NEW
Font size
WorksheetsKata Berimbuhan Akhiran Tahun 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kami terkejut mendengar bunyi __________ yang kuat itu.
letupi
letupan
letupkan
meletup
Dedaun di halaman rumah telah saya __________.
jahitkan
sapukan
letakkan
susunkan
Cikgu Siti mengajar kami cara menulis __________.
dikarang
karangan
pengarang
mengarang
Jangan kamu __________ tempat ini dengan sampah-sarap.
kotori
kotoran
dikotori
pengotor
Tolong _________ saya Kamus Dewan itu.
lakukan
maafkan
tiupkan
ambilkan
Wah, tingginya __________ itu!
bangunan
bangunkan
terbangun
membangun
Rumput merupakan bahan ____________ utama lembu.
berian
masakan
makanan
hidangan
__________ undang-undang jalan raya supaya mengelakkan daripada kemalangan.
Patuhi
Baiki
Awasi
Duduki
_____________ ibu bapa harus kita patuhi selalu.
Mengajar
Pelajaran
Ajaran
Belajar
"Tolong __________ salam saya kepada keluarga kamu," kata Rosana kepada Faiza.
sampaikan
kesampaian
penyampaian
menyampaikan
Tanah Tinggi Cameron pernah saya _________ pada tahun lepas.
pelawat
melawat
lawatan
lawati
Pelbagai jenis alat __________ kanak-kanak dijual di kedai itu.
bermain
mainan
memainkan
pemain
Persembahan artis yang terkenal itu mendapat _______________ yang gemuruh daripada para penonton.
bertepuk
ditepuk
tepukan
menepuk
"____________ kaki kamu mengikut muzik yang dimainkan," kata emak kepada Hazlina.
Hentakan
Hentakkan
Penghentak
Menghentak-hentak
Tolong ___________ perkara-perkara penting yang disampaikan oleh guru kelas.
pencatat
catatan
catatkan
dicatat
"________________ titik-titik itu supaya menjadi satu bentuk," kata Selina kepada kawannya.
Cantumkan
Dicantum
Cantuman
Percantuman
Ahli keluarga yang paling saya _________ ialah nenek.
disayangi
sayangi
menyayangi
kesayangan
Murid-murid membaca petikan yang terdapat dalam buku teks dengan ___________ yang betul.
sebutan
sebutkan
menyebut
tersebut
Pelbagai jenis __________ dijual di pasar tani itu.
diminum
minumkan
meminum
minuman
Tangga itu saya ________ dengan berhati-hati.
turuni
turunkan
menurun
diturunkan
