WorksheetsKUIZ SAINS SISTEM SURIA 2
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Antara berikut, yang manakah urutan planet dari Matahari bermula daripada yang paling dekat?
Bumi, Marikh, Utarid, Zuhrah, Zuhal, Uranus, Musytari, Neptun
Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun
Uranus, Zuhrah, Bumi, Musytari, Marikh, Zuhal, Utarid, Neptun
Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi, Zuhrah, Utarid
Antara berikut, pernyataan manakah benar?
Bumi lebih kecil daripada Bulan
Bulan lebih besar daripada Matahari
Bumi lebih besar daripada Matahari tetapi lebih kecil daripada Bulan
Bumi lebih kecil daripada Matahari tetapi lebih besar daripada Bulan
Saiz Bumi adalah 4 kali saiz Bulan, manakala saiz Matahari adalah 400 kali saiz Bulan. Berapa kalikah saiz Matahari berbanding Bumi?
100 kali
200 kali
300 kali
500 kali
Manakah antara berikut merupakan pernyataan yang benar tentang pergerakan planet-planet?
Satu putaran lengkap Bumi pada paksinya adalah selama 1 hari
Tempoh masa peredaran Bumi mengorbit Matahari adalah lebih lama berbanding Marikh
Tempoh masa peredaran Utarid mengorbit Matahari adalah paling lama
Neptun mengambil masa yang paling singkat untuk beredar mengorbit Matahari
Manakah pernyataan yang benar?
Semakin besar saiz orbit planet semakin jauh jarak planet dari Matahari
Semakin kecil saiz orbit planet semakin lama tempoh masa planet mengorbit Matahari
Semua planet beredar mengelilingi Matahari pada paksinya
Planet beredar pada orbitnya selepas berputar pada paksinya
Apakah yang berlaku sekiranya Bumi berada di kedudukan planet Zuhrah dalam Sistem Suria?
Bumi menjadi lebih sejuk
Keadaan di Bumi lebih gelap
Bongkah ais dan glasier di Kutub Utara dan Selatan akan cair
Populasi hidupan akan bertambah
Apakah yang akan berlaku sekiranya Bumi berada di kedudukan planet Zuhal dalam Sistem Suria?
Purata suhu di permukaan Bumi lebih tinggi
Bumi menerima kurang haba dan cahaya dari Matahari
Paras air laut akan meningkat
Cuaca di Bumi tidak berubah
Mengapakah Bumi sesuai untuk kehidupan?
Bumi dekat dengan Matahari
Bumi mempunyai bentuk muka bumi yang rata
Gunung-ganang di Bumi menjadi habitat hidupan
Keadaan suhu dan cuaca di Bumi adalah sesuai untuk hidupan
Manakah perbandingan saiz relatif Bumi, Bulan dan Matahari yang betul?
Bumi - sagu, Bulan - guli, Matahari - bola keranjang
Bumi - guli, Bulan - sagu, Matahari - bola keranjang
Bumi - bola keranjang, Bulan - sagu, Matahari - guli
Bumi - sagu, Bulan - bola keranjang, Matahari - guli
Sebuah kenderaan yang dipandu dengan kelajuan 100 km/j akan sampai ke Matahari setelah 170 tahun. Bilakah sebuah kenderaan sampai ke Matahari sekiranya ia boleh dipandu dengan kelajuan 200 km/j?
80.5 tahun
85 tahun
850 tahun
8.5 tahun
