Font size
WorksheetsJUAL BELI ( AL-BAI’) DAN SEWA (IJARAH): SPI JPN Pahang
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Maksud jual beli ialah
menukar barang
menukar barang dengan wang
menukar barang dengan barang keperluannya
menukar barang dengan barang mengikut cara tertentu
Hukum mengadakan jual beli
sunat
harus
haram
makruh
Jabatan Kastam membeli 3 ekor anjing pengesan. Hukum jual beli di atas ialah [SPM 2006]
harus
haram
makruh
tidak sah
X dalam rajah di atas ialah
Syarat wajib jual beli
Syarat sah jual beli
Syarat sah sewa
Rukun jual beli
Manakah antara yang berikut bukan syarat barang yang hendak dijual?
Bersih dan suci
Kepunyaan penjual
Barang yang harganya murah
Penjual dan pembeli mengetahui jenis barang
Nyatakan rukun jual beli yang terdapat dalam rajah di atas[SPM 2007]
Menutup aurat
Melakukan akad
Meletakkan tanda harga
Menggunakan alat penimbang
Antara pernyataan yang berikut yang manakah syarat penjual dan pembeli dalam Islam?
Kemahuan sendiri
Mumaiyiz
Berakal
hamba
Manakah jual beli yang dilarang tetapi sah mengikut syarak?
Monopoli dalam jual beli
Melakukan jual beli bersyarat
Jual beli yang sedang di beli oleh orang lain
Menjual buah-buahan yang masih ada di pokok kecuali setelah masak
Pilih pernyataan yang benar mengenai jual beli berikut
Menjual ikan yang masih di dalam laut
Menjual barang yang tidak dimiliki dengan sempurna
Penjual dan pembeli mengetahui jenis barang yang dijual
Menyerahkan barang kepada pembeli dalam jual beli bertangguh
“ Saya jual kereta ini kepada awak, jika abang saya masuk universiti”
Ungkapan di atas merujuk kepada,
Akad jual beli
Jual beli ta’lik
Syarat jual beli
Jual beli secara khiyar
Pernyataan di bawah yang manakah contoh jual beli ta’lik.
“Awak mesti jual kereta awak dalam bulan ini”
“Awak mesti menjual kereta ini semasa saya di rumah”
“Saya jual kereta ini kepada awak jika saya keluar negara”
“Saya akan jual kereta ini kepada awak dengan harga murah”
Di antara berikut yang manakah bukan syarat akad dalam jual beli
Tidak boleh dita’likkan
Tidak boleh dihadkan masa
Tidak bersamaan ijab dan kabul
Tidak diselangi dengan perkataan yang lain
Encik Adib menjual buah rambutan yang masih belum masak di pokok
Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan
Jual beli yang dilarang tetapi sah
Jual beli yang diharuskan dan sah
Jual beli yang dilarang dan tidak sah
Jual beli yang diharuskan dan tidak sah
Encik Abu telah pun menempah untuk membeli kereta terpakai milik Syarikat Wira tetapi Hisyam terlebih dahulu telah membeli kereta tersebut dengan menawarkan harga yang lebih tinggi.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Jual beli yang dilarang dan tidak sah
Jual beli yang dilarang tetapi sah
Jual beli yang makruh dan sah
Jual beli yang harus dan sah
Pernyataan di bawah merupakan jual beli yang dilarang tetapi sah kecuali
Menyekat penjual dari desa di pertengahan jalan supaya dapat membeli barang dengan murah
Berjual beli barang yang tidak dimiliki dengan sempurna
Mengurangkan sukatan dan timbangan
Memonopoli dalam jual beli
· Riba
· Menipu
· Menyorok barang
Pernyataan di atas merujuk kepada perkara yang dilarang dalam urusan (SPM 2016)
hutang-piutang
gadaian
jual beli
sewa
Pak Abu menjual buah langsatnya yang masih putik di pokok.
Apakah hukum jual beli tersebut dalam Islam? (SPM 2016)
Sah
Tidak sah
Dilarang tetapi sah
Dilarang dan tidak sah
Satu perjanjian untuk memiliki manfaat dari satu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Gadaian
Insurans
Hutang
Sewa
P dalam rajah di atas ialah
Manfaat
Barang
Harga
Akad
Manakah antara yang berikut bukan merupakan syarat-syarat manfaat dalam sewaan
Berharga
Dibayar dengan wang
Diketahui kadar dan jangka masa
Dapat diberikan oleh yang mengambil upah
· Barang telah rosak
· Tidak menepati syarak
Pernyataan di atas mengakibatkan sewaan
Tidak halal
Tamat kontrak
Tidak perlu dibayar
Tertangguh bayaran
Berikut adalah syarat sah sewa kecuali
Manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan
Kedua-dua pihak hendaklah bersetuju mengadakan kontrak sewa
Penyewa dan pemberi sewa mengetahui kadar, jenis dan sifat bayaran
Barang yang disewa itu hendaklah memberi faedah dan diharuskan oleh syarak
Antara berikut manakah perkara yang membatalkan kontrak sewaan
Barang yang disewa hilang
Barang yang disewa rosak
Barang yang disewa menepati syarat kontrak
Barang yang disewa belum tamat tempoh kontrak
Pilih pernyataan yang benar mengenai keharusan perjanjian sewa dalam Islam
Dapat mengembangkan sesuatu harta
Dapat membezakan antara golongan kaya dan miskin
Pemilik harta dapat memperoleh harta yang disewa
Dapat mengeratkan tali persaudaraan antara satu dan lain
Berikut bukan syarat manfaat dalam rukun sewa.
Dapat diberikan oleh yang mengambil upah
Diketahui kadar dan jangka masa
Dibayar dengan wang
Berharga
Berikut merupakan syarat bagi bayaran sewa kecuali
Bayaran dengan barang
Wang bayaran diketahui
Keadaan bayaran tertentu
Kedua pihak mengetahui kadar, jenis dan sifat
· Barang telah rosak atau hilang
· Tidak menepati syarat
Pernyataan di atas menyebabkan sewaan (SPM 2015)
tidak sah
tamat kontrak
tidak perlu dibayar
tertangguh bayaran
