wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 5 (K2)

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid?

a)

Merangka sebuah perlembagaan Sabah dan Sarawak yang merdeka

b)

Merangka sebuah perlembagaan persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

2.

Berikan nama tiga orang ahli yang menganggotai Suruhanjaya Reid.

a)

Lord Reid

b)

Sir Ivor Jennings

c)

Dr Burhanuddin al Helmy

d)

Tuan B. Malik

3.

Nyatakan tiga isu yang menjadi panduan kepada Suruhanjaya Reid.

a)

Pemberian kuasa alternatif kepada negeri

b)

Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat

c)

Hak istimewa orang Melayu

d)

Kedudukan Raja-raja Melayu

4.

Pada pandangan anda, mengapakah British bersetuju untuk menerima cadangan UMNO dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Sikap pemimpin UMNO yang berdiplomasi

b)

Sikap politik orang Melayu yang sederhana

c)

British bimbang orang Melayu terpengaruh dengan gerakan radikal

d)

UMNO menuntut kemerdekaan

5.

Sistem Ahli merupakan satu sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain untuk menerajui pentadbiran Tanah Melayu.

Siapakah tokoh yang telah memperkenalkan idea penubuhannya?

a)

Dato' On Jaafar

b)

Tunku Abdul Rahman

6.

Nyatakan tiga portfolio yang terdapat dalam sistem Ahli.

a)

Ahli Dalam Negeri

b)

Ahli Sains dan Teknologi

c)

Ahli Ekonomi

d)

Ahli Pelajaran

7.

Senaraikan tiga ciri sistem Ahli.

a)

Anggota sistem Ahli dikenali sebagai Senator

b)

Ahli diletakkan di bawah kuasa pesuruhjaya Tinggi British.

c)

Perlantikan Ahli dibuat oleh pesurhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

d)

Satu kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat yang memegang jawatan yang dibentuk.

8.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Sistem Ahli?

a)

pendedahan untuk mentadbir kerajaan

b)

asas untuk kemerdekaan

c)

jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum

d)

melatih pegawai British menerajui pentadbiran Tanah Melayu

9.

Gambar berikut menunjukkan anggota Rombongan Kemerdekaan ke London diarak menuju ke Bandar Hilir, Melaka.

Namakan dua wakil raja yang menyertai Rombongan Kemerdekaan.

a)

Dato' Panglima Bukit Gantang

b)

Dato On Jaafar

c)

Dato' Nik Ahmed Kamil

10.

Senaraikan dua orang wakil Parti Perikatan yang meyertai Rombongan Kemerdekaan ke London.

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Dr. Burhanuddin Al Helmy

11.

Berikan dua kejayaan rundingan tersebut.

a)

Tanah Melayu akan menjalankan ekonomi bebas

b)

British tidak lagi akan melindungi keselamatan dan pertahanan Tanah Melayu

c)

Tarikh kemerdekaan diberikan pada 31 Ogos 1957

12.

Apakah kepentingan Rombongan Kemerdekaan tersebut kepada Tanah Melayu?

a)

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka

b)

Membentuk Suruhanjaya Reid untuk menggubal perlembagaan kemerdekaan

c)

Mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

13.

Apakah ciri-ciri kepimpinan yang patut dicontohi daripada pemimpin Rombongan Kemerdekaan tersebut?

a)

Kebijaksanaan

b)

Mengutamakan rundingan

c)

Mementingkan hak raja dan rakyat

d)

Memelihara kedaulatan negara

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pakatan Murni?

a)

Perasaan cinta akan bangsa dan negara sehingga membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.

b)

Satu usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.

15.

Berikan tiga orang tokoh tempatan yang telah terlibat dalam Pakatan Murni pra-perikatan.

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Dato' Onn Ja'afar

c)

Tan Cheng Lock

d)

Dato Maharaja Lela

16.

Senaraikan usaha-usaha yang telah dilakukan untuk mengadakan Pakatan Murni pra-perikatan.

a)

Penubuhan Jawatan kuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

b)

Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu

c)

Penubuhan Parti Kemerdekaan (IMP)

d)

Konvensyen Kebangsaan

17.

Nyatakan perkara yang telah dipersetujui dalam rundingan UMNO - CLC.

a)

Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat MPP

b)

Penubuhan RIDA

c)

Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada golongan imigran yang lahir di Tanah Melayu.

d)

Membentuk sebuah negara yang dinamakan Malaysia.