NEW
Font size
WorksheetsQuizizz Sains Tahun 6
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Antara haiwan berikut, yang manakah bersaing antara satu sama lain untuk dapatkan makanan?
Belalang dan helang
Helang dan burung pipit
Belalang dan beluncas
Helang dan beluncas
Apakah yang dimaksudkan dengan "mutualisme"?
Interaksi yang memberi manfaat kepada kedua-dua spesies
Interaksi yang tidak memberi manfaat kepada mana-mana spesies
Interaksi yang memberi manfaat pada satu spesies saja
Interaksi yang merugikan satu spesies yang lain
Apakah faktor yang menyebabkan penyu diancam kepupusan?
Pemburuan haram
Pembakaran terbuka
Peningkatan paras air laut
Tumpahan minyak daripada kapal laut
Antara haiwan berikut, yang manakah dilindungi dalam undang-undang daripada diburu?
Rusa dan monyet
Gagak dan helang
Harimau dan paus
landak dan tupai
Tumbuhan manakah yang diancam kepupusan?
Cendawan
Refflesia
Lalang
Kelapa
Apakah tanda kerosakan pada sebuku roti?
Lembik
Berbuih
Berasa masam
Bertompok hitam
Mengapakah sup ayam tidak cepat rosak dan boleh bertahan lebih daripada satu hari?
Pendidihan mengubah sup menjadi berasid
Pendidihan menyingkirkan udara daripada sup
Pendidihan membunuh mikroorganisma di dalam sup
Pendidihan menyebabkan mikroorganisma di dalam sup menjadi tidak aktif
Apakah faktor yang merencatkan pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah penjerukkan?
Perubahan rasa
Keadaan berasid
Ketiadaan air
Kekurangan nutrien
Antara berikut, yang manakah bahan buangan tidak terbiodegradasikan?
Kotak kasut
Sisa buah-buahan
Tin susu
Daun-daun kering
Lori sampah tidak dapat beroperasi selama seminggu di Taman X. Apakah masalah yang akan dihadapi oleh penduduk di Taman X ?
Kekurangan air
Longkang tersumbat
Bau yang busuk
Air paip yang kotor
Apakah yang berlaku jika ramai orang melupuskan sampah dengan membakarnya secara terbuka?
Banjir kilat
Pencemaran udara
Jangkitan penyakit
Penipisan lapisan ozon
Apakah kesan buruk pelupusan bahan buangan secara tidak terancang?
Tanah runtuh
Penipisan lapisan ozon
Gempa bumi
Pencemaran air
Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan bahan buangan jenis plastik?
Membakar
Mengitar dan menggunakan semula
Menanam dalam tanah
Membuang ke dalam tong sampah
Apakah langkah yang telah diambil untuk memulihara spesies orang utan?
Menubuhkan taman haiwan
Menubuhkan pusat pembiakan
Menubuhkan pusat rehabilitasi
Membela sebagai haiwan peliharaan
Apakah faktor yang menyebabkan pokok bakau diancam kepupusan?
Pemburuan haram
Pencemaran udara
Pemusnahan habitat
Persaingan antara tumbuhan
Terdapat pokok dedalu menumpang di dahan pokok mangga. Apakah jenis interaksi ini?
Parasitisme
Mutualisme
Komensalisme
Persaingan
Antara berikut, yang manakah dapat membantu mengurangkan persaingan antara tumbuh-tumbuhan di dalam hutan?
Musim kemarau
Penyebaran biji benih
Kemunculan spesies baru
Pertambahan bilangan haiwan
Penyataan manakah yang betul tentang penyakit tuberkulosis (TB)
Boleh berjangkit
Disebabkan oleh haiwan
Boleh merebak melalui makanan dan minuman
Boleh dicegah dengan meminum air yang telah dididihkan
Antara mikroorganisma berikut, yang manakah menyebabkan keracunan makanan?
Alga
Bakteria
Virus
Protozoa
Mengapakah kemahiran manipulatif perlu diamalkan semasa menjalankan sesuatu penyiasatan??
Supaya penyiasatan dapat dijalankan dengan tepat
Supaya maklumat penyiasatan boleh diubahsuai
Supaya hasil penyiasatan yang diperolehi adalah tepat
Supaya penyiasatan boleh dijalankan berulang kali
