NEW
Font size
WorksheetsUJIAN 2 (IKATAN KIMIA)
Total questions: 11
Worksheet time: 8mins
Karbon dioksida ialah satu contoh sebatian yang mengandungi ikatan kovalen. Apakah ikatan kovalen?
Suatu ikatan yang terbentuk apabila dua atom logam menderma elektron kepada satu sama lain untuk mencapai satu susunan yang stabil.
Suatu ikatan yang terbentuk apabila dua atom bukan logam menerima elektron untuk mencapai satu susunan yang stabil
Suatu ikatan yang terbentuk apabila atom - atom bukan logam berkongsi elektron untuk mencapai satu susunan yang stabil.
Suatu ikatan yang terbentuk daripada pemindahan elektron antara satu logam dengan satu bukan logam untuk mencapai satu susunan yang stabil
Yang manakah antara berikut merupakan sebab bagi pembentukan ikatan ?
Unsur mempunyai kereaktifan yang tinggi.
Unsur mempunyai bilangan elektron valens yang kurang daripada lapan.
Unsur mempunyai bilangan elektron yang banyak.
Unsur merupakan bukan logam.
Antara yang berikut, gas yang manakah mempunyai ikatan kovalen tunggal?
[ Nombor Proton ; H, 1 ; C, 6 ; N, 7 ; 0, 8 ]
Oksigen
Hidrogen
Nitrogen
Karbon Dioksida
Rajah 1 menunjukkan susunan elektron bagi atom X dan Y. Antara berikut, yang manakah benar apabila X bertindak balas dengan Y ?
Atom X menerima elektron
Atom Y menerima elektron
Sebatian terbentuk mempunyai formula X2Y
Sebatian terbentuk terdiri daripada molekul.
Jadual 1 menunjukkan beberapa unsur serta susunan elektronnya. Antara pasangan unsur dalam jadual diatas, yang manakah membentuk sebatian ionik ?
P dan Q
Q dan R
Q dan S
P dan R
Rajah 2 menunjukkan sebatian natrim klorida. Tentukan jenis ikatan yang terbentuk.
Ionik
Kovalen
Hidrogen
Van der waals
Metana mempunyai takat didih yang rendah kerana
Ikatan kovalen di antara atom karbon dengan hidrogen lemah.
Ikatan ionik di antara ion-ion karbon dengan hidrogen lemah.
Ikatan van der waals di antara molekul metana lemah.
Ikatan ionik di antara molekul metana lemah.
Antara yang berikut, yang manakah zarah- zarahnya ditarik bersama oleh daya tarikan van der waals ?
Karbon dioksida
Ferum (II) oksida
Natrium Karbonat
Kuprum (II) Oksida
Takat didih hidrogen florida (HF) lebih tinggi daripada hidrogen klorida (HCl). Nyatakan jenis ikatan yang menyebabkan perbezaan takat didih ini.
Ionik
Van der waals
Kovalen
Hidrogen
Ramalkan sebab berlakunya fenomena air di dalam tasik tidak membeku semasa musim sejuk ?
Air penebat haba yang baik.
Air lebih tumpat berbanding ais.
Suhu air di dalam tasik tidak melebihi 4oC
Takat beku air menurun ketika musim sejuk.
Alkohol boleh dilarutkan di dalam air. Mengapakah keadaan ini berlaku ?
Alkohol dapat membuat ikatan van der waals dengan molekul air.
Alkohol adalah kumpulan OH dan dapat membentuk ikatan hidrogen dengan molekul air.
Alkohol mempunyai struktur terbuka yang membolehkan alkohol larut di dalam air.
Jisim molekul relatif alkohol lebih kecil daripada molekul air.
