wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tingkatan 3

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

2.

Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak_______ tikus.

a)

digerit

b)

digigit

c)

dikesip

d)

diketip

3.

Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu_______ ruang tamu_______ ruang dapur rumahnya.

a)

dari......ke

b)

dari.....kepada

c)

daripada.....ke

d)

daripada.....kepada

4.

Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh setengah-setengah generasi pada masa ini.

a)

ketimuran

b)

setengah-setengah

c)

pada

d)

Tiada kesalahan

5.

Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.

a)

pelbagai

b)

awet

c)

supaya

d)

Tiada kesalahan

6.

I Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.

II Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

IV Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

7.

I Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasmi.

II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.

III Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.

IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

8.

Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit tuduhan jenayah kolar putih.

a)

sungguh percaya benar

b)

teramat percaya benar

c)

sangat percaya benar

d)

percaya benar

9.

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

anugerahkan atlet paralimpik

b)

menganugerah atlet paralimpik

c)

menganugerahi atlet paralimpik

d)

menganugerahkan atlet paralimpik

10.

Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

a)

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak

c)

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

d)

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan

11.

Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dpat dikekalkan.

a)

Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara

b)

Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tabah air.

c)

Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan

d)

Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan

12.

I Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Smad Said telah dibaca oleh saya.

II Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.

III Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.

IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

13.

I Encik Ayob gembira apabila anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya.

II "Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyempurnakan upacara ini," kata pengacara majlis.

III Pelajar saling bertukar pendapat berkaitan isu yang diberi oleh guru.

IV Jalan raya di Malaysia adalah antara yang paling baik rantau Asia.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

14.

Ali benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

15.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajaranya.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-alang berdakwat biar hitam

d)

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

16.

Beberapa buah kereta telah ____ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.

a)

dihempap

b)

dihempas

c)

ditindih

d)

dihimpit

17.

Beliau mendapat________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

a)

hadiah

b)

sumbangan

c)

cendermata

d)

anugerah

18.

Gambar-gambar itu disiarkan dengan_______ Jabatan Penerangan.

a)

ehsan

b)

ihsan

c)

insan

d)

perkenan

19.

Rakyat negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekali gus memupuk perpaduan nasional.

a)

bersama-sama

b)

di antara

c)

sekali gus

d)

Tiada kesalahan

20.

Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunug Stong walaupun menghadapi berbagai rintangan.

a)

pendakian

b)

walaupun

c)

berbagai

d)

Tiada kesalahan

21.

I Pengganas yang ditembak itu lari susup-susup dalam hutan senduduk.

II Ketika hendak tidur dia susup-sasap jam tangannya ke bawah bantal.

III Tikus itu lari susup-sasap apabila dikejar oleh seekor kucing.

IV Dalam kesibukan itu mereka susup-sasap kami ke tempat yang selamat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

22.

I Pakar-pakar perubatan telah menemukan cara mengubati penyakit itu.

II Polis telah menemukan kereta yang digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah.

III Pekebun sayur memberitahu polis mengenai menemukan senjata pai itu.

IV Saya akhirnya menemukan lukisan itu di sebuah kedai barangan antik di bandar raya

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

23.

Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.

a)

akan kami serahkan kepada

b)

akan kami serahkan pada

c)

kami akan serahkan pada

d)

kami akan serahkan kepada

24.

Ibu tua itu menunggu kepulangan anaknya yang hilang di laut dari masa ke semasa.

a)

dari masa kepada masa

b)

daripada masa ke semasa

c)

dari semasa ke semasa

d)

dari masa ke semasa

25.

I Penduduk kampung telah menemukan bekas tapak kaki harimau di kebun getah mereka.

II Bekas wakil rakyat kawasan itu telah meninggal dunia malam tadi.

III Orang tua itu menyusun beberapa bekas kayu api di belakang rumahnya.

IV Suraya mengisi bekalan ke tampat kerja di dalam bekas plastik berwarna putih.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

26.

I Lembaga hitam itu meresap di dalam kegelapan malam.

II Apa-apa yang dikatakan oleh Khatijah meresap di hati.

III Dakwat pen yang tumpah itu telah meresap ke permaidani baharu.

IV Budaya kuning mudah meresap ke dalam fikiran remaja yang tiada panduan hidup.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

27.

Beberapa jenis haiwan liar tidak boleh diburu supaya haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.

a)

Larangan memburu beberapa jenis haiwan liar adalah untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kepupusan.

b)

Beberapa jenis haiwan liar yang dilarang untuk diburu telah mengalami kepupusan

c)

Beberapa jenis haiwan liar tidak dibenarkan untuk diburu kerana haiwan tersebut sedang mengalami kepupusan

d)

Untuk memastikan beberapa jenis haiwan liar tidak mengalami kepupusan, pemburu diingatkan supaya tidak berburu.

28.

Lagu kebangsaan berfungsi untuk melambangkan kebanggaan dan kesaulatan sesebuah negara.

a)

Bagi melambangkan kedaulatan dan kebanggaan setiap negara mempunyai lagu kebangsaan masing-masing

b)

Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan tersendiri yang melambangkan kebanggaan dan kedaulatan negara itu.

c)

Kebanggaan dan kesaulatan negara tidak dapat diterjemah tanpa lagu kebangsaan

d)

Kedaulatan sesebuah negara tiada ertinya jika negara itu tidak mempunyai lagu kebangsaan yang membanggakan.

29.

"Zarul, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu meatilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung." kata Encik Haris kepada anaknya.

a)

menangguk di air keruh

b)

sebelum ajal berpantang mati

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

menarik rambut di dalam tepung

30.

Peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai bermaksud

a)

bersatu padu dalam segala hal

b)

bergotong-royong melakukan kerja

c)

ikatan yang kukuh adik-beradik

d)

persahabatan anatara rakan sebaya

31.

Adik _______ di bawah katil apabila dikejar oleh ibu selepas dia memecahkan gelas.

a)

menyusur

b)

menyusup

c)

menusuk

d)

menyusul

32.

Suasana malam di pantai peranginan itu yang dihiasi cahaya bulan purnama begitu ________ dan mengasyikkan.

a)

sayu

b)

ceria

c)

syahdu

d)

harmoni

33.

Perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan perlu diberikan kepada pengguna jalan raya untuk mengurangkan ________ kemalangan.

a)

tahap

b)

kadar

c)

takat

d)

aras

34.

Mak Timah melilau mencari anak bongsunya yang tidak kelihatan ____________ tadi di sekeliling rumah.

a)

sejak

b)

daripada

c)

pada

d)

hingga

35.

Juruulas sukan tersebut berpendapat bahawa pemain-pemain bola sepak negara kita perlu dilatih oleh pelatih luar negara yang berkaliber.

a)

juruulas

b)

pemain-pemain

c)

pelatih

d)

Tiada kesalahan

36.

Sultan Ahmad telah mengisytiharkan bahawa anakanda baginda akan ditabalkan sebagai Sultan di tanah jajahan yang baharu itu.

a)

mengisytiharkan

b)

anakanda

c)

ditabalkan

d)

tiada kesalahan

37.

I Sebuah sarapan, Ahmad segera menyandang begnya untuk ke sekolah.

II Encik Ali menyandang jawatan pengarah di syarikat yang baharu itu mulai bulan ini.

III Dia berjaya menyandang lawannya di penjuru gelanggang selepas menjatuhkannya.

IV Pak Din menyandang badannya di tiang seri semasa membaca surat khabar.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

38.

I Biarkan Mak Siah bercakap untuk melepaskan segala yang terbuku dalam hatinya.

II Tepung itu mudah terbuku apabila dicampur dengan air.

III Buluh terbuku akan memeudahkan tunas baharu tumbuh.

IV Kisah perjuangan pahlawan Mat Kilau sudah terbuku.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

39.

Antara faktor-faktor kempen anti penyedut minuman plastik dilaksanakan untuk menangani pencemaran alam sekitar.

a)

antara faktor-faktor kempen antipenyedut

b)

antara faktor-faktor kempen anti-penyedut

c)

antara faktor kempen antipenyedut

d)

antara faktor-faktor kempen anti penyedut

40.

Kami berasa bangga apabila melihat roset yang kami hasilkan tersemat megah di dada peserta pertandingan itu.

a)

kami hasilkan tersemat megah pada dada

b)

dihasilkan kami tersemat megah di dada

c)

dihasilkan kami tersemat megah pada dada

d)

kami hasilkan tersemat megah di dada