Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 4 : Bab 5 ( 5.1-5.2 )

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat penubuhan Jawatankuasa Kerja?

a)

Bincangkan asas perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

b)

Rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

c)

Bincangkan penubuhan Malayan Union

d)

Rangka pembentukan Malayan Union

2.

Jawatankuasa Kerja terdiri daripada wakil dari ____________________________

a)

wakil Raja-raja Melayu

b)

wakil UMNO

c)

wakil PUTERA

d)

wakil AMCJA

e)

pegawai kanan British

3.

Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran kerajaan Persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan ___________ dan kerajaan _________________

(a)  

4.

Jawatankuasa Kerja telah memulakan tugasnya pada awal bulan Ogos 1946 sehingga pertengahan bulan November 1946. Apakah cadangan Jawatankuasa Kerja ini?

a)

Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu unit pentadbiran dan dua buah negeri Selat

b)

Memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu

c)

Melonggarkan syarat kewarganegaraan

d)

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

5.

Gabungan PUTERA terdiri daripada beberapa pertubuhan Melayu seperti _______________________

a)

PKMM

b)

GERAM

c)

UMNO

d)

AWAS

e)

BATAS

6.

Siapakah pengerusi AMCJA?

(a)  

7.

Gabungan AMCJA-PUTERA menolak perjanjian persekutuan ini kerana _____________________________________

a)

tidak mempunyai wakil bukan Melayu

b)

tidak demokratik

c)

mempunyai wakil bukan Melayu

d)

ingin terus dijajah oleh British

8.

Ahmad Boestamam menerbitkan akhbar (a)   sebagai wadah untuk membuka minda rakyat ke arah idea ingin bebas dan merdeka.

9.

Perlembagaan Rakyat telah mencadangkan Raja-raja Melayu sebagai (a)  

10.

PUTERA-AMCJA telah menganjurkan (a)   pada 20 September 1947 yang meminta semua peniaga menutup kedai sebagai tanda bantahan.

11.

Berikut adalah faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 kecuali

a)

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

b)

Sokongan pentadbir British

c)

Cadangan raja-raja Melayu dan UMNO

d)

Syarat kewarganegaraan yang lebih ketat.

12.

Golongan berikut terlibat dengan bantahan terhadap Malayan Union KECUALI

a)

Melayu radikal

b)

Raja-raja Melayu

c)

Cendekiawan Melayu

d)

UMNO

13.

Siapakah ahli Parlimen British yang telah melaporkan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union kepada Dewan Parlimen British.

I L.D.Gammans

II Sir Francis Light

III Sir Malcolm MacDonald

IV Rees William

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Apakah yang telah dicadangkan oleh raja-raja Melayu kepada kerajaan British berhubung dengan isu Malayan Union.

I Jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor

II Raja berkuasa dalam hal ehwal agama Islam

III Persekutuan bertaraf tanah jajahan ditubuhkan

IV Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Pernyataan berikut terkandung dalam surat bantahan Sultan Perak yang dibacakan oleh Gammans dan Rees Williams di Parlimen British.

..Tiada seorang pun yang dapat menahan daripada berdukacita terhadap perbuatan tergopoh-gapah dalam menentukan nasib sesuatu bangsa...

Apakah kesan daripada surat bantahan tersebut?

a)

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Pengenalan Malayan Union

c)

Pembatalan Pentadbiran Tentera British

d)

Pengisytiharan Perlembagaan Rakyat

16.

Kenapakah para pentadbir British seperti Sir Edward Gents dan Sir Ralph Hone menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu?

I Dapat wujudkan politik yang stabil

II Selaras dengan dasar dekolonisasi

III Berasa simpati dengan nasib Melayu radikal

IV Menggalakkan orang bukan Melayu menunjukkan taat setia kepada negara.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Rangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dibentangkan dalam persidangan yang dihadiri oleh golongan berikut KECUALI

a)

Raja-raja Melayu

b)

Wakil British

c)

UMNO

d)

PUTERA-AMCJA

18.

Tokoh di atas adalah antara golongan nasionalis Melayu radikal. Apakah peranan beliau?

a)

Mengetuai Barisan Tani Malaya (BATAS)

b)

Mengetuai Hisbul Muslimin

c)

Pengerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

d)

Presiden Angkatan Pemuda Insaf (API)

19.

Apakah sebab All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) menolak perjanjian persekutuan?

a)

Jawatankuasa Kerja menolak pandangan AMCJA

b)

Jawatankuasa Kerja tidak menjanjikan kemerdekaan

c)

Jawatankuasa Kerja mengetatkan syarat kerakyatan

d)

Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu

20.

Siapakah nama tokoh di atas dan apakah peranan tokoh tersebut?

a)

Tan Cheng Lock; Pengerusi AMCJA

b)

John Eber; Pengerusi MDU

c)

Chan Loo; Setiausaha PMFTU

d)

John Thivy; Presiden MIC

21.

PUTERA-AMCJA menentang rangka Perjanjian Persekutuan 1948 oleh Jawatankuasa Kerja. Apakah alternatif yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA?

a)

Suara Rakyat

b)

Testament Politik API

c)

Perlembagaan Rakyat

d)

Hartal

22.

Mengikut Perlembagaan Rakyat, warna apa yang perlu dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu?

a)

Biru dan kuning

b)

Merah dan kuning

c)

Biru dan putih

d)

Merah dan putih

23.

PUTERA-AMCJA menganjurkan hartal iaitu

a)

semua peniaga harus menyewakan kedai

b)

semua peniaga harus menutup kedai

c)

semua peniaga harus pindah milik kedai

d)

semua peniaga harus membuka kedai untuk 24 jam

24.

Mengapakah British perlu melakukan dasar dekolonisasi?

a)

Saranan AMCJA

b)

Saranan PUTERA

c)

Saranan UMNO

d)

Saranan PBB

25.

Apakah maksud dekolonisasi?

a)

Penjajahan semula

b)

Berkerajaan sendiri

c)

Penjajahan berterusan

d)

Latihan berkerajaan