wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 2 (KESULTANAN MELAYU MELAKA)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Parameswara telah menukarkan muara Sungai Bertam kepada sebuah pelabuhan yang maju.


Apakah nilai yang dapat dicontohi berdasarkan pernyataan di atas?

a)

Amanah

b)

Bijaksana

c)

Berfikiran positif

d)

Bertanggungjawab

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebab Melaka dipilih sebagai pusat pelabuhan entrepot?

a)

Mempunyai kawasan tanah rata

b)

Terletak jauh daripada pokok bakau

c)

Terlindung daripada angin monsun

d)

Muka bumi yang bergunung-ganang

3.

Gambar 1 menunjukkan suatu alat kebesaran yang digunakan semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Apakah upacara yang menggunakan alat kebesaran tersebut?

a)

Perbicaraan diraja

b)

Kelahiran puteri raja

c)

Kemangkatan diraja

d)

Perkahwinan diraja

4.

Apakah nama sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem pembesar lapan lipatan

b)

Sistem pembesar empat lipatan

c)

Sistem pembesar enam belas lipatan

d)

Sistem pembesar tiga puluh dua lipatan

5.

Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai Hukum Kanun Melaka?

a)

Mempunyai 44 fasal

b)

Mempunyai 25 fasal

c)

Ditulis semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah

d)

Bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan

6.

Apakah kesan perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Cendera Kirana?

a)

Kuala Linggi berjaya ditakluk

b)

Penaungan kerajaan Patani

c)

Agama Islam mula disebarkan

d)

Pengaruh Kesultanan Melaka semakin meluas

7.

Apakah kesan hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Ryukyu?

a)

Melaka mendapat bantuan ketenteraan melawan Siam

b)

Perkembangan hubungan perdagangan antara Melaka dengan Ryukyu

c)

Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam terulung

d)

Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan

8.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka?


I Serangan Siam

II Penaklukan China

III Kelemahan Sultan Mahmud Shah

IV Persaingan kuasa pembesar Melaka

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Portugis menyerang Melaka setelah rundingan yang berlangsung antara Melaka dengan Portugis menemui kegagalan.


Serangan tersebut diketuai oleh (a)   .

10.

Gambar 3 menunjukkan kedatangan Portugis di Melaka. Kesultanan Melayu Melaka yang berpusat di Melaka berakhir pada (a)   , iaitu setelah kalah dalam menentang Portugis.

11.

Portugis datang ke Alam Melayu bertujuan untuk mencapai matlamat berikut:

a)

Kekayaan

b)

Kekuatan

c)

Keagamaan

d)

Kemasyhuran

e)

Kebahagiaan

12.

Strategi Melaka menghadapi serangan Portugis dengan

a)

Mneggunakan lancaran dan perahu berapi

b)

Mneggunakan tentera bergajah

c)

Menggunakan kuda dan keris untuk bertempur

d)

Menggunakan meriam yang menembak bertalu-talu dari arah pantai

e)

Membina pertahanan di kawasan pantai menggunakan kayu-kayan yang dilengkapi meriam dan peti berisi serbuk peluru

13.

Gambar 4 menunjukkan situasi penyebaran agama Islam di Alam Melaka.


Sultan (a)   yang memeluk agama Islam pada tahun 1414 telah diikuti oleh pembesar dan rakyat baginda.

14.

Pembesar berempat atau Orang Kaya Berempat merupakan pembesar pada peringkat pusat. Mereka menjadi tonggak utama pentadbiran dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Siapakah pembesar berempat tersebut :

a)

Bendahara

b)

Syahbandar

c)

Laksamana

d)

Temenggung

e)

Penghulu Bendahari

15.

Apakah keistimewaan pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai Melaka?

a)

Menjadi benteng pertahanan

b)

Menjadi pelindung semula jadi

c)

Menjadi pelabuhan yang maju

d)

Menyebabkan Melaka sukar ditembusi oleh musuh