wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi Tingkatan 1 Bab 9

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah jenis-jenis petempatan yang terdapat di Malaysia

I Petempatan bandar

II Petempatan pedalaman

III Petempatan antara bandar

IV Petempatan luar bandar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Berdasarkan maklumat di bawah ia merujuk kepada ciri-ciri petempatan jenis apa?


  • Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang
  • Mempunyai pelbagai kemudahan asas
  • Kawasan kediaman berciri moden
a)

Petempatan desa

b)

Petempatan eksklusif

c)

Petempatan alaf baru

d)

Petempatan bandar

3.

Antara berikut, manakah kegiatan ekonomi yang biasanya terdapat di kawasan petempatan bandar?


I Pentadbiran

II Perindustrian

III Penternakan

IV Perikanan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Berdasarkan ciri-ciri petempatan di bawah, apakah jenis petempatan X?


PETEMPATAN X

  • Jumlah penduduk kurang daripada 10 000 orang
  • Kemudahan asas yang minimum
  • Kawasan kediaman sederhana dan berciri tradisional
a)

Petempatan desa

b)

Petempatan luar bandar

c)

Petempatan tidak terancang

d)

Petempatan semulajadi

5.

Berdasarkan foto tersebut, kegiatan ekonomi berikut biasanya terdapat di kawasan petempatan jenis apa?

a)

Petempatan prima

b)

Petempatan berkelompok

c)

Petempatan luar bandar

d)

Petempatan ladang

6.

Apakah maksud pola petempatan?

a)

Kepadatan penduduk di sesuatu kawasan

b)

Reka bentuk kediaman yang moden ataupun tradisional

c)

Kedudukan sesebuah petempatan itu di dalam peta topografi

d)

Corak atau reka bentuk susunan kawasan kediaman manusia di sesuatu kawasan

7.

Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berpusat?


I Rumah dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk

II Biasanya terdapat di kawasan persimpangan jalan raya atau taman perumahan

III Kedudukan sebuah rumah dengan sebuah rumah yang lain adalah berjauhan

IV Susun aturnya adalah secara terancang dan sistematik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Antara berikut, lokasi manakah yang sesuai dikaitkan dengan petempatan dalam Peta tersebut?

a)

Kundasang (Sabah)

b)

Felda Trolak (Perak)

c)

Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur)

d)

Bukit Tinggi (Pahang)

9.

Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berjajar?

a)

Rumah dibina secara terancang di pinggir jalanraya

b)

Rumah berjauhan antara satu sama lain di pinggir pantai

c)

Rumah kelihatan tersusun secara deretan dan seragam di sepanjang sungai

d)

Susun atur kediaman bertaburan dan tidak seragam

10.

Apakah pola petempatan dalam rajah tersebut ?

a)

Pola petempatan ladang

b)

Pola petempatan berselerak

c)

Pola petempatan kebun getah

d)

Pola petempatan desa

11.

Faktor utama yang membezakan petempatan bandar dengan petempatan luar bandar ialah

a)

tahap pendidikan penduduk

b)

jenis kegiatan ekonomi

c)

tahap keselamatan kawasan

d)

hubungan dalam kalangan penduduk

12.

Antara yang berikut, kegiatan ekonomi yang manakah berkaitan dengan petempatan luar bandar?

I Pertanian

II Pentadbiran

III Perindustrian

IV Perlombongan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Apakah fungsi utama bandar-bandar di bawah?


BANDAR BARU BANGI

TANJUNG MALIM

a)

Pertahanan

b)

Industri desa

c)

Perlombongan

d)

Pendidikan tinggi

14.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bandar pertahanan?

I Arau (Perlis)

II Miri (Sarawak)

III Port Dickson (Negeri Sembilan)

IV Lumut (Perak)

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Antara yang berikut, bandar yang manakah pembukaannya dipengaruhi oleh dasar kerajaan?

a)

Bandar perindustrian

b)

Bandar pertahanan

c)

Bandar teknologi maklumat

d)

Bandar satelit

16.

Masalah kesesakan tempat tinggal dan lalulintas semakin buruk


Langkah yang dapat mengurangkan masalah petempatan bandar berikut ialah

a)

menurunkan harga rumah

b)

menambahkan bilangan kenderaan awam

c)

membuka bandar satelit di pinggir bandar induk

d)

menghalang kemasukan penduduk luar bandar