Font size
WorksheetsTing 5 BAB 2
Total questions: 40
Worksheet time: 51mins
Gambar menunjukkan sistem brek kereta. Apakah prinsip yang digunakan dalam sistem ini?
Prinsip Pascal
Prinsip Bernoulli
Prinsip Archimedes
Prinsip keabadian momentum
Gambar rajah menunjukkan satu bongkah berdimensi 1m x 2m x 3m. Berat bongkah kayu ialah 1000N. Berapakah tekanan maksimum yang boleh dikenakan oleh bongkah itu pada permukaan lantai?
100.0N/m²
166.7N/m²
333.3N/m²
500.0N/m²
Mengapakah stim kurang tumpat berbanding air?
Zarah stim lebih ringan
Zarah stim bergerak lebih cepat
Zarah stim lebih jauh antara satu sama lain
Zarah stim mempunyai tenaga kinetik yang lebih tinggi
Rajah menunjukkan pengaliran udara dalam terowong bawah tanah. Pengaliran udara melalui terowong dari X ke Y dapat dijelaskan menggunakan
Prinsip Pascal
Prinsip Bernoulli
Prinsip Archimedes
Rajah menunjukkan proses penyaluran air daripada tangki air di atas bukit ke tangki X di atas sebuah bangunan tinggi. Hitung tekanan air di X. [Ketumpatan air = 1000kg/m³]
1.0x10⁵ N/m²
1.4x10⁵ N/m²
1.6x10⁵ N/m²
2.6x10⁵ N/m²
Antara situasi berikut, yang manakah hanya berlaku disebabkan oleh tekanan atmosfera?
Rajah menunjukkan sebuah barometer ringkas. Perbezaan ketinggian bagi arus dua merkuri itu ialah h. Apakah yang berlaku kepada nilai h apabila merkuri ditambah ke dalam bekas?
Bertambah
Berkurang
Tidak berubah
Rajah menunjukkan satu alat yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera. Namakan alat yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera.
(a)
Rajah menunjukkan satu alat yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera. Nyatakan tekanan atmosfera dalam unit cmHg.
(a)
Rajah menunjukkan satu alat yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera. Hitung tekanan atmosfera dalam unit Pascal.[ Ketumpatan merkuri = 13.6x10³kg/m³, g=10m/s²]
(a)
Rajah menunjukkan sebiji bola polistirena berjisim 180g dan ketumpatan 0.9g/cm³ diikat kepada seketul batu di dasar tangki dengan seutas benang ringan.( Ketumpatan air =1 g/cm³) Hitungkan isipadu polistirena dalam cm³
(a)
Rajah menunjukkan sebiji bola polistirena berjisim 180g dan ketumpatan 0.9g/cm³ diikat kepada seketul batu di dasar tangki dengan seutas benang ringan.( Ketumpatan air =1 g/cm³) Hitungkan daya tujah ke atas. Jawapan dalam N
(a)
Rajah menunjukkan sebiji bola polistirena berjisim 180g dan ketumpatan 0.9g/cm³ diikat kepada seketul batu di dasar tangki dengan seutas benang ringan.( Ketumpatan air =1 g/cm³) Hitungkan tegangan benang. Jawapan dalam N.
(a)
Satu tiub berbentuk-U berisi dua jenis cecair yang tidak terlarut campur. Ketumpatan cecair Q ialah 800kg/m³. Ketumpatan cecair P ialah
100kg/m³
200kg/m³
500kg/m³
1000kg/m³
Messi telah menendang bola sepak supaya bergerak melancong ke arah pintu gol. Prinsip fizik yang telah diaplikasikan ialah
Keabadian momentum
Prinsip Bernoulli
Prinsip Pascal
Prinsip Archimedes
Sebuah sampan permainan dapat belayar di atas permukaan air yang tenang tanpa menolaknya apabila sedikit sabun dilekatkan dihujungnya. Kejadian ini boleh diterangkan dengan ...
Ketegangan permukaan
Prinsip Archimedes
Prinsip Bernoulli
Prinsip Pascal
Rajah menunjukkan seketul ais yang terapung di permukaan air. Semasa ais melebur, kuantiti yang tidak berubah ialah ...
Tujah ke atas ais
Isipadu air
Bacaan neraca
Jisim air
Rajah menunjukkan model sebuah sayap kapal terbang. Antara bahagian A,B,C dan D, yang manakah mengalami tekanan paling tinggi?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan sebuah jek hidraulik digunakan untuk menaikkan sebuah kereta pada ketinggian tertentu. Penyataan manakah yang menerangkan prinsip kerja bagi jek hidraulik itu?
Tekanan berubah dengan kedalaman
Tekanan berubah dengan halaju bendalir
Tekanan dipindahkan secara seragam dalam bendalir
Tekanan dipindahkan secara seragam dalam salur berongga
Rajah menunjukkan dua kapal yang serupa terapung di sungai dan di laut. Mengapakah kapal tenggelam lebih dalam di dalam air sungai berbanding dengan air laut?
Ketumpatan kapal<ketumpatan air sungai
Ketumpatan kapal>ketumpatan air sungai
Ketumpatan air sungai<ketumpatan air laut
Ketumpatan kapal di sungai<ketumpatan kapal di laut
Rajah menunjukkan tiga susunan spring P,Q dan R. Semua spring yang digunakan adalah serupa. Perbandingan bagi pemanjangan susunan spring, P,Q dan R, manakah yang betul apabila beban 1kg digantung?
P>Q>R
P>R>Q
R>P>Q
R>Q>P
Rajah menunjukkan satu susunan sistem spring, P untuk menggantung satu beban yang berjisim M. Pemanjangan sistem P adalah setara dengan pemanjangan pada
Satu spring memberikan pemanjangan sebanyak 5cm apabila dikenakan suatu daya 60N. Jika spring dibawa ke bulan bersama beban yang sama Berapakah pemanjangannya?[pecutan graviti di Bulan adalah sama dengan 1/6 pecutan graviti bumi]
5.0 cm
2.5 cm
1.2 cm
0.8 cm
Sebuah picagari mempunyai omboh kedap udara dan muncungnya telah ditutup dengan rapat. Apabila omboh ditolak ke dalam, apakah yang terjadi?
tekanan udara dalam picagari bertambah
bilangan molekul gas dalam picagari bertambah
jarak purata antara molekul udara bertambah
jisim bertambah
Satu spring mempunyai panjang asal x cm. Apabila pemberat 60g dikenakan ke atasnya, panjang spring menyusut menjadi 9cm. Apabila jisim ditambah sehingga 180g, panjang spring menyusut menjadi 7cm. Berapakah nilai x seperti yang ditunjukkan pada rajah?
10cm
12cm
15cm
20cm
Rajah menunjukkan susu pekat dituang dari tin ke cawan.
Didapati bahawa susu mengalir keluar sangat perlahan dari tin. Antara langkah berikut, yang manakah akan membolehkan susu mengalir lebih cepat dan mudah?
Menebuk lubang yang lebih besar.
Memegang tin susu itu lebih tinggi lagi.
Menebuk satu lagi lubang pada tin susu itu.
Menggoncang tin susu dahulu sebelum menuang susu.
Rajah menunjukkan suatu manometer yang disambung kepada suatu bekalan gas. Perbezaan aras cecair dalam manometer itu ialah h. Antara pernyataan berikut, yang
manakah akan menyebabkan panjang h bertambah?
Merkuri digantikan dengan cecair yang mempunyai ketumpatan yang lebih besar.
Merkuri digantikan dengan cecair yang mempunyai ketumpatan yang lebih kecil.
Tiub dicondongkan sedikit ke kanan
Tiub manometer digantikan dengan tiub yang mempunyai diameter yang lebih kecil.
Rajah menunjukkan tiga objek yang diperbuat daripada bahan yang sama sedang
terapung di dalam air.
F1 = F2 = F3
F2> F1> F3
F2< F1< F3
F2< F1= F3
Rajah menunjukkan empat orang mendayung sebuah bot. Apabila salah seorang melompat ke dalam air, daya keapungan ke atas bot itu akan
berkurang
bertambah
kekal malar
Rajah menunjukkan suatu sistem haudralik ringkas. Antara pernyataan berikut yang manakah adalah betul mengenai sistem di atas?
Daya 200 N adalah lebih besar daripada berat, W.
Sistem berfungsi berdasarkan Prinsip Archimedes.
Berat maksimum yang boleh diangkat ialah 1200 N.
Tekanan di omboh kecil adalah sama dengan tekanan di omboh besar.
Rajah 16 menunjukkan keratan rentas sebuah penunu Bunsen. Apabila gas mengalir,
pada titik manakah tekanan adalah paling rendah?
A
B
C
D
Pada masa kini, pemain bola sepak gemar menggunakan Teknik “banana kick” bagi mengubah arah bola. Prinsip yang digunakan dalam “banana kick” ini juga boleh digunakan dalam alatan makmal berikut.
Hidrometer
Tolok Bourdon
Penunu bunsen
Barometer aneroid
Rajah menunjukkan sebiji epal terapung di atas air. Pernyataan manakah yang betul?
Ketumpatan epal = ketumpatan air
Berat epal = berat air yang disesarkan
Berat epal < berat air yang disesarkan
Isipadu epal > isipadu air yang disesarkan
Rajah menunjukkan sebuah bekas berisi air.
Berapakah tekanan yang dihasilkan oleh air pada titik X?
[Water density / ketumpatan air = 1 000 kg m-3]
7 000 Pa
21 000 Pa
23 000 Pa
30 000 Pa
Antara alat berikut, yang manakah digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera?
Barometer
Manometer
Hidrometer
Galvanometer
Rajah menunjukkan air terpancut keluar dari lubang sebuah bekas pada jarak ufuk, d. Apabila kedalaman air berkurangan, apakah yang akan berlaku pada jarak, d?
Bertambah
Berkurang
Tidak berubah
Rajah menunjukkan tiga jenis cecair yang berlainan ketumpatan. Cecair manakah yang mempunyai tekanan paling tinggi pada ketinggian 2 cm?
Jus
Air
Minyak
Tiada jawapan
Rajah menunjukkan sebuah kapal yang penuh dengan beban terapung di atas permukaan air laut. Jika air yang tersesar oleh kapal ialah 400 m3, berapakah jumlah keseluruhan berat kapal dan muatan?
[Ketumpatan air laut = 1020 kgm-3]
4.08 x 103 N
4.08 x 104 N
4.08 x 105 N
4.08 x 106 N
Rajah menunjukkan pandangan atas sebuah kapal layar yang berlayar menentang arah tiupan angin. Pernyataan manakah betul?
Tekanan udara di Q lebih rendah daripada tekanan udara di P
Tekanan udara di P lebih rendah daripada tekanan udara di Q
Laju udara di P lebih tinggi daripada laju udara di Q
Operasi sistem adalah berdasarkan kepada prinsip Pascal
Rajah menunjukkan dua roda yang berbeza saiz P dan Q. Kedua-dua roda mempunyai jisim yang sama. Roda yang manakah akan tenggelam lebih ke dalam tanah yang lembut, dan mengapa?
P , Tekanan yang kecil ke atas tanah
P , Tekanan yang besar ke atas tanah
Q, Tekanan yang kecil ke atas tanah
Q, Tekanan yang besar ke atas tanah
