NEW
Font size
WorksheetsPendidikan Moral Tg3 (Unit 6)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Salah satu cara hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa adalah
melibatkan diri dalam aktiviti kaum sendiri sahaja
mengenali adat dan budaya kaum lain
tidak perlu menjaga sensitiviti pelbagai kaum
tidak perlu menghayati prinsip Rukun Negara
Berikut adalah kepentingan amalan hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa, KECUALI
Menarik ramai pelancong ke Malaysia
Mengukuhkan ekonomi negara
Meningkatkan imej negara
Masyarakat hidup secara terasing
Berikut adalah maksud mengukuhkan ekonomi negara, KECUALI
Menarik pelabur asing
Mewujudkan peluang pekerjaan
Peningkatan taraf hidup
Kadar pengangguran bertambah
Berikut adalah antara cabaran hidup bersatu padu dalam kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa, KECUALI
Kesukaran menguasai bahasa Melayu
Kurang memahami budaya lain
Sensitiviti keagamaan dan kepercayaan
Masyarakat semakin mewah
Apakah cadangan anda untuk menyatukan masyarakat dari segi bahasa?
Mengadakan sambutan Hari Kebangsaan
Mengadakan program Bulan Bahasa Kebangsaan
Mengadakan program Citrawarna
Mengadakan sambutan rumah terbuka
Apakah cadangan anda untuk menyatukan rakyat bagi memupuk semangat kebangsaan?
Menyertai pelbagai kaum dalam sambutan Hari Kebangsaan
Mengadakan program Bulan Bahasa Kebangsaan
Menyertai program Citrawarna
Mengadakan sambutan rumah terbuka
Bagaimanakah cara untuk mengeratkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai kepercayaan agama?
Mengadakan sambutan rumah terbuka
Menyertai sambutan Hari Kebangsaan
Menyertai program Citrawarna
Menyertai program Bulan Bahasa Kebangsaan
Nilai _______ dapat mengukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
Patriotisme
Agama & kepercayaan
Sosial
Globalisasi
Budaya menyambut tetamu mengikut budaya Punjabi dan menghidanngkan manisan seperti ladoo adalah untuk menyambut perayaan
Deepavali
Tahun Baharu Cina
Vaisakhi
Hari Raya Aidilfitri
Budaya menyambut tetamu mengikut budaya India dan menghidangkan muruku adalah untuk perayaan
Deepavali
Vaisakhi
Tahun Baharu Cina
Hari Raya Aidilfitri
