WorksheetsP. MORAL TAHUN 2 : KASIH SAYANG
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Pilih perlakuan yang mengamalkan sikap kasih sayang terhadap keluarga.
Membiarkan ibu membuat kerja-kerja rumah seorang diri.
Memujuk adik yang menangis.
Menghadiahkan ibu kek sempena Hari Ibu.
Membantu ibu memasak di dapur.
Ayah berasa letih selepas bekerja. Saya akan...
mengajak ayah bermain badminton bersama saya.
memberikan segelas air kepada ayah.
berteriak dan berbuat bising.
Kakak sedang berlatih menyanyi untuk persembahan esok. Saya akan...
memberikan sokongan dan galakan untuk kakak.
menghalang kakak daripada berlatih.
mengejek dan mentertawakan kakak.
Semasa nenek menerima rawatan di hospital, saya akan...
melawat nenek.
menjauhi nenek.
tidak mahu melawat nenek.
Adik berasa sedih kerana gagal dalam peperiksaan. Saya akan...
memarahi adik.
memujuk adik.
mengejek adik.
Masakan yang disediakan oleh ibu terlalu masin. Saya akan...
menyalahkan ibu.
memberitahu ibu secara bersopan.
memarahi ibu.
Ibu tidak membelikan saya beg baru kerana tidak ada duit. Saya akan...
marah dan merajuk.
memahami kesusahan keluarga dan tidak bersedih.
menjerit kepada ibu meminta dibelikan beg baru.
Adik saya menangis kelaparan. Saya akan...
membancuhkan susu untuk adik supaya adik tidak lapar.
membiarkan adik menangis.
memarahi adik dan meneruskan bermain telefon.
Abang perlu menggunakan komputer untuk membuat kerja rumah. Saya akan...
membiarkan permintaan abang dan terus bermain permainan komputer.
memberikan laluan kepada abang untuk menggunakan komputer.
memarahi abang dan merajuk,
Ibu memasak makanan kegemaran saya. Saya akan...
menghabiskan semua makanan tersebut dan tidak berkongsi dengan keluarga.
mengambil semua makanan tersebut sebelum makan malam.
berkongsi makanan dengan semua ahli keluarga.
