NEW
Font size
WorksheetsGEOG KSSM T1 (BAB 8 : PENDUDUK DI MALAYSIA)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud taburan penduduk?
Jumlah kelahiran
Kepadatan penduduk
Sebaran penduduk di sesuatu kawasan
Kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasan
Apakah jenis taburan penduduk di Malaysia?
i Penduduk padat
ii Penduduk jarang
iii Penduduk kurang
iv Penduduk sederhana kurang
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah jenis taburan yang berkaitan dengan maklumat berikut.
> Penduduk 50 hingga 200 orang sekilometer persegi
Penduduk padat
Penduduk sederhana
Penduduk jarang
Penduduk sangat jarang
Antara yang berikut, kawasan manakah mempunyai penduduk jarang di Malaysia?
i Kapit, Sarawak
ii Kuala Tahan, Pahang
iii Shah Alam, Selangor
iv Kota Kinabalu, Sabah
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Antara yang berikut, kawasan manakah mempunyai penduduk padat?
i Kuantan, Pahang
ii Tasik Banding, Perak
iii Dungun, Terengganu
iv Ipoh, Perak
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
> Kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia berpenduduk padat berbanding dengan kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk padat di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia?
Iklim yang lebih sesuai
Kos hidup lebih rendah
Keadaan politik yang lebih stabil
Dataran tanah pamah yang lebih luas
Apakah faktor fizikal yang menyebabkan sesuatu kawasan berpenduduk jarang?
Tanah pamah
Muara sungai
Pinggir pantai
Kawasan paya
Mengapakah kawasan pedalaman di negeri Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang?
Kos hidup yang tinggi
Kawasan dataran yang luas
Kekurangan sumber alam
Bentuk muka bumi bergunung-ganang
Antara yang berikut, kawasan manakah berpenduduk sederhana padat kerana dipengaruhi faktor dasar kerajaan?
Felda Tunku
Kuala Terengganu
Shah Alam
Kuching
Kawasan berpenduduk jarang ialah _________.
Johor Bahru
Tumpat
Kuala Tahan
Alor Setar
Kawasan berpenduduk padat ialah ___________.
Kapit
Tasik Kenyir
Kuala Lumpur
Felda Mempaga
Apakah jenis kegiatan ekonomi yang dapat dikaitkan dengan kawasan berpenduduk padat?
i Pengangkutan
ii Pertanian
iii Perindustrian
iv Perhubungan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah ciri-ciri bentuk muka bumi di kawasan berpenduduk jarang?
i Hutan tebal
ii Kawasan bergunung-ganang
iii Kawasan dataran yang luas
iv Kawasan pertanian
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah faktor yang menyebabkan kawasan berikut berpenduduk padat?
> Shah Alam
> Bayan Lepas
Pusat pentadbiran
Perindustrian
Pusat pendidikan
Pertanian
Apakah jenis kegiatan ekonomi di kawasan berikut?
> Semporna
> Kemaman
Pertanian
Perikanan
Perlombongan
Perniagaan
Antara yang berikut, bandar baharu manakah yang dibuka disebabkan faktor dasar kerajaan?
Petaling Jaya
Putrajaya
Tanjung Malim
Sibu
Apakah kawasan yang dibuka atas faktor mempunyai kemudahan pendidikan seperti pusat pengajian tinggi?
Miri
Tumpat
Tanjung Malim
Kerteh
Nyatakan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk berdasarkan foto di atas?
Perindustrian
Tanah rancangan
Dasar kerajaan
Pendidikan
Apakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan tersebut?
Pertanian
Perindustrian
Pendidikan
Pembukaan bandar baharu
Pembukaan kawasan pertanian melalui Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) menyebabkan kawasan ini mempunyai taburan penduduk yang ___________.
padat
sederhana padat
jarang
sangat jarang
