WorksheetsQuizizz Sejarah SKS Siri 1
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Antaranya termasuklah ....................................
Melayu
Melanau
Iranun
Orang Asli Afrika
Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang kaum Melayu, KECUALI
Kaum kedua terbesar di Malaysia.
Bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Beragama Islam.
Mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu.
Masyarakat Cina merupakan........................................
Kaum kedua terbesar di Malaysia.
Mempunyai dialek, kebudayaan dan kepercayaan yang unik dan tersendiri.
Tarian etnik ini yang paling terkenal ialah beranyo dan frapeirra.
Bahasa ibundanya ialah bahasa Punjabi.
Di Semenanjung Malaysia terdapat beberapa etnik Orang Asli. Antaranya termasuklah ................................................
Jakun
Semai
Bateq
Baba Nyonya
Kumpulan etnik di Sarawak ialah.......................................
Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan, Kadayan, dan Lun Bawang.
Melayu, Cina dan India.
Kadazandusun, Bajau, Murut, Kadayan, Bisaya, Iranun, Rungus, Orang Sungai, Brunei dan Suluk.
etnik Sikh dan etnik Portugis.
Sabah juga mempunyai kumpulan etnik yang banyak. Antara etnik di Sabah ialah ......................................
Kadazandusun, Bajau, Murut, Kadayan, Bisaya, Iranun, Rungus, Orang Sungai, Brunei dan Suluk.
Etnik Siam dan etnik Sikh.
Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan, Kadayan, dan Lun Bawang.
Portugis dan Baba Nyonya.
Etnik ini mudah dikenali dengan identiti pakaian mereka, iaitu serban bagi lelaki dan pakaian Punjabi bagi wanita. Namakan etnik ini.
Portugis
Sikh
Melanau
Melayu
Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang etnik Siam
Antara perayaan yang disambut ialah Loy Krathong dan Songkran.
Kebanyakan mereka tinggal di utara negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.
Pakaian wanita etnik Siam ialah cheongsam.
Bahasa pertuturan etnik Siam ialah bahasa Punjabi.
Etnik berketurunan Portugis juga disebut sebagai ...................
Orang Senai
Orang Ulu
Orang Darat
Orang Putih
Antara penyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang etnik Baba dan Nyonya.
Perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk tempatan telah mewujudkan etnik Cina peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
Anak lelaki disebut Baba.
Golongan Nyonya biasanya memakai kebaya dengan kain pelikat.
Anak perempuan disebut Nyonya.
Pada masa dahulu, petempatan orang Melayu tertumpu di
pesisir pantai
muara pantai
tebing sungai
atas gunung
Berikut adalah penyataan yang BENAR tentang aktiviti utama kaum di Malaysia pada masa dahulu.
Melayu : menangkap ikan, bertani dan berniaga secara kecil-kecilan.
Cina : pelombong dan peniaga.
Orang Asli : mencari hasil hutan, berburu dan menangkap ikan.
India : menangkap ikan dan berniaga.
Di Sarawak, petempatan masyarakatnya pada masa dahulu terasing berdasarkan etnik seperti Iban, Bidayuh, Kenyah dan Penan. Mereka menetap di kawasan ..................................
pedalaman dan muara sungai
kaki bukit dan gunung
bandar
ladang estet
Pada masa dahulu, orang Melayu dan Melanau di Sarawak bertumpu di kawasan pesisir pantai kerana bekerja sebagai............................
nelayan
peniaga
petani
pelombong
Berikut adalah penyataan yang TIDAK BENAR tentang etnik di Sabah pada masa dahulu
etnik Kadazandusun tinggal di pedalaman dan bekerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan.
Etnik Bajau tinggal di darat dan pesisir pantai serta bekerja sebagai nelayan.
Etnik Murut tinggal di kawasan berbukit mengusahakan penanaman padi huma dan memungut hasil hutan.
Etnik Melanau tinggal di kawasan berbukit mengusahakan penanaman padi huma dan memungut hasil hutan.
