wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOG KSSM T3 (BAB 11: KITAR SEMULA)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, kriteria yang manakah dapat dikaitkan dengan eleman kitar semula?


i Mengelakkan pembaziran

ii Mengurangkan kesan rumah hijau

iii Mengguna semula barangan secara berulang kali

iv Mengasingkan sisa yang menjana pendapatan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

2.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan amalan kitar semula terhadap pembangunan negara Malaysia?


i Persekitaran yang bersih

ii Eksport negara meningkat

iii Jumlah tong sampah berkurangan

iv Gas rumah hijau berkurangan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

3.

Apakah kepentingan mengasingkan sisa mengikut kategori?

a)

Penggunaan kertas merosot

b)

Kos penyelenggaraan kurang

c)

Masyarakat menghargai sisa

d)

Kos pengangkutan lori sampah dijimatkan

4.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan amalan 3R?


i Menanam pokok

ii Mengurangkan penggunaan beg plastik

iii Mengasingkan sisa mengikut kategori

iv Membeli beg kitar semula

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

5.

Amalan kitar semula perlu dipraktikkan untuk memastikan kelestarian alam sekitar.

Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?

a)

Memungut sisa pepejal

b)

Mengurangkan sisa pepejal

c)

Mengurus selia sisa pepejal dengan baik dan sistematik

d)

Memungut dan mengasingkan sisa pepejal untuk menghasilkan bahan baharu

6.

Antara yang berikut, pernyataan manakah adalah berkaitan dengan reduce?

a)

Mengasingkan barangan mengikut jenis sisa pepejal

b)

Mengasingkan sisa kitar semula mengikut kategori

c)

Menggunakan sesuatu sumber mengikut keperluan

d)

Menggunakan sesuatu barang secara maksimum untuk mengelakkan pembaziran

7.

Antara yang berikut, manakah merupakan amalan mengguna semula?


i Kitar semula tayar terpakai untuk dijadikan pasu tanaman

ii Menggunakan kain atau tuala kecil bagi menggantikan tisu

iii Membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan

iv Mendermakan pakaian yang masih elok kepada mereka yang memerlukan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

8.

Senarai di bawah mengenai jenis sisa yang diasingkan mengikut kategori.


X = Sisa perabot, Sisa barangan elektrik yang besar


Apakah X?

a)

Sisa baki

b)

Sisa pukal

c)

Sisa kebun

d)

Sisa kitar semula

9.

Antara yang berikut, pernyataan manakah adalah berkaitan dengan Program Cukai Sisa yang diperkenalkan di Denmark?

a)

Pihak yang tidak mengasingkan sisa dikenakan cukai

b)

Pihak yang melupuskan sebarang jenis sisa dikenakan cukai

c)

Pihak yang melupuskan sisapepejal yang tidak mudah hancur dikenakan cukai

d)

Pengilang dikenakan cukai apabila menghasilkan produk yang tidak dapat dikitar semula

10.

Apakah amalan kitar semula yang gigunakan di Sweden sehingga mampu mengitar semula 99% sisa buangan domestik?

a)

Pemulihan Tenaga dan Pencegahan Sisa

b)

Ordinan Pembungkusan dan Program Cukai Sisa

c)

Guna Semula dan Program Affaldsbekendtgoerelsen 1999

d)

Pemulihan Tenaga dan Program Pengembalian Deposit

11.

Maklumat di bawah adalah mengenai suatuamalan kitar semula.


  • Mewajibkan pengilang dan pengimport bertanggungjawab ke atas produk yang dihasilkan.


Antara berikut, negara manakah yang melaksanakan amalan kitar semula ini?

a)

Taiwan

b)

Jerman

c)

Sweden

d)

Denmark

12.

Menggunakan sesuatu barangan secara maksimum untuk mengelakkan pembaziran.

Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan eleman 3R yang terlibat?

a)

Reuse (Guna semula)

b)

Recycle (Kitar semula)

c)

Reduce (Kurangkan)

13.

Antara berikut, yang manakah amalan 3R yang dijalankan oleh negara Malaysia?

a)

Program Waste 21 (1998-2004)

b)

Pemulihan Tenaga

c)

Hari Tanpa Beg Plastik

d)

Program 4-Dalam-1

14.

Antara yang berikut, amalan 3R yang manakah dilaksanakan di Denmark?

a)

Kempen Kitar Semula

b)

Akta Pelupusan Sisa

c)

Program Cukai Sisa

d)

Hari Tanpa Beg Plastik

15.

Apakah kebaikan amalan Green Dot di negara Jerman?

a)

Kos kerajaan tempatan meningkat

b)

Masyarakat terlibat sama dalam amalan kitar semula

c)

Cukai sisa menjana pendapatan negara

d)

Pencemaran udara terkawal