WorksheetsQuizizz 5: Sifat Cahaya
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
Dalam rajah menunjukkan lubang pada kadbod yang disusun secara selari.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?
Cahaya bergerak dalam arah yang berlainan
Cahaya bergerak dalam garis lurus
Cahaya boleh melalui lubang
Nyalaan lilin amat terang
Bagaimanakah bayang-bayang terbentuk?
Apabila cahaya dihalang oleh objek legap
Apabila cahaya melalui bahan lut sinar
Apabila objek legap tidak boleh melalui cahaya
Apabila cahaya diperhatikan melalui salur getah yang bengkok
Dalam rajah menunjukkan objek yang disinari sumber cahaya.
Apakah bentuk bayang-bayang yang terhasil?
Antara berikut, yang manakah adalah faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang?
Orientasi objek
Warna cahaya sinar
Jarak objek dari sumber cahaya
Jarak antara objek dengan skrin
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang bayang-bayang?
Warna bayang-bayang sama dengan warna objek
Bentuk bayang-bayang berbeza dengan bentuk objek
Kedudukan bayang-bayang lebih tinggi daripada sumber cahaya
Saiz bayang-bayang berubah apabila jarak di antara objek dengan skrin berubah
Dalam rajah menunjukkan suatu penyiasatan.
Azman mengubah kedudukan lampu suluh dan mengukur saiz bayang-bayang yang terbentuk.
Dalam rajah menunjukkan Wai Ling sedang membaca buku.
Wai Ling boleh melihat buku kerana
matanya memantulkan cahaya yang jatuh ke atas buku
matanya menyerap cahaya yang jatuh ke atas buku
cahaya yang jatuh pada matanya dipantulkan ke atas buku
cahaya yang jatuh ke atas buku dipantulkan ke dalam matanya
Dalam rajah menunjukkan cermin sisi sebuah kereta.
Cermin sisi kereta menunjukkan bahawa cahaya
boleh diserap
bergerak lurus
boleh dipantulkan
boleh menembusi objek legap
Antara objek berikut, yang manakah menggunakan prinsip pantulan cahaya?
Bekas kaca
Kertas surih
Bongkah kayu
Cermin pergigian
Antara gambar rajah sinar berikut, yang manakah menunjukkan pantulan cahaya yang betul?
Dalam rajah menunjukkan suatu aktiviti. Alat X ialah
lampu suluh
periskop
cermin mata
kanta pembesar
Dalam rajah menunjukkan kedudukan K, L, M dan N bagi suatu objek.
Di kedudukan yang manakah akan terbentuk bayang-bayang yang paling besar?
K
L
M
N
Dalam jadual menunjukkan pembentukkan bayang-bayang dengan orientasi objek yang berbeza.
Apakah pemboleh ubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini?
Bentuk objek
Orientasi objek
Bentuk bayang-bayang
Kedudukan sumber cahaya
Dalam rajah menunjukkan lampu suluh yang menyala dihalakan ke arah sebuah cermin.
Antara berikut, yang manakah merupakan sinar pantulan yang betul?
R
S
T
U
Antara berikut, yang manakah benar tentang pembiasan cahaya?
Cahaya bergerak lurus
Cahaya menghasilkan bayang-bayang
Cahaya melantun balik apabila mengenai permukaan yang rata dan licin
Arah cahaya mengalami perubahan apabila bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain
Dalam rajah menunjukkan suatu penyiasatan yang dijalankan oleh John.
Apakah inferens yang boleh dibuat daripada pemerhatian di atas?
Cahaya dibiaskan apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain
Cahaya dipantulkan apabila cahaya melantun balik dari suatu permukaan
Saiz bayang-bayang semakin besar apabila jarak antara lampu suluh dengan dinding didekatkan
Kedudukan cahaya berubah apabila sumber cahaya dihalang oleh objek yang lut sinar
Antara bahan berikut, yang manakah bahan lut sinar?
Pintu kayu
Kertas surih
Kaca
Plastik berrwarna
Dalam rajah menunjukkan empat jenis cawan yang diletakkan di bawah matahari.
Empat cawan di atas masing-masing dilabelkan dengan kad manila. Pilih pernyataan yang betul.
Cawan P dibuat daripada bahan lut cahaya
Cawan R dan S merupakan cawan yang diperbuat daripada kaca dan plastik jernih
Q ialah cawan yang diperbuat daripada logam
Kad manila merupakan bahan lut sinar
Dalam rajah menunjukkan suatu fenomena yang diperhatikan di tepi sungai.
Bagaimanakah imej di permukaan air terbentuk?
Permukaan air memantulkan cahaya dari burung
Permukaan air membiaskan cahaya dari burung
Cahaya matahari bergerak lurus yang membolehkan kita melihat imej burung di permukaan air
Kepak burung memantulkan cahaya ke permukaan air
Dalam rajah menunjukkan imej straw dianjak ke atas dan kelihatan bengkok dan lebih tinggi.
Antara fenomena berikut, yang manakah disebabkan oleh prinsip cahaya yang sama?
Kaki kita kelihatan lebih pendek semasa berdiri di dalam air
Kita boleh melihat objek yang terhalang daripada pandangan mata dengan menggunakan periskop
Imej kita terbentuk dalam cermin
Ikan dalam akuarium kelihatan lebih besar
Dalam rajah menunjukkan Ali tidak dapat melihat syiling dalam mangkuk.
Ali dapat melihat syiling dalam mangkuk apabila air dituangkan ke dalam mangkuk.
Apakah prinsip cahaya yang digunakan dalam penyiasatan ini?
Cahaya boleh dibiaskan
Cahaya bergerak lurus
Cahaya boleh dipantulkan
Cahaya membentuk bayang-bayang apabila dihalang
