wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B4T4 (4.4-4.5) KSSM

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Tiada pengganti yang layak

b)

Kekalahan dalam pilihan raya

c)

Penjajahan British

d)

Masalah kewangan untuk memulihkan Sarawak

2.

Apakah peranan Gammans dalam proses penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Menandatangani surat perjanjian

b)

Mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan

c)

Mendapatkan kelulusan Majlis Negeri

d)

Membuat tinjauan terhadap reaksi penyerahan Sarawak

3.

Apakah kaitan Rees Williams dengan proses penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Setiausaha Tanah Jajahan

b)

Setiausaha peribadi Charles Vyner Brooke

c)

Ahli Parlimen British

d)

Gabenor British di Sarawak

4.

Pilih TIGA hasil tinjauan yang dilakukan oleh Gammans dan Rees Williams.

a)

Sebahagian besar peribumi menentang penyerahan Sarawak

b)

Orang Cina menyokong penyerahan Sarawak

c)

Pemimpin tempatan memberikan persetujuan bersyarat

d)

Terdapat penduduk yang tidak memahami maksud penyerahan Sarawak

5.

Berikut merupakan faktor penentangan penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British KECUALI

a)

Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941

b)

Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

c)

Gerard T. MacBryan menggunakan muslihat

d)

Majlis Negeri memberikan kelulusan tanpa mengambil kira pandangan rakyat

6.

Apakah yang dinyatakan dalam Prinsip Kelapan Perlembagaan 1941?

a)

Pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak

b)

Kerajaan British mesti mendapatkan kelulusan Majlis Negeri dan persetujuan rakyat Sarawak

c)

Majlis Negeri berkuasa mengeluarkan Undang-Undang Penyerahan

d)

Taraf Sarawak sebagai negeri naungan British dimansuhkan

7.

Antara berikut merupakan cara yang digunakan oleh Gerard T. MacBryan dalam mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan KECUALI

a)

tipu helah

b)

pujukan

c)

desakan

d)

sogokan

8.

Siapakah yang menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak?

a)

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

b)

Johari Anang

c)

Morshidi Sidek

d)

Rosli Dhoby

9.

Siapakah yang mengetuai demonstrasi ketika kedatangan Charles Arden Clarke di Astana?

a)

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

b)

Datu Bandar Abang Haji Mustapha

c)

Datu Amar Abang Haji Sulaiman

d)

Datu Patinggi Abdul Gapur

10.

Siapakah yang bertindak menikam Duncan Stewart dalam peristiwa "Sungkit Berdarah"?

a)

Bujang Suntong

b)

Morshidi Sidek

c)

Awang Rambli

d)

Rosli Dhoby

11.

Antara berikut merupakan pemimpin Kumpulan Rukun 13 KECUALI

a)

Awang Rambli

b)

Morshidi Sidek

c)

Sharkawi Osman

d)

Bujang Suntong

12.

Antara berikut merupakan kata-kata yang tertulis pada sepanduk dan poster antipenyerahan yang ditampal di pokok, perahu dan jeti KECUALI

a)

"Leburkan kolonial"

b)

"Sarawak adalah hak kami"

c)

"Kerajaan British Menipu Rakyat"

d)

"No Cession"

13.

Pilih DUA reaksi rakyat Sarawak apabila British mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 pada bulan Disember 1946.

a)

409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan

b)

56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak menamatkan pengajian

c)

16 persatuan Melayu menyertai perarakan di Kuching

d)

Rukun 13 ditubuhkan secara sulit di Sibu

14.

Apakah tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Lily Eberwein sebagai reaksi terhadap bantahan penyerahan Sarawak?

a)

Mengadakan kempen kesedaran di rumah panjang

b)

Mengetuai kaum wanita dalam gerakan antipenyerahan

c)

Menyampaikan kritikan yang tajam dalam Utusan Sarawak

d)

Menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak

15.

Bagaimanakah Utusan Sarawak memainkan peranan dalam gerakan antipenyerahan?

a)

Menyeru kakitangan kerajaan meletakkan jawatan beramai-ramai

b)

Menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak

c)

Menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British

d)

Sebagai saluran untuk menyebarkan penentangan rakyat

16.

"Sungkit Berdarah" merujuk kepada peristiwa

a)

pemimpin Rukun 13 dihukum gantung hingga mati

b)

Duncan Sterwart ditikam oleh Rosli Dhoby

c)

tunjuk perasaan di Kuching

d)

demonstrasi di Sibu

17.

Rosli Dhoby telah ditangkap kerana membunuh Sir Duncan Stewart, Gabenor kedua di Sarawak. Berikut merupakan kesan pembunuhan tersebut KECUALI

a)

Pemimpin Rukun 13 dihukum gantung hingga mati

b)

Anggota Rukun 13 yang lain dihukum penjara

c)

Gerakan antipenyerahan Sarawak gagal

d)

Tunjuk perasaan di Kuching

18.

Terdapat juga penduduk yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British. Pilih TIGA sebab mereka memberikan sokongan.

a)

Dapat memajukan negeri Sarawak

b)

Dapat memajukan penduduk tempatan

c)

Dapat memberikan peluang pendidikan tinggi

d)

Dapat memberikan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam

19.

Apakah DUA peranan Young Malay Association (YMA) yang ditubuhkan oleh golongan propenyerahan?

a)

Menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial

b)

Memberi peluang golongan intelektual mengisi jawatan tinggi dalam perkhidmatan kerajaan

c)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak

d)

Membantu orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam pelbagai aspek

20.

Apakah matlamat penubuhan Rukun 13 yang ditubuhkan oleh golongan muda pada 20 Ogos 1948?

a)

Menuntut kemerdekaan

b)

Menghalau keluar SBUB

c)

Menyertai gagasan Malaysia

d)

Menghapuskan pegawai tinggi British