NEW
Font size
WorksheetsKuiz Tatabahasa (2)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Pihak tentera telah menjumpai beberapa ___________ senapang di hutan tersebut.
ruas
bilah
laras
batang
Beberapa orang pustakawan ditugaskan untuk membalut buku-buku yang berkulit lembut sahaja.
Pilih perkataan antonim bagi lembut.
kenyal
keras
kuat
kental
Ayam jantan itu mengais-ngais tanah untuk mencari cacing.
Pilih perkataan sinonim bagi mengais-ngais.
menggali-gali
mencakar-cakar
mematuk-matuk
melibas-libas
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Semua murid yang menunggang basikal perlu berhati-hati semasa ke sekolah.
Semua penunggang basikal perlu berhati-hati semasa ke sekolah.
Semasa ke sekolah, murid-murid perlu berhati-hati menunggang basikal.
Penunggang basikal hendaklah berhati-hati semasa ke sekolah.
Murid-murid berhati-hati semasa ke sekolah dengan menunggang basikal.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Mengapakah penggunaan baja organik baik untuk kesihatan?
Penggunaan baja organik baik untuk kesihatan kerana tidak mengandungi bahan kimia.
Sebungkus baja organik berharga RM15.00.
Baja organik banyak terdapat di pasaran.
Baja organik dapat dibeli ke kedai pertanian.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.
Perusahaan membuat kek cawan coklat itu diusahakan oleh Puan Fadilah.
Siapakah yang mengusahakan perusahaan membuat kek cawan coklat itu?
Bilakah Puan Fadilah telah memulakan perusahaan membuat kek cawan coklat itu?
Apakah bahan yang digunakan oleh Puan Fadilah untuk membuat kek cawan coklat itu?
Di manakah Puan Fadilah membuat kek cawan itu?
Pilih ayat yang betul.
Sila mengecil-ngecilkan kebolehan adik kamu itu.
Jemput jangan kalian sentuh peralatan berbahaya di bengkel ini.
Jangan haraplah dia hendak datang kalau ayahnya tiada di rumah.
Tolong minta jemput mereka yang tiada berkaitan keluar sekarang.
Budak-budak lelaki itu pergi ke ____________ untuk bermain bola sepak.
jalan
sungai
padang
gelanggang
Nisha gembira melihat __________ nenek setelah sembuh daripada demam.
layanan
bayaran
hantaran
senyuman
Kakak Swee Lian mengirim ____________ Tahun Baharu Cina kepada sahabat penanya di Pulau Pinang.
kad ucapan
kertas tulis
kain rentang
poster
