada dalam Ajaran Jama'ah Al-Arqam dinamakan _________
Majlis zikir
Majlis Ratib
Majlis Yaqazah
Imam Abu Al-Mansur Al-Maturidi adalah pengasas ______
Ajaran Sesat
Ajaran Jama'ah Al-Arqam
Golongan Ahli Sunnah Wal Jama'ah
Asas pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah yang pertama ialah ______
Keimanan kepada Allah S.W.T
Keimanan kepada Nabi dan Rasul
Keimanan kepada kitab-kitab
