Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Praktis PT3 - (KOMSAS) Syair Burung Nuri

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan rangkap keempat syair, bagaimanakah penyair menyampaikan syairnya?

a)

Menggunakan fikiran

b)

Menggunakan kiasan

c)

Menggunakan kata-kata

d)

Menggunakan dakwat dan kertas

2.

Beribu ampun kiranya tuan


Apakah mengulangan huruf vokal yang terdapat pada unsur bunyi asonansi pada baris syair tersebut?

a)

Huruf a

b)

Huruf i

c)

Huruf u

d)

Huruf e

3.

Remuk dan redam rasanya hati


Apakah unsur gaya bahasa bagi baris syair di atas?

a)

Sinkope

b)

Metafora

c)

Hiperbola

d)

Peribahasa

4.

Jikalau kiranya hamba turuti

Daripada hidup sebaiknya mati


Apakah yang dimaksudkan oleh penyair melalui baris syair di atas?

a)

Penyair hilang kesabaran

b)

Penyair berasa dirinya tidak diperlukan lagi

c)

Penyair mahu berusaha untuk mencapai impian

d)

Penyair tidak mahu meneruskan hidupnya lagi

5.

Apakah kesan sekiranya kita mudah berasa kecewa dalam setiap usaha yang kita lakukan?

a)

Kita akan kehilangan tempat bergantung

b)

Kita akan sentiasa dimarahi oleh ahli keluarga kita

c)

Kita akan berfikiran negatif dan malas berusaha

d)

Kita akan dibenci oleh keluarga dan rakan-rakan

6.

Berikut adalah persoalan yang terdapat dalam Syair Burung Nuri kecuali,

a)

Sikap seseorang yang merendah diri dalam melakukan sesuatu pekerjaan

b)

Berhati-hati sebelum menulis untuk tatapan orang ramai

c)

Orang yang bernasib malang perlu sentiasa bersikap positif

d)

Menjaga adab dan kesopanan apabila berada di tempat orang

7.

Berikut adalah bentuk Syair Burung Nuri Kecuali

a)

Berbentuk bebas

b)

Terdiri dari lapan rangkap

c)

Rima akhir aaaa

d)

Mengandungi empat baris serangkap

8.

Berikut adalah nilai yang terdapat dalam Syair Burung Nuri kecuali,

a)

Bersopan santun

b)

Berbudi pekerti

c)

Bersifat positif

d)

Berkeyakinan tinggi

9.

Apakah tema Syair Burung Nuri

a)

Menjaga hati sesama ahli dalam masyarakat

b)

Adab dalam kehidupan seseorang

c)

Memelihara keharmonian kaum

d)

Bersikap positif dalam kehidupan

10.

Dakwat dan kertas tempat berkata


Baris syair diatas merupakan unsur bunyi asonansi

a)

Betul

b)

Salah