Font size
WorksheetsBab 6: Pembahagian Sel
Total questions: 8
Worksheet time: 54mins
Rajah 1 menunjukkan satu kitar sel
Antara proses berikut, yang manakah berlaku semasa fasa X?
Mitosis dan sitokinesis
Meiosis dan sitokinesis
Pembezaan sel dan pertumbuhan sel
Replikasi DNA dan sintesis protein
Rajah 2 menunjukkan satu peringkat mitosis dalam sel haiwan
Apakah peringkat itu?
Profasa
Metafasa
Anafasa
Telofasa
Rajah 3 menunjukkan satu peringkat akhir profasa I
Apakah kepentingan peringkat tersebut?
Menghasilkan variasi pada gamet
Bilangan kromosom dalam sel anak sentiasa berubah
Menyebabkan pindah silang berlaku antara kromatid kembar beradik/kembar
Menghasilkan sel anak yang mempunyai bilangan kromosom yang sama dengan sel induk
Kloramfenikol adalah bahan kimia yang menghalang pembentukan gentian gelendong semasa pembahagian sel. Jika bahan ini digunakan, keadaan yang manakah tidak akan berlaku?
Replikasi DNA
Kondensasi kromosom
Pemisahan kromatid beradik/kembar
Penyusunan kromosom secara rawak di satah khatulistiwa
Nyatakan dua persamaan antara mitosis dengan meiosis
Rajah menunjukkan set lengkap kromosom seorang individidu.
a) Nyatakan penyakit genetik yang dihidapi oleh individu tersebut?
b) Terangkan bagaimana individu ini boleh menghidapi penyakit genetik tersebut?
Sel kanser terbentuk selepas sel normal terdedah kepada faktor Y.
a) Terangkan pembentukan sel kanser.
b) Nyatakan dua contoh faktor Y yang menyebabkan pembentukan sel kanser.
c) Nyatakan dua cara untuk mengelakkan perkembangan sel kanser
Nyatakan 2 organ yang terlibat dengan meiosis dan nyatakan 2 organ yang terlibat dengan mitosis
