NEW
Font size
Worksheetslandskap tingkatan 2 bab 5
Total questions: 6
Worksheet time: 3mins
Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk landskap?
Hiasan reka letak di luar bangunan secara semula jadi seperti tumbuhan, bukit, gunung dan tasik.
Hiasan di dalam dan luar bangunan yang menggabungkan hiasan dalaman dan hiasan luaran
Hiasan reka letak di luar bangunan secara buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo
Hiasan reka letak di luar bangunan sama ada secara semula jadi seperti tumbuhan, bukit, ataupun buatan manusia seperti bangunan, pergola dan gazebo.
Reka bentuk landskap pada abad ke-15 dan 16 seperti karya catan dalam gambar foto 1 banyak berkisar tentang pemandangan di Belanda. Apakah bukti yang telah dikemukakan?
Carian di internet
Karya catan yang dihasilkan
Kajian lapangan yang dibuat
Dokumen arkib negara di Belanda
Pada abad ke-17, muncul landskap klasik yang menggambarkan landskap Arcadia. Landskap Arkadia ini mempunyai kaitan dengan sebuah
Permainan
Sebuah perkampungan Portugis di Melaka
Tempat lagenda Greek purba yang terkenal dengan keindahannya
Universiti, iaitu Arcadia University di Pennsylvania, Amerika Syarikat
Manakah antara landskap berikut merupakan reka bentuk landskap terawal?
Taman Tasik, Taiping
Taman al-Hambra di Sepanyol
Taman Tergantung Babylon di Iraq
Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Apakah maksud landskap kejur?
Elemen-elemen dalam reka bentuk landskap yang merujuk kepada benda
Elemen-elemen dalam reka bentuk landskap yang merujuk kepada elemen-elemen keras atau objek bukan hidup semula jadi
Elemen-elemen dalam reka bentuk landskap yang merujuk kepada benda-benda yang hidup sama ada semula jadi atau buatan manusia
Elemen-elemen dalam reka bentuk landskap yang merujuk kepada elemen-elemen keras atau objek bukan hidup sama ada semula jadi atau buatan manusia
Pilih penerangan yang berkaitan dengan konsep landskap Inggeris.
Konsep landskap yang berkait rapat dengan alam semula jadi. Terdapat elemen buatan manusia seperti pagar dan wakaf.
Konsep landskap yang mementingkan ciri-ciri bersih rapi dan kemas, moden, menarik serta bergaya
Konsep landskap yang menekankan aspek fizikal, mental dan sosial dengan konsep ruang yang simbolik dan abstrak
Konsep landskap yang berfokuskan alam semula jadi. Elemen penting yang digunakan ialah batu, air, tumbuhan dan perhiasan
