wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 3 : Bab 6 (6.4)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan "vernakular"?

a)

sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar

b)

pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan

c)

sekolah yang hanya memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Inggeris

d)

Pendidikan yang berkaitan dengan kemahiran

2.

Apakah tujuan penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar?

a)

Menjadikan orang Melayu mempunyai pengetahuan asas iaitu membaca, menulis dan mengira

b)

Memberikan pendidikan kepada kanak-kanak perempuan khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman

c)

Melahirkan golongan pendidik atau guru yang terlatih dan dihantar ke sekolah untuk mendidik golongan yang memerlukan

d)

menarik minat golongan anak-anak Raja dan golongan bangsawan Melayu serta melahirkan pentadbir Melayu yang berpendidikan Inggeris

3.

Apakah tujuan penubuhan Sanitary Board?

a)

Merawat pesakit yang menghidap penyakit kusta

b)

Merawat buruh-buruh asing yang bekerja di lombong dan ladang

c)

Mengawasi kebersihan dan kesihatan bandar Kuala Lumpur

d)

memperkenalkan rawatan tradisional kepada penduduk tempatan

4.

Penjara Sibu dikenali juga sebagai

a)

Penjara Cornwallis

b)

Rumah Pasong

c)

The Square Tower

d)

Penjara Pudu

5.

Siapakah yang membiayai pembukaan sekolah cina di Negeri Melayu?

a)

Pihak British

b)

Kerajaan memerintah

c)

Saudagar China

d)

Majikan China

6.

Sekolah Inggeris pertama ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1816 ialah...................................

a)

Kuala Lumpur Free School

b)

Melaka Free School

c)

Taiping Free School

d)

Penang Free School

7.

Apakah tujuan utama British menubuhkan hospital?

a)

Mengkaji penyakit

b)

Mengekalkan kebersihan

c)

Mengawal penyakit

d)

Menawarkan perkhidmatan

8.

Apakah nama hospital yang menempatkan pesakit kusta di seluruh Borneo?

a)

Hospital William Hood Treacher

b)

Hospital Raja Brooke Memorial

c)

Hospital Miri

d)

Hospital Sibu

9.

Pulau Pinang telah menjadi pusat penempatan banduan dari India.

Apakah nama kawasan tersebut?

a)

Fort of Cornwallis

b)

The Square Tower

c)

Georgetown

d)

Minden Town

10.

Berikut merupakan kesan sosial akibat kepesatan ekonomi di bawah pentadbiran British

a)

Perkembangan bandar

b)

Pembentukan masyarakat majmuk

c)

Perkembangan pendidikan

d)

Perpaduan yang kukuh

11.

Peranan bandar- bandar baharu ialah

a)

Pusat kewangan

b)

Pusat pentadbiran

c)

Pusat pelabuhan

d)

Pusat perniagaan

12.

Pada pertengahan abad ke-19, banyak rangkaian jalan raya dan (a)   dibina di Kuching.

13.

Di Sarawak bandar (a)   muncul disebabkan penemuan petroleum

14.

(a)   merupakan pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan

15.

Persamaan sekolah Vernakular Tamil dan Cina ialah

a)

Guru, kurikulum dan buku teks dibawa dari negara asal

b)

Bahasa ibunda yang sama

c)

Mata pelajaran yang sama

d)

Kurikulum yang sama