Font size
WorksheetsIstilah Dalam Sastera
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Tema dalam sebuah karya sastera bermaksud
Tajuk utama karya sastera
Idea utama karya sastera
Tajuk sampingan karya sastera
Idea sampingan karya sastera
Persoalan dalam sastera bermaksud
Soalan-soalan dalam karya sastera
Soalan pemahaman dalam sastera
Idea utama dalam karya sastera
Idea sampingan dalam karya sastera
Salah satu fungsi persoalan dalam karya sastera ialah
Memperbanyakkan idea dalam karya sastera
Memperkukuhkan tema yang ingin disampaikan oleh pengarang
Menyampaikan idea sampingan untuk dikaji
Memanjangkan plot cerita dalam sastera
Watak dalam karya sastera ialah
Pelakon dalam sesebuah karya
Orang yang diceritakan
Tokoh yang mendukung sesebuah cerita
Tokoh yang harus dikenang
Perwatakan yang menggambarkan seseorang yang jahat, bersikap buruk atau watak hitam juga dikenali sebagai watak
Sampingan
Protagonis
Antagonis
Statik
Perwatakan yang sentiasa berkembang dan berubah dari segi aksi, emosi dan fikiran juga dikenali sebagai watak
watak kodi
watak pipih
watak sampingan
watak dinamik
Situasi yang menggambarkan keadaan yang merangkumi agama, kepercayaan, nilai pemikiran dan pekerjaan dalam cerpen, novel atau drama juga disebut sebagai
Latar tempat
Latar masa
Latar sampingan
Latar masyarakat
Dalam Novel Hempasan Ombak, peristiwa kebakaran bengkel pengeluaran batik milik keluarga Farid digambarkan dalam peringkat plot
permulaan
klimaks
perumitan
perkembangan
"Aku menyedari kelemahanku. Aku lahir dari sebuah keluarga yang terpinggir di desa ini. Mana mungkin aku boleh duduk sama rata, berdiri sama tinggi dengan mereka. Aku perlu meneruskan hidup ini dengan acuan aku sendiri. Aku perlu lebih kuat dari sangkaan mereka." bisik hati Alip setelah tersedar dari lenanya.
Petikan di atas melambangkan penggunaan teknik plot
Dialog
Monolog
Monolog Dalaman
Imbas kembali
Jiwaku melonjak keriangan, angin bernyanyi riang. Dari kejauhan kulihat lambaian mesra pepohon nun kejauhan. Bayu yang bertiup lembut menyapa aku hingga kedinginan. Tidak sabar rasanya aku ingin pulang ke kampung halaman.
Petikan di atas menggunakan gaya bahasa
Sinkope
Simile
Personifikasi
Hiperbola
Kerana sayangkan kekasihnya, Aiman tidak peduli orang sekeliling yang mencercanya. Baginya, lautan api pun sanggup direnangi. Kemarahannya kini boleh mencetuskan bara sepanas gunung berapi.
Petikan di atas menggunakan gaya bahasa
Hiperbola
Epifora
Personifikasi
Metafora
Tajuk lagu nyanyian Awie, Di penjara Janji melambangkan gaya bahasa
Hiperbola
Metafora
Personifikasi
Responsi
Maafkan kami wahai ibuku!
Janji ini kukotakan , ibuku!
Petikan ayat di atas menggunakan gaya bahasa
Hiperbola
Metafora
Epifora
Responsi
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa
Petikan ayat di atas menggunakan gaya bahasa
Anafora
Asonansi
Epifora
Responsi
Kau umpama bunga yang mekar di hatiku,
Kuharap kau mekarlah selama-lamanya
Kau umpama bintang menyinari hidupku
Perkataan digarisi di atas menggunakan gaya bahasa
Aliterasi
Asonansi
Epifora
Simile
Tema cerpen " Banjir di Mata Emak. karya Che Soo Ismail ialah
Kesedihan ibu yang ditinggalkan anak-anak
kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu.
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu
kesungguhan membantu orang lain
Tema cerpen " Bawod " karya ialah
Persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaanya
Peristiwa lucu antara manusian dan haiwan
Kezaliman manusia terhadap haiwan
Kesungguhan seorang remaja dalam pendidikan
Berikut adalah persoalan novel Hempasan Ombak, kecuali
Jatuh bangun dunia perniagaan
Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya
Ketaatan dan kepatuhan seorang anak kepada ibu dan agama
Kesungguhan menyahut cabaran orang
Berikut adalah nilai pengajaran sajak " Pesan Ibu Beribu-ribu" kecuali
sentiasa patuh dan mendengar nasihat ibu bapa
menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita
rajin menuntut ilmu pengetahuan
bersahabat dengan semua orang sesuka hati
Berikut adalah petikan sajak " Pesan Ibu Beribu-ribu"
Yang mana permata, yang mana kaca
Yang mana budaya , yang mana buaya.
Gaya bahasa di atas ialah
Aliterasi
Anafora
Asonansi
Responsi
