wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENJODOH BILANGAN 3 ABRAR -Cgu Eza

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

1 Untuk memagari kebunnya,Pak Cik Kamal telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.

a)

utas

b)

gulung

c)

gelung

d)

bidang

2.

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia

a)

sejambak

b)

sekuntum

c)

sejambangan

d)

sebatang

3.

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.

a)

utas

b)

untai

c)

gulung

d)

lembar

4.

4 " Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Rosnah kepada Alia.

a)

cubit

b)

cuit

c)

colet

d)

genggam

5.

5 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.

a)

kelompok

b)

tompok

c)

buah

d)

biji

6.

6 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.

a)

biji

b)

ulas

c)

buah

d)

buku

7.

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.

a)

patah

b)

potong

c)

cebis

d)

untai

8.

8 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

a)

cebis

b)

bentuk

c)

lembar

d)

cucuk

9.

9 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.

a)

butir

b)

das

c)

biji

d)

pucuk

10.

10 Kakak memakai se__________ cincin suasa.

a)

bentuk

b)

biji

c)

butir

d)

buah

11.

11 ____________kek coklat berharga RM2.

a)

sebiji

b)

sepotong

c)

sebuah

d)

sehelai

12.

12 Air terpercik apabila Ravin mencampakkan dua ______ batu ke dalam kolam itu.

a)

rumpun

b)

ketul

c)

bentuk

d)

pucuk

13.

13 Amin menerima se______ surat daripada rakannya yang sedang menuntut di sebuah university di luar negara.

a)

helai

b)

pucuk

c)

cucuk

d)

belah

14.

14 Pak Jamal memangkas dahan pokok jambu dengan se______ parang.

a)

biji

b)

rawan

c)

bilah

d)

batang

15.

15 Guru Besar membaca se______ pantun semasa menyampaikan ucapannya pagi tadi.

a)

rangkap

b)

ruas

c)

patah

d)

cucuk

16.

16 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.

a)

Sepasukan

b)

Sekawan

c)

Serumpun

d)

Segerombolan

17.

17 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.

a)

jalur ….. pintu

b)

kaki ….. baris

c)

batang ….. deret

d)

baris ….. buah

18.

18 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.

a)

ulas ….. sikat

b)

biji ….. tandan

c)

ikat ….. tandan

d)

ikat ….. sisir

19.

19 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu.

a)

Sebatang ..... biji

b)

Sedas ..... buah

c)

Selaras ..... butir

d)

Sekaki ..... butir

20.

20 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan menggunakan lima _________ rifel M16.

a)

butir ..... pucuk

b)

das ..... laras

c)

biji ..... batang

d)

laras ..... das

21.

21 Rahimah terpaksa menelan dua ___________ ubat untuk melegakan kesakitan pada lututnya.

a)

pil

b)

das

c)

biji

d)

bentuk

22.

22 Afif memakai ____________ kasut sukan semasa bermain bola tampar.

a)

sebelah

b)

sebentuk

c)

sepotong

d)

sepasang

23.

23 Pihak forensik menemukan ___________ rambut di penjuru katil.

a)

seutas

b)

selembar

c)

selingkar

d)

serangkai

24.

24 Hang Lekir meletakkan ____________ lembing di pahanya sebelum mengasah mata lembing itu.

a)

selaras

b)

sebilah

c)

sepucuk

d)

sebatang

25.

25 Fasha menjual ________ pantun kepada kumpulan lawan dalam pertandingan pantun itu.

a)

sebuah

b)

sebaris

c)

sekerat

d)

serangkap