wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KORBAN AMALAN MULIA: GPI & SPI JPN Pahang

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

· Menyembelih binatang ternakan

· Dilakukan pada Aidil Adha dan hari Tasyrik


Pernyataan di atas merujuk kepada ibadat

a)

Akikah

b)

Korban

c)

Perburuan

d)

Sembelihan

2.

Hukum melakukan korban ialah

a)

sunat

b)

fardu ain

c)

fardu kifayah

d)

sunat muakkad

3.

Bilakah hukum korban menjadi wajib?

a)

Berjanji dengan orang lain

b)

Berjanji dengan Allah SWT

c)

Dianugerahkan cahaya mata

d)

Dikurniakan harta yang banyak

4.

Perkara sunat ketika menyembelih dalam ibadat korban ialah

a)

Binatang yang tidak cacat

b)

Dilakukan pada waktu korban

c)

Diniatkan korban ketika menyembelih

d)

Bertakbir sebelum dan selepas basmalah

5.

Waktu untuk melakukan korban ialah

a)

Bermula selepas khutbah Aidil Adha sehingga hari raya ketiga

b)

Bermula selepas solat aidil adha sehingga terbit fajar 13 Zulhijjah

c)

Bermula selepas solat aidil adha sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

d)

Bermula selepas gelincir matahari Aidil Adha hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah

6.

Pernyataan manakah tidak benar mengenai syarat-syarat sah korban

a)

Binatang yang halal

b)

Binatang yang cukup umur

c)

Tidak berniat melakukan korban

d)

Binatang yang sihat dan tidak cacat

7.

X ialah.....

a)

Kuda

b)

Rusa

c)

Kibas

d)

Seladang

8.

Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang benar mengenai daging korban?

a)

Wajib disedekah kepada fakir miskin

b)

Boleh dimakan oleh orang yang bernazar

c)

Harus disedekahkan kepada orang kafir

d)

Sunat disedekahkan daging yang masih mentah

9.

Antara yang berikut yang manakah bukan mengenai pembahagian daging korban.

a)

Wajib diberikan kepada fakir miskin

b)

Haram diberi atau dimakan oleh orang kafir

c)

Makruh diberi atau dimakan oleh orang berkorban nazar

d)

Harus diberi atau dimakan oleh orang yang berkorban atau orang kaya

10.

Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadat korban [SPM 2006]

a)

Sunat diberi daging setelah dimasak manis

b)

Ibadat yang dilakukan sebelum solat aidil adha

c)

Haram dagingnya dimakan oleh orang yang berkorban

d)

Satu pertiga daripada daging korban diberi kepada fakir miskin

11.

Pernyataan di bawah adalah tujuan korban kecuali

a)

Memupuk sifat ikhlas dan menambah ketaqwaan kepada Allah SWT

b)

Memupuk semangat berkorban untuk meninggikan syiar Islam

c)

Memupuk perasaan muhibbah dalam kalangan umat Islam

d)

Memupuk silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran

12.

Berikut adalah golongan yang amat dituntut melakukan ibadat korban

a)

Berakal

b)

Merdeka

c)

Bermastautin

d)

berkemampuan

13.

Pilih cara pembahagian daging korban yang dianjurkan dalam Islam

a)

Sunat diberi mentah

b)

Sunat dimasak manis

c)

Wajib diberi kepada fakir

d)

Haram diberi kepada orang kafir

14.

Waktu paling afdal melakukan ibadat korban ialah

a)

Selepas solat Aidil Adha sehingga sebelum gelincir matahari

b)

Selepas solat Aidil Adha sehingga selepas gelincir matahari

c)

Sebelum solat Aidil Adha hingga waktu dhuha

d)

Sebelum solat Aidil Adha hingga terbit fajar

15.

"Salim berkongsi korban seramai tujuh orang bagi seekor lembu"


Nyatakan hukum bagi ibadat korban Salim

a)

Tidak sah

b)

Makruh

c)

Haram

d)

Sah

16.

Hukum memberi daging korban kepada orang kaya adalah

a)

sunat

b)

harus

c)

haram

d)

makruh

17.

Pilih pernyataan yang benar mengenai ibadat korban (SPM 2017)

a)

Sunat dimasak manis

b)

Wajib dilakukan oleh orang yang bernazar

c)

Haram dimakan oleh orang yang berkorban

d)

Harus dilakukan sebelum solat sunat Hari Raya Haji

18.

Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai korban (SPM 2019)

a)

Satu pertiga daripada daging dibuat jamuan untuk orang ramai

b)

Dagingnya sunat dimasak manis sebelum dibahagikan

c)

Dilakukan pada Hari Raya Haji dan hari Tasyrik

d)

Menyembelih binatang ternakan tertentu