WorksheetsPerumpamaan
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka __________________________________sehinggalah mereka dewasa.
bagai melepaskan batuk di tangga
bagai menatang minyak yang penuh
bagai isi dengan kuku
bagai bulan dipagari bintang
Kecantikan Mei Li __________________________________ kerana tiada seorang pun yang dapat menandingi kecantikannya.
seperti anjing dengan kucing
bagai murai tercabut ekor
bagai bulan dipagari bintang
seperti ular dengan palu
Keadaan jalan itu yang__________________________________ amat membahayakan pengguna jalan itu.
bagai anjing dengan kucing
bagai aur dengan tebing
bagai ituk pulang petang
seperti ular dengan palu
Perangai dua beradik itu __________________________________, pantang berjumpa sahaja mereka pasti bertengkar.
bagai anjing dengan kucing
bagai aur dengan tebing
bagai ituk pulang petang
seperti ular dengan palu
Arifin tidak mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Dia dikatakan __________________________________.
bagai anjing dengan kucing
seperti katak di bawah tempurung
bagai ituk pulang petang
seperti ular dengan palu
Jurang kekayaan di antara penduduk kampung dengan hartawan itu __________________________________.
bagai langit dengan bumi
seperti katak di bawah tempurung
seperti cincin dengan permata
bagai murai tercabut ekor
Farah dengan Hana__________________________________ kerana saling bantu dalam masalah pembelajaran.
bagai bulan dipagari bintang
bagai melukut di tepi gantang
bagai aur dengan tebing
seperti ayam berak kapur
Tindakan abang membaiki radio itu __________________________________ apabila radio itu bertambah kerosakannya.
bagai tikus membaiki labu
bagai dakwat dengan kertas
bagai kacang melupakan kulit
seperti ayam berak kapur
Kim Ming bersikap__________________________________ apabila berpura-pura tidak mengenali Hamid yang telah meminjamkan wang kepadanya ketika dia dalam kesusahan.
bagai kacang melupakan kulit
bagai dakwat dengan kertas
bagai melepaskan anjing tersepit
bagai pinang dibelah dua
Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan __________________________________.
seperti cincin dengan permata
seperti ayam berak kapur
seperti pahat dengan penukul
bagai seperti mendapat bunga
