wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 1: ULANGKAJI UNIT 1 & 2

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Kit model boleh digerakkan menggunakan…

a)

tenaga elektrik

b)

tenaga biojisim

c)

tenaga haba

d)

tenaga hidro

2.

Apakah maksud sistem elektromekanikal?

a)

Sistem yang menghasilkan cahaya

b)

Sistem pergerakan yang menggabungkan komponen mekanikal serta elektrik dan elektronik

c)

Sistem audio kit model

d)

Sistem pergerakan daripada tenaga angin

3.

Apakah fungsi alat kawalan jauh kit model?

a)

Membekalkan tenaga kepada kit model

b)

Melancarkan pergerakan kit model

c)

Mengawal pergerakan kit model tanpa menggunakan wayar

d)

Mengawal pergerakan kit model menggunakan wayar

4.

Apakah nama alatan tangan yang ditunjukkan di dalam gambar?

a)

Pemutar skru

b)

Playar muncung tirus

c)

Playar gabung

d)

Kikir rata

5.

Apakah alatan tangan yang sesuai digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru alur?

a)

Pemutar skru tirus

b)

Pemutar skru Philip

c)

Pemutar skru mata rata

d)

Pemutar skru lurus

6.

Apakah kegunaan playar muncung tirus?

a)

Membina lubang skru alur

b)

Mengetatkan dan melonggarkan skru

c)

Membuka dan mengetatkan bol dan nat

d)

Mencengkam bahan atau komponen kecil

7.

Apakah fungsi komponen di dalam gambar?

a)

Memutus atau menyambung litar elektrik kit model

b)

Mengawal arah pergerakan kit model

c)

Membekalkan sumber tenaga

d)

Menggerakkan gear

8.

Sel solar dapat membekalkan…

a)

tenaga angin

b)

tenaga cahaya

c)

tenaga elektrik

d)

tenaga biojisim

9.

Komponen yang menghubungkan dua roda adalah…

a)

gandar

b)

gear

c)

takal

d)

sensor

10.

Kegagalan kit model untuk bergerak berkemungkinan daripada masalah berikut, kecuali…

a)

Bateri sudah tidak mampu membekalkan tenaga elektrik

b)

Alat kawalan jauh tidak berfungsi

c)

Kerangka kit model tidak diwarnakan

d)

Gerigi gear tidak bersentuhan antara satu sama lain

11.

Berikut adalah contoh bahan logam, kecuali…

a)

aluminium

b)

keluli

c)

zink

d)

perspeks

12.

Apakah nama komponen di dalam gambar?

a)

Kapasitor

b)

Transistor

c)

Buzer

d)

Perintang

13.

Soket penyambung berfungsi sebagai…

a)

menghubungkan wayar dengan komponen elektrik atau elektronik

b)

pemutus arus elektrik

c)

pengawal arus elektrik

d)

pembekal arus elektrik

14.

Antara barang berikut yang manakah dihasilkan dari bahan bukan logam?

a)

Tin minuman ringan

b)

Kerusi kayu

c)

Sudu besi

d)

Kuali

15.

Apakah fungsi alatan tangan di dalam gambar?

a)

Membenam paku

b)

Mengetuk hulu pahat

c)

Mengetuk untuk membentuk kepingan logam

d)

Mengikis kotoran

16.

Razif mahu memotong paip logam. Gergaji yang paling sesuai digunakan ialah…

a)

gergaji lengkung halus

b)

gergaji tangan

c)

gergaji puting

d)

gergaji besi

17.

Berikut adalah ciri-ciri cat licau, kecuali…

a)

lambat kering

b)

warna yang pelbagai

c)

pekat

d)

spirit metil sebagai pelarut

18.

Faizal ingin memotong kepingan kayu menggunakan gergaji. Alatan manakah yang dapat membantu beliau mengapit benda kerja semasa memotong kayu tersebut?

a)

Ragum meja

b)

Kikir parut

c)

Ragum kakak tua

d)

Penggarit

19.

Aiman ingin membuat garisan pada kepingan aluminium. Alatan apakah yang paling sesuai digunakannya?

a)

Pengikis

b)

Pisau boleh laras

c)

Penggarit

d)

Penebuk pusat

20.

Berikut adalah contoh bahan pengikat dan pencantum yang boleh digunakan untuk melekatkan dua keping papan, kecuali…

a)

syelek

b)

skru

c)

paku

d)

glu

21.

Apakah pelarut bagi syelek?

a)

Turpentin

b)

Spirit metil

c)

Cat alas

d)

Cat licau

22.

Apakah fungsi diod pemancar cahaya (LED)?

a)

Menyimpan arus elektrik

b)

Menyimpan cahaya

c)

Memancarkan cahaya

d)

Meningkatkan arus elektrik

23.

Nilai rintangan perintang diukur menggunakan unit…

a)

Ohm

b)

Milimeter

c)

Gram

d)

Liter

24.

Berikut adalah kaki bagi transistor, kecuali…

a)

Pemungut

b)

Pemancar

c)

Katod

d)

Tapak

25.

Apabila Amin memasang bateri, dia mendapati LED pada projeknya tidak mengeluarkan cahaya. Berikut adalah sebab LED tersebut tidak mengeluarkan cahaya, kecuali…

a)

kedudukan kaki LED tidak mengikut kekutuban bateri

b)

kaki anod dan katod LED tidak sama panjang

c)

LED yang dipasang telah rosak

d)

pemasangan bateri yang tidak mengikut kekutuban

26.

Bagi melarutkan sisa cat pada berus cat, larutan yang manakah paling berkesan untuk digunakan?

a)

Air

b)

Sabun

c)

Minyak

d)

Turpentin

27.

Cikgu Hafizi mengarahkan Hasya agar meletakkan minyak pada bebenang apit-G. Mengapakah perkara tersebut perlu dilakukan?

a)

Mengekalkan kecantikan apit-G

b)

Melancarkan pergerakan apit-G

c)

Memudahkan penyimpanan apit-G

d)

Menambahkan nilai estetika apit-G

28.

Mengapakah alatan yang diperbuat daripada logam tidak boleh dibersihkan menggunakan air?

a)

Alatan akan mudah berkarat

b)

Alatan tidak bersih

c)

Sukar menanggalkan kotoran

d)

Kos yang mahal

29.

Asyraf ingin membeli 2 unit LED yang berharga RM 0.50 bagi satu unit. Berapakah jumlah harga yang perlu Asyraf bayar bagi 2 unit LED tersebut?

a)

RM 0.50

b)

RM 1.00

c)

RM 1.50

d)

RM 2.00

30.

Husna sedang mengira jumlah kos bahan bagi projek tabung penggera. Jika kos bahan logam dan bukan logam bernilai RM 5.00 dan kos komponen elektronik ialah RM 15.00, berapakah jumlah kos bahan bagi projek tabung penggera tersebut?

a)

RM 10.00

b)

RM 15.00

c)

RM 20.00

d)

RM 25.00